Showing posts with label Alkisah ED. Show all posts
Showing posts with label Alkisah ED. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Alkisah 2nd Anniversary

***

Assalamualaikum

3rd Dec 2012 adalah 2nd Anniversary Alkisah
Wahh Gitu..
Jika tahun lepas, Alkisah tak dapat nak berAnniversary sangat dengan my wife
Apatah lagi nak feel honeymoon.

Ye la..
Lepas kawen terus My Wife bunting pelamin
Then 1st Anniversary, Sofea baru berumur 3 bulan lebih.
So memang tak boleh pergi mana sangat.

Jadi 2nd Anniversary nie,
Alkisah plan nak kasi best skit
Ala ala 1st honeymoon.

Alkisah plan bermalam di Bayview Beach Resort, Penang.
Then dinner di Hard Rock Cafe.

Akceli Alkisah memang dah familiar dengan hotel Bayview.
dari kecik lagi kalau Family Alkisah bercuti, mesti stay kat hotel nie.
 Nice dan Murah.
Hotel Bayview in bersebelahan dengan Hotel Hard Rock Penang.
Jadi jika sesiapa yang nak berjimat,
Boleh la stay kat Bayview dan jalan kaki ke Hard Rock Cafe.

Tips:
Bayview Beach, standard hills view murah, booking online je.

Bila Alkisah tiba kat hotel,
Hotel kasi bilik Superior, dimana ada dua permandangan, Hills dan Sea.
Sebab bilik standard dah penuh.
yang lagi best bilik besar, view cantik tapi harga sama standard room.
Terbaik kot..
Then malam tu plak ada event Jazz Festival kat dalam perkarangan Beach Hotel.
Kira dari bilik Alkisah boleh dengar dan tengok sipi sipi la konsert tu.
Memandangkan Alkisah lebih minat Rock.
Jadi malam tu, Alkisah plan nak dinner kat Hard Rock dan layan Band kat sana.

Jom layan picca picca yang sempat Alkisah shoot semasa bercuti di Penang.





 

Bila nak order makanan kat Hard Rock Cafe, 
Alkisah direkemenkan oleh salah sorang pekerja kat situ untuk mencoba
Legendary 10 oz Burger
Burger Bakar yang agak besar dan nice.
Sangat romantik bila burger tu dikongsi bersama si Isteri pada malam Anniversary.

Band yang menghiburkan kitaorang adalah Deviate.
Best ghak band tu, lebih kurang macam band NRG.
Alkisah memang suka layan band music macam nie.

Sofea plak ditinggalkan bersama Atuk dan Opahnye.
Heheh sian Fea, tak pe, sekali sekala
Papa dan Mama pun nak bercanda.

***


Wednesday, December 12, 2012

Fly away on my zephyr

***

Cepat betul masa berlalu
Sekelip mata saja dah hujung tahun.
Dan kalau korang ingat, Alkisah pernah bagitau pasal azam tahun baru di sini.

Ternyata azam itu menjadi kenyataan
Alkisah bakal akan jadi seperti


Alhamdulillah, sekali lagi rezeki berpihak kepada Alkisah
Akhir bulan lepas interview,
Awal bulan plak dapat green light,
Tengah bulan ni report duty
Weehhhh cepat bebenor.

***

Gumbira bila dapat good news
tapi
Sedih plak nak tinggalkan kenkawan yang havoc lagi best.

Apakan daya
Inilah lumrah alam pekerjaan
berhijrah sana sini
demi mencari sesuap nasi bagi menampung sebuah keluarga

***

Doakan Alkisah success kay.

Monday, October 29, 2012

UtaraSelatan

***

Setelah 3 tahun lebih Alkisah berblog
dan kini banner blog Alkisah berwajah baru

Alkisah masih mengekalkan identiti sebagai Alkisah Ed
Cuma Alkisah mahu menukar identiti blog ke nama baru
iaitu



Idea ini Alkisah dapat ketika bersantai di kampung semasa
cuti AidilAdha.

So next story AidilAdha

tapi sekarang nak kemas rumah dulu...

lalalalala..

