***
Acapkali aku lalu depan kawan kawan yang kerja di pejabat.
Bau diorang, pergh bukan main menusuk lubang hidungku.
Orang terdekat adalah bapaku sendiri.
Apakah rahsia mereka?
Perfume berkekalan dari pagi hingga ke malam?
Pertama kali aku dapat perfume adalah semasa hari lahirku.
Hugo Boss Bootled (5-6 tahun guna baru habis)
2nd masa hadiah hantaran kahwin
Hugo Boss Night (3 tahun guna still ada lagi)
3rd hadiah Anniversary
Polo Double Black (baru guna sebulan, ntah plak bila nak abis)
***
Akceli aku suka perfume bottle color hitam dan sayang plak nak gunakannya.
Sebab ianya mahal, jadi dulu masa bujang a.k.a bengap
Aku cuma pakai sikit sikit je, takut cepat habis.
Nak bazir duit semata-mata beli perfume.
Baik aku habiskan duit untuk makan makan.
Bleh tak macam tu??
Sekarang baru aku tahu,
Perfume ini adalah satu cara nak attarct orang kat kita.
Wahhh gitu..
Bukan niat nak cari lagi satu.
Cuma ia salah satu cara mudah didekati dan disenangi oleh klien.
ye klien.. bukan ke lain..
Ewah macam aku ni ada ramai customer je..
Ok, at least aku pergi office,
Boss bau kewangian aku,
tak jadi nak marah dan senang nak bagi bonus.
Wehuu..
kesitu plak.
***
Berbalik pada tajuk asal,
Aku rujuk kat wikiHow: apply cologne
tapi di translatekan pada bahasa kampung.
Kat anggota badan mana yang Best kalau kita spray perfume, orang sebelah lalu, harum baunya sampai terkalih kalih tengok kita, wah gitu..?
Menurut sumber yang boleh dipercayai seperti link wikiHow di atas, tempat paling gempak adalah di bahagian Nadi (Pulse Point) atau bahagian bahagian badan anda yang menghasilkan haba badan. Haba tersebut menyebabkan wangian akan terus bau sepanjang hari.
Jika boleh, elakkan menyembur perfurme pada baju/pakaian, ia menyebabkan kerosakan pada baju
dah baunye tak boleh tahan lama.
- Pergelangan tangan (ini biasa orang buat)
- Belakang telinga (ini agak luar biasa)
- Dada
- Leher
***
Setakat ini saja pengongsian ilmu mengenai cara penggunaan perfurme bagi lelaki
Jika anda ada rahsia selain dari di atas,
Mungkin ada blogger wanita sembur perfurme di blindspot yang kita tidak tahu,
Sudi sudikan lah share bersama blogger di bahagian comment dibawah
Selamat berwangi wangian
XOXO
***