Showing posts with label paintball. Show all posts
Showing posts with label paintball. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Paintball Champions - Amacam ada brann..

***
 
Ahad lepas, aku join Paintball Tournament yang di'organize' oleh kompeni tempat kerja aku
 
Dah berkurun aku tak main paintball.
 
Masa 1st time main paintball kat Bukit Cherakah
 
 
 
Bila sekali dua main, pastu terjebak beli peralatan safety equipement
Beli mask nak yang google double pane, kononnya dapat clear vision masa main dalam hutan.
Pastu beli arm proctector, untuk kurangkan Lebam Lebam kat tangan.
Kalau korang nak beli, beli time sales, memang murah.
 
Cuma maker je tak sempat nak beli.
Member hasut hasut, tapi aku terpaksa pekakkan telinga.
 
***
 
Okay jom sambung pasal tournament.
 
Lokasi permainan adalah di Paintball Valley - Lagong
 
Tempatnya agak thrill,
 
 
PVL location
 
Akceli, dalam Map tu, lepas IPD korang kena slow,
 
Nampak je sign board taman rekreasi/hutan lipur bukit langong,
 
korang masuk situ, simpang nak masuk memang kecik skit.
 
Lepas tu, jalan dia agak sempit, dan korang terus sampai hujung kampong orang asli.
 
Kat situlah tempatnya.
 
Memang agak dalam juga masuknya.
 
1st time pergi, rasa macam lost dan nak patah balik.
 
Bila dah sampai kat situ, rasa tak sabar plak nak perang
 
Wehuu
 
***
 
Tak payah cerita panjang panjang.
 
Jom layan picca dulu.
 
 
Safety and Rules briefing
 
Battle Field
 
  Red Team
 
Bersama kapitan Red Team
 
 
last game, no rules " shoot till pallet finish".
Ni ada conference PBB.
macam mana nak hapuskan musuh bila pallet dah abis.
 
Huhuhu


Champions Red Team
 
Wehuu Team aku tu.. Amacam ada bran..
 
 Company Group Picca
 
***

Tak sangka taktikal menjadi..

kalau nak cerita pasal taktikal, memang agak rumit.

Jadi kalau nak tau taktikal perang aku,

bolehlah ajak aku main Paintball join team korang.

XOXO

***

Saturday, June 25, 2011

Paintball The Movie

***

Serious Shit



Alkisah mula mula agak terkesima apabila melihat preview dia di Astro

Alkisah sanggup juga menunggu sehingga jam 11 malam semata mata

untuk menonton filem ini.

Teringat zaman Alkisah terjebak main woodball/redball/paintball ni


***

Overall

Cerita ini agak Sh*t sebab

"As a serious pantballer i really hated this movie, not just because it made paintball resemble death and war but when the actors would take of their mask during the games as well, that's majority of the reason why paintball injuries occur, dumb asses who take off their mask and get shot in the eye and for these people to resemble pro's everybody who doesn't play pantball is going to think it's ok to take off your mask in the middle of the game if they ever go play, just fucking stupid"
R4g3853 5 months ago 15


Rasanya ramai Paintballer akan agree dengan mamat ni.

Ada ka patut main paintball tak pakai proper mask dan dalam game boleh buka baju pakai singlet

Memang tak munasabah langsung

Bagi sesiapa yang mahu menceburi bidang kesihatan plus kesakitan tapi cabarannya ekstream

Jangan segan silu

Cuba sekali main Paintball

Best Wokk

***

Sebelum main Paintball

Layan dulu

Special Ops Paintball Blackcell

Lagi best..

Baik Punyaa..








***

Tuesday, August 18, 2009

Operasi Belantara

Operasi Belantara telah dilancarkan di Bukit Cherakah, dimana tempatnya terselindung dengan papan tanda yang tidak dapat dikenal pasti semasa perjalanan ke situ. Ia amat mengelirukan pihak lawan jika berhajat untuk beristerirehat. Setibanya di kawasan itu, Team Kadet Hutan dan Team Hampas iaitu team dibawah jajahan tentera Hamas bergerak bersama-sama menuju ke destinasi yang sama.

Matahari semakin lama semakin tinggi, perjuangan kedua-dua team perlu dilancarkan dengan segara.

Peperangan pertama tercetus apabila kedua-dua team itu berebut port baek punya dia atas bukit cherakah. Team Hampas berjaya menawan puncak port baek punya itu selama 5 minit.

Peperangan diberhentikan buat sementara waktu kerana waktu makan tengahari. Team Hampas dan Team Kadet Hutan pulang ke pengkalan masing-masing lalu menjamah nasi putih, berlauk ayam, bersayur kobis dan berair sirap.

Jam menunjukkan pukul 2 petang, perjuang kami diteruskan. Peperangan tercetus kerana hanya sebotol tong minyak yang berwarna biru. Peperangan ini agak ganas kerana ramai yang tercedera termasuk aku. Tapi selamat aku pakai cheat code, jadi aku dapat masuk dalam peperangan semula. Team Kadet Hutan berjaya dalam peperangan ini dan Team Hampas kurang bernasib baek kerana mereka hanya berjaya menyelamatkan tong minyak yang bersize kecil.

Hujan lebat mula menyelebungi kawasan bukit cherakah dan peperangan ini harus dihentikan kerana kilat sambung menyambung. Ia amat berbahaya bagi askar-askar yang masih teruna trang tang tang.

Sesudahnya hujan reda. Team Hampas dan Team Kadet Hutan bergabung tenaga menentang team Mashall yang agak gian dah lama tak menembak orang. Cabaran itu diterima walaupun dalam hati agak terasa cuak. Mana tidaknya team marshall ini agak Pro dengan berbekalkan senjata moden, berpakaian yang simple dan bertopeng canggih.

Peperangan bermula dengan agak ganas sekali, tak ubah seperti cerita Steven Spielberg - Saving Private Ryan. Aku hanya mampu berselindung dibawah pondok usang bersama komando Din dan komando Hafiz. Kami sering kali melepaskan peluru-peluru sesat ke atas pihak lawan. Akhirnya peperangan berakhir dengan kemenangan keatas team Pakatan Hampas dan Kadet Hutan.

Team Kadet Hutan & Team Hampas


detik hatiku: Lepas raya main lagi.. Yeahh.. nak layan gambar lain sila ke facebook ku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...