***

Thursday, September 13, 2012

Cerita Pasal Raya 2012

***

Sebelum berakhirnya syawal

baik Alkisah upkan entri pasal raya 2012

Seriously,

Alkisah dari start raya sampai sekarang, masih beraya

Thanks to AJ sebab heran, kenapa Alkisah lama tak hapdate blogs

Inilah sebabnya

***

1st week of raya

of course balik beraya di Penang, then baru balik Johor

Utara - Selatan

***

Then 2nd Week of Raya

Not to say open house, but more to ajak datang gathering kat rumah

Akceli, Alkisah buat bacaan yassin sekali sempena masuk rumah baru setahun jagung

last year tak buat, coz selang beberapa minggu pindah

My Wife terus bersalin.

lepas bersalin, masing masing bz

Jadi, masa ni lah buat semua sekali.

Alhamdulillah

Mostly Aunty, Uncle & Kazens Alkisah yang stay kat KL datang ke rumah

pukul rata, lebih kurang 80 orang juga ada masa tu secara berperingkat peringkat

***

3rd Week

Open House untuk Aunty, Uncle, Kazen My wife and friends plak

Wohaa

***

Okay now Alkisah's house closed

Alkisah plak nak beraya rumah orang

***

Sebelum menutup tirai Raya

Alkisah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada

Sanak Saudara Alkisah

Auntys, Uncles and Kazens

Yang datang ke rumah Alkisah

Semoga kita sentiasa merapatkan silaturrahim sesama insan.

***

Sebelum ni korang ada baca tak entri


Kalau dah!!

Jom layan gambar yang tak seberapa cantik dari Alkisah

Gambar 1st day raya + Birthday Sofea


***

Thursday, June 28, 2012

28 June

***

Tahukah anda 28 Jun adalah hari


Apa kejadahnya benda nie??

Tak pernah plak orang kat Malaysia sambut hari ni

Tapi kalau hang pa nak tau lebih lanjut

Hang pa boleh layari  International Caps Lock Day 

***

Hari ini Alkisah cuti

Cuti bukan sebab off shift,

mahupun sambut Caps Lock Day,

tapi

Alkish cuti sebab

28th June

Adalah tarikh lahir Alkisah..

Hoyeeee

***

Sunday, June 24, 2012

Alkisah oh Alkisah

***

Hye you all,

How are you..

Bonjour..

***

Okay jom berborak pasal topik harini.

Korang pernah tak search nama korang sendiri kat google search engine

Ok jom kita try satu satu

1st Google nama sebenar Alkisah


no1 adalah blog Alkisah sendiri
no2 adalah fotopages Alkisah zaman dulu dulu
no3 adalah Said Ramadhan, wohaa.. janga risau, alkisah bukan dari keturunan Mesir. Disebabkan nama seakan akan keturunan Mesir, alkisah tak dapat ke San Jose. Korang boleh ikuti kisahnya di Merika

***
Next, search blog Alkisah plak



Hurmmm.. rank blog alkisah yang ke-6.. huhuhu patut ada blogger bernama Cici pernah tanya kat Alkisah "btw alkisah , i selalu tersalah masuk blog -,-' bila i pegi ke alkisah.blogspot.com mesti pergi ke tempat lain -,-". Rupanya, ini lah puncanya. eh lepas nie korang jangan tersalah plak.

Jadi bagi korang korang yang nak ke blog Alkisah, bolehlah search by Alkisah Ed.



Senang kan, lepas nie boleh lah korang visit selalu ke blog Alkisah ni..

***

Kalau korang plak macam mana?

Apa yang keluar kat google search engine bila letak nama anda sendiri kat situ?

Jom la kongsi..

***

Wednesday, May 2, 2012

Puu Puu

***

Tahukah anda perkatan Puu Puu itu ertinya Berak..

***

Alamak bau laa

Napa?? cuba check

Alaaa baby berakkk la..

Hey you. Dont you

EvaH

EvaH

EvaH

Cakap berak depan anak I

Whyyy???

I taknak nanti kita pergi makan kat kedai, anak you cakap kuat kuat.. papa, baby nak berak..

Habis potong stim orang sekeliling nak makan

Ohh Relllyy, abis tu nak cakap apa??

