Showing posts with label Photographer. Show all posts
Showing posts with label Photographer. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Siri Part-time Job

***

Mungkin ada diantara blogger pernah atau terlibat dengan kerja part-time. Hidup di kota metropolitan seperti KL ini, tidak cukup kalau hanya bergantung pada makan gaji atau harap duit PTPN/MARA bagi para pelajar. Kalau tiap tiap bulan nak harapakan PAMA, diri boleh jadi naik segan, itupun kalau keadaan terlampau terdesak sampai alerts warning level 5 baru lah tebalkan muka, minta sedikit wang ihsan.

Tapi kat tinggal kat KL ni, aku nampak lubang bisnes bukan main besar. Apa yang anda perlu sedikit  usaha dan grab peluang  yang terbentang luas. Bila aku baca entri bab aku-dah-bosan-menjadi-doktor-bertauliah. Tidak dinafikan, ramai yang jadi pakar doktor secara tidak bertauliah lalu menjual ubat ubatan. Ramai juga yang jadi wartawan hiburan, sukan dan politik secara tak rasmi di laman laman web dan ramai juga diantara kita semua kerja di pejabat tapi pandai buat bisnes tupperware, avon, jual barangan bayi, insurans dan sebagainya.

Manusia di KL sekarang ini ibarat Iguana (berubah mengikut keadaan). Siang buat kerja lain, malam buat kerja lain. Ada diantara  kita kerja sebagai engineer, tapi dalam masa yang sama anda jual insurans, ada pula diantara kita kerja kerani, tapi dalam masa yang sama jual barangan kosmetik. Walauapapun kita buat, yang penting, rezeki kita dari sumber yang halal, insyallah.

Ini adalah Siri Part-time Job yang pernah aku buat. Detik perih, sedih, penat dan happy akan aku kongsi dalam entri terbabit. Nampaknya Siri #3 dah keluar dulu semalam. enjoys

#1 -Mc D
#2 - HOCA Cafe KLCC
#3 - Photographer
#4 - Blogger

"Bukan senang nak hidup senang
Bukan susah nak jadi susah"

***

Wednesday, August 15, 2012

Olympic Photographer 2012

***

Akceli bukan senang nak jadi seorang photographer profesional

Seorang photographer perlu alert setiap saat ketika bertugas.

The Best Moment hanya datang sekali sahaja

dan tidak boleh diulang atau dibuat buat.

Sebagai contoh: Pertandingan 100 meter.

dalam masa kurang 10saat

Photographer kena snap sebanyak mana gambar selagi boleh.

Kalau tak percaya,

jom ikuti cerita disebalik pemgalaman photographer Olimpik 2012

   

Alkisah pernah juga try shoot sukan

masa tu sukan Rally

korang boleh layari @ Alkisah Pictures : Sports

dan kerap juga shoot gambar wedding.

Serious Alkisah cakap

Susah dan Penat.

Sebelum pergi shooting, Alkisah kena buat research dan save gambar gambar

buat rujuk masa dekat site.

Segala penat dan lelah hilang serta merta

kalau gambar yang Alkisah tue awesome dan dapat pujian.

Sekarang Alkisah slow skit pergi shooting

kalau ada pun shoot gambar family sendiri je

or wedding saudara mara.

Bukan apa,

Expectation Customer sekarang tinggi.

Semestinya

Setiap pengantin mahu gambar kahwin mereka sebagai kenangan terindah.

Jadi gambar wajiblah cantik.

Bagi Alkisah, kualiti itu penting.

So sesiapa yang plan nak kahwin dan tercari cari photographer

Bolehlah tanya Alkisah.

Alkisah boleh suggest the best photographer in Malaysia mengikut kemampuan korang.

Wehuuuu

***

Adios

Salam 1 photographer

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...