Cakap laa Puu Puu..

Nanti kalau anak you sakit perut, anak you akan cakap, papa, baby nak Puu Puu.. 

kan sweet cakap macam tu.. orang sebelah pun tak loya tekak bila dengar kan..

OOkk fine.. dah la...

Ehh you nak pergi plak mana tu..

Tetiba I terasa nak Puu Puu la..

Amacam, Sweet tak??

***

 

Bagus shopping complex sekarang

Banyak kemudahan yang disediakan untuk orang orang macam Alkisah.

Gambar ni Alkisah shoot dekat baby care room Gurney Plaza, Penang

So far, Alkisah dah pernah masuk baby care room dekat Curve and Sunway

Alhamdulillah semuanya bersih bersih

***

Sunday, April 29, 2012

Noktah Hitam 1.0

Apa yang korang nampak dalam gambar dibawah?








Noktah hitam itu adalah Aku

Jarang manusia sejagat bercerita pasal sehelai kain putih

Orang lebih gemar mengkritik setitik noktah hitam

Tahukah anda bawah dengan setitik noktah hitam boleh buat keadaan jadi porak peranda?

Tahukah mereka apa sebenarnya noktah hitam itu?

Serious aku cakap

Don't judge a book by its cover

Sejahat jahat aku

Aku tahu agamaku

Aku tahu batas batasku

Aku punya keluarga

Aku punya isteri

Aku punya anak

Terima kasih semuanya

Jangan percaya akan ku lagi

Aku hanya setitik noktah hitam

***

Noktah Hitam 1.0

***

Sunday, April 15, 2012

Study Mode

***

Dah seminggu Alkisah study

tinggal lagi 2 hari nak exam

Wohaa



Serious Alkisah rasa macam jadi student balik

otak ni macam dah karat sesangat tau

Ni pun, Alkisah kena pelan pelan suapkan ilmu masuk ke dalam kotak otak

simpan elok elok, nanti senang Alkisah nak keluarkan hari selasa ni

Serious, Alkisah kena polish sikit sikit otak ni supaya berkilat

senang sikit ilmu nak lekat

***

Dont worry, i'll be back soon

***

Monday, March 19, 2012

Daytona USA Arcade

***

Teringat zaman sekolah sekolah dulu

Game favorite Alkisah kalau pergi Arcade

adalah

DAYTONA

 Bila outing dengan gang gang sekolah lepas ko-q hari sabtu

kitaorang mesti lepak kat shopping complex dan singgah Arcade

Beginner dan Advance

memang dalam tangan Alkisah

Kalau main sorang sorang,  for sure no1 punya

Tapi untuk Expert mode, Alkisah tak pernah end race

tapi tidak mengapa

lepas tengok video bawah ni

mesti Alkisah boleh buat punya


***

Amacam ada bran??


Thursday, January 12, 2012

Forgot My Password

***

Baru baru ini

Alkisah try nak login

ke sebuah website

tetiba

boleh plak Alkisah lupa Password

Waterpark!!

jadi

Nak tak nak 

Alkisah kena jawab soalan seperti kat bawah ini

untuk dapatkan password baru


soalan no 2

Sonang

tapi

Soalan no 1

Memang payah

sebab banyak sangat yang Alkisah minat

Alkisah try sort yang mana the best

and

Akhirnyaaaaa..

Alkisah jumpa jawapannya

Korang nak tahu sapa?

*

*

*

*

*

*

*

*


Hohoho

Alkisah pun macam tak percaya

lepas berjaya login

Alkisah senyum kambing sorang sorang

sambil

terdetik dihati sendiri

"Gatai juga aku nie"

***

Thursday, January 5, 2012

Bahana Gambar

***

Aduyai

Kecoh kecoh buat apa

Chills sudah

Tak pasal pasal rating dia naik mendadak semenjak 2 hari ini

Puncanya

Hanya gambar di laman sosial

Akceli

Semua benda ni pernah terjadi pada Alkisah

May b pada anda juga

tul tak?

Dari zaman friendster lepas tu myspace dan kini facebook

punca dia sama saja

Gambar

tapi bukan gambar Alkisah seksi or tak pakai tudung yang jadi isu

cuma gambar Alkisah dengan GF
(orang caring cakap: tak elok, perempuan tu tak de ikatan lagi)

Okay fine

Lepas tu Alkisah bertunang

isu timbul plak pasal bergambar dengan Tunang
(orang caring cakap: tak elok belum nikah lagi)

Ok fine

Lepas tu Alkisah pun berkahwin

issue resolved

Then

Alkisah dapat Sofea a.k.a my Daughter

Alkisah masukkan gambar Sofea tengah bogel dalam bilik air ketika mandi
(orang caring cakap: tak elok letak gambar bogel anak dalam FB)

Okayyyy Fineeee

itu pun jadi Isu

Thanks for Caring

Nasihat Alkisah

Sila berhati hati bila nak upload gambar di laman sosial

Yup benar, itu hak anda

laman sosial anda

suka hati anda nak letak gambar apa pun

Alkisah pun macam korang juga

hahahaha

Jadi jalan terbaek

Tolong privatekan gambar anda kepada orang orang tertentu saja

atau

jangan add langsung orang orang seperti di bawah

  • sedara mara yang caring a.k.a kaki report
  • kawan kawan yang kay poh chi
  • mami jarum
  • jiran tetangga yang suka jaga tepi kain orang

**

Tudung

Isu ini sensitif sebab melibatkan hukum agama

cuma

Nasihat Alkisah

Slowly berubah ke arah kebaikan

Bagi wanita yang berambut highlight dan free hair ni

Kita perlu masa beri mereka masa untuk berubah

Kita tidak boleh memaksa mereka secara drastik

nanti mereka memberontak

Ini based on pengalaman Alkisah

Alhamdulillah

Formula Alkisah berkesan

myWife slowly bertudung

***


klik Nur Amalina Che Bakri untuk dapat penjelasan dari

tuan badan sendiri

So untuk kes yang tengah HOT ini

Kita seharusnya jangan terus menghina atau berprasangka buruk terhadap dia

tetapi

Suruh dia layari ceramah ceramah agama di youtube

bila dia ada kelapangan


***

Alkisah juga dalam proses pemulihan

Rohani & Jasmani

Proses ini takkan selesai sehingga nafas yang terakhir

insyallah

***

Tuesday, December 27, 2011

ITIL v3 Foundation

***




Alhamdulillah

Certified Sudah

***


Wednesday, December 14, 2011

Pembaharuan

***

Alkisah perlukan sesuatu yang baru dalam blog ini untuk tahun 2012

Alkisah nak pecahkan post entri Arsenal & sukan pada satu blog yang lain

Keep update on Alkisah Pictures yang dah bersawang lamanya

Haish

Migration besar besaran la gamaknya

***

Apa kata anda?

Mungkin korang ada idea lagi bernas dari Alkisah

Dari segi topik2 entri, header atau color blog

Korang boleh luahkan dilaman komen dibawah entri ini

Jasa mu amat dikenang

Peace Yooo..
***



Saturday, December 3, 2011

Happy Anniversary Alkisah

***

Happy 1st Anniversary

Alkisah

Dulu berdua

***

Kini Bertiga



&

Alkisah's Big Family

***


Thursday, November 24, 2011

Akhirnya

***


***

Alhamdulillah

dapat juga Alkisah tambah koleksi

Certificate

demi kerjaya terchenta

***

kui kui kui


Tuesday, November 1, 2011

Aduhai Photog

***

Pergh!! memang masak

Patut la kadang kadang designer merungut

Kalau gambar yang diorang dapat, tak seindah rupa

Kali ini Alkisah yang terkono

Haha

Selalunya Alkisah shoot gambar, Alkisah yang edit

Kira bila sampah yang Alkisah shoot,

Dari sampah juga Alkisah akan tahu macam mana nak edit bagi cantik

Tapi

Bila orang lain shoot sampah

Memang poning kepalo den nak mengeditnya

***

Alkisah bukanlah pro wedding photog

Alkisah juga seorang beginner photog

Mostly Alkisah amik wedding orang orang terdekat

Terutamanya kazen & rakan rakan

Korang boleh layari Flickr/Blog Alkisah Pictures

Alkisah tak berani untuk tackle job wedding kalau Alkisah tak kenal orang tue

Sebab expectation pengantin memang tinggi

Pengantin memang nak album kawen diorang cantik & cepat siap

Betul tak?

***

Untuk photog baru yang ambil gambar wedding

Tolong shoot gambar cantik cantik

Serious dengan gambar yang cantik

Sonang korang nak edit

Kalau korang malas nak edit pun

Korang kasi orang lain edit pun, sonang.

***

Maksud Alkisah gambar cantik

adalah

Basic photog kena betul

Tiru angle dan gambar gambar photog terkenal

Contoh banyak kat Facebook/Website

Tiru untuk kebaikan takpa

Nanti kalau korang dah advance

Korang boleh modify angle tersendiri

Dan bila dah pro

Korang buat angle sendiri

Pastu orang plak tiru korang

Hebat kan!!

***

Join kelas / klinik / tag dengan photog wedding

Serious diorang ni banyak ilmu

Alkisah pun banyak menimba ilmu dengan diorang

Untuk jadi hebat

Korang kena belajar dengan Otai

***

Thanks pada orang yang banyak mengajar Alkisah

pasal dunia

photography

Espeacially

Moqh - mentor photocamp 4
Saiful Nang - Boss CS, bagi peluang Alkisah sebagai trainee
Fuad Topa - Mentor Alkisah semasa jadi trainee
MasHelmy
Azizi Lee - GG
Faizal Rahim
Khairul Hazwan - Kacuk
Hafiz Atan

***

Sekejap je Alkisah join jadi trainee

Tapi apa yang Alkisah nak tekan kan

Adalah

Dalam dunia photog nie

Basic korang kena betul

Dari basic kita dapat olah gambar itu jadi menarik

Serious

Memang dari gambar yang cantik

Sonang kerja korang nak edit untuk buat album

***

Nak kata Alkisah shoot cantik

Memang tak la

Sampah juga hasilnya

Alkisah juga masih photog beginner

***

Kay la guys

Alkisah dah luahkan perasaan

Now

Alkisah nak sambung susun gambo

Haihs..

***

Friday, October 14, 2011

Back to Future - Nike MAG

***

Korang ingat lagi cerita Back to Future

Cerita Sci-Fi yang mengunakan kereta DeLorean DMC-12 sebagai time machine

untuk kembali ke zaman silam atau masa hadapan.

Mengumpul koleksi barang yang berkait rapat dengan cerita ini

adalah satu impian bagi Alkisah.

Salah satu koleksi yang Alkisah ada ialah

Model kereta DeLorean DMC-12


my collection

***

Tapi baru baru ini

Nike mengeluarkan product kasut Nike MAG

Dimana kasut itu dipakai oleh Marty Mac Fly pada cerita Back to Future 2

Memang stylo laa..

Korang boleh view video video dibawah untuk more info:









Wah siap jacket Marty Mac Fly pun diorang nak release..

Walawey la..

Mungkin Alkisah dapat tengok je la

Tak mampu untuk dimiliki..

***

Thursday, October 13, 2011

Chilis

***

Di suatu hari, si isteri tinggal berdua bersama ibu mertuanya

Ibu Mertua: Iera mana lada?

Isteri: Lada dalam peti ais

Ibu Mertua: Tak der pun..

Isteri: Ada je, mak nak merah ke hijau ?

Ibu Mertua: Yang halus halus, biji biji.

Isteri: Chili flakes tak der la mak

Ibu Mertua: Eh bukan.. lada hitam a.k.a black pepper..

Isteri: OOooOoo


Itulah cerita bila orang utara bertemu orang johor, perkataan sama tapi bendanya berlainan..

***

Friday, October 7, 2011

Ada apa dengan 100 hari


***

Di suatu hari, Isteri yang sedang berpantang dikampung sedang berborak dengan Suaminya.

Isteri: You, tak lama lagi I cukup 100 hari
Suami : Oh really, okay

Suami yang agak blurr dengan jawapan itu, lalu bertanya..

Suami: Ada apa dengan 100 hari?



***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...