Showing posts with label England. Show all posts
Showing posts with label England. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Siri WC2014 - ceRoy out dan game penentuan


Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus tetap ke-13 England pada 1 Mei 2012, sebulan dan sepuluh hari sebelum permulaan UEFA EURO 2012 berikutan perletakan jawatan Fabio Capello.

Pada EURO 2012, Hodgson membawa England ke peringkat suku akhir di mana mereka telah dikalahkan menerusi sepakan penalti. Di bawah pengendalian Roy, Three Lions meningkat ke tempt ketiga dalam FIFA / Coca-Cola Kedudukan Dunia, kedudukan tertinggi mereka kerana mereka telah diperkenalkan pada tahun 1992.

Pada 15 Oktober 2013, England menewaskan Poland 2-0 di Wembley dengan gol daripada Wayne Rooney dan Steven Gerrard untuk layak tanpa kalah untuk Brazil 2014. Hodgson berkata selepas perlawanan yang mencapai Piala Dunia adalah detik yang amat membanggakannya dalam bola sepak.



Malangnya, England kecundang diperingkat kumpulan tanpa mengumpul sebarang mata buat masa kini. Salah siapa semua ini? Bagi aku, para pemain skuad England hebat-hebat belaka. Ramai pemain dari kelab "berprestige" liverpool tapi masih gagal. Bila jatuh, ditimpa pula tangga, ini terjadi apabila top scorer EPL 2013/2014 dari skuad liverpool itu sendiri yang musnahkan skuad 3 singa itu.


***

Malam ini bermulalah perlawanan penentuan.

Group A - Brazil perlu menang untuk mengekalkan dipertama, manakala Mexico dan Croatia akan bermati-matian untuk layak ke peringkat seterusnya.

Group B - Jalan mudah buat Netherlands dan Chile yang sudah layak. 

Group C- Ruang masih terbuka buat Japan, Ivory Coast dan Greece.

Group D - Perlawanan penentuan diantara Italy da Uruguay untuk menduduki tempat ke-2.

Group E - Ecuador dan Switzerland masih mempunyai sinar harapan, nasib saja menanti mereka.

Group F- Peluang tipis buat Iran. Bola itu bulat, mungkin ada drama disebalik pertembungan dalam group ini.

Group G- Open game, macam macam boleh terjadi. Jangan Klinsman dan Joachim Low pakat bagi game seri sudah, terus sia sia game terakhir Portugal. Perlu diingat Klinsman tu warga Germanry 

Group H - Peluang dalam team team group ini juga masih ada, masih ada sinar cuma kena team mana gilap lebih cerah, team tu lah bakal layak.

***

Thursday, June 12, 2014

Siri WC2014 - Team Pilihanku

***

Kalau minggu lepas I post pasal Jersi Pilihanku. Kali ni, I post team pilihan untuk World Cup 2014.

So ini adalah team yang Pilihan I. Setiap team ni ada kekuatannya tersendiri. Team paling I minat adalah Germany. Kenapa Germany?? nanti I post setiap entry untuk setiap negara yang I minat.



Amerika Latin - Brazil dan Argentina. Bermain dalam keadaan cuaca yang dah biasa bagi mereka dan suppoters yang ramai. Mampu memberi ultra-advantage.


Europe - Spain dan Portugal kena beri tumpuan.
Holland, Italy, France dan England juga tidak boleh pandang enteng. Walaupun prestasi sebelum ini kurang bernasib baik. Mungkin kali ini sebaliknya dengan adanya pelapis baru yang menyertai team masing masing.



Asia - Tahap permainan kedua-dua team pilihanku ini tidaklah memberasangkan, kalah pada perlawanan persahabatan sebelum sepak mula World Cup, bukan lah ukuran sebenar. I harap diorang dapat buat lebih baik seperti siri World Cup terdahulu.



***

Wednesday, June 20, 2012

Cerita Euro 2012 #2

***

Berakhir sudah persaingan dalam kumpulan

Group A: Czech dan Greece mara ke suku akhir. Sungguh Alkisah tak sangka dengan keputusan ini.

1 muka, 2 negara

Group B:  German pula mara dengan gah mengutip 9 point, manakala Portugal layak setelah menundukkan Holland 2-1. Orenje Oh Orenje..

 kenangan Alkisah lawatan sambil bekerja di Frankfurt

Group C: Spain selaku juara juga mara bersama Forza Italia.


Group D: England yang dianggap kurang menyerlah sebelum Euro telah membuktikan "Imposibble is Nothing" . France juga layak walaupun mereka kalah dengan Sweden pagi tadi.


Go!! England Go!!

***

Next

Quater Final EURO 2012


Bagi Alkisah

Perlawanan tough adalah Spain vs France dan England vs Italy

Portugal dan German bakal layak ke Semi Final

Apa pula prediction hangpa pasal game Quater Final ??

***

Ini saja laporan dari Alkisah buat masa ini.

Tunggu laporan seterusnya pada Cerita Euro 2012 #3

***

entri ini ditaja oleh Coke - EURO 2012


Friday, June 15, 2012

Cerita Euro 2012 #1

***

Seminggu telah pun berlalu. Apa dah terjadi dengan EURO 2012.

Ayuh kita rongkai fakta fakta menarik sehingga hari ini.

Gol Pertama: Robert Lewandowski
Penalti Missed Pertama: Giorgos Karagounis 
Penjaring Terbanyak Pertama: Alan Dzagoev (2gol)

Yellow Card Pertama: Sokratis Papastathopoulos
Red Card Pertama : Sokratis Papastathopoulos
Straight Red Card Pertama: Wojciech Szczesny 


Game Seri Pertama: Poland dan Greece
Pasukan yang menang first: Russia
Pasukan yang kalah first: Czech

***
Group A


Czech boleh dikatakan mempunyai keeper yang hebat, dari kem Chelsea, dimana baru baru ni menang piala Champions League tetapi akhirnya kecundang jua pada game pertama. Harus diingat, kekuatan kelab dengan negara tersangat la berbeza sama sekali. 

Czech adalah negara yang dibelasah teruk oleh Terpedo Russia, tapi mereka bangkit dipusingan ke-2 dengan menewaskan Greece 2-1 pada Selasa lepas.

Russia yang gah menang ke atas Czech pada perlawanan pertama terpaksa berkongsi mata dengan tuan rumah Poland baru baru ini.




***
Group B

Holland sekarang seperti jatuh ditimpa tangga, walaupun dibarisi dengan pemain bertaraf bintang, tetapi mereka kalah pada perlawanan pertamanya dengan Denmark dan juga kalah pada perlawanan kedua dengan German membuatkan Holland tidak mengutip sebarang mata. Agak sukar untuk Holland mara ke pusing seterusnya kecuali sesuatu keajaiban berlaku minggu hadapan semasa menentan Portugal.

Next Euro cuba lagi kay Holland

Forever Alone

German pula adalah pasukan pertama yang memungut 6 mata, sekali gus memberi nafas lega pada mereka. Mereka tak perlu berusaha keras sangat bila menentang Denmark nanti. 

What a relief.....

Portugal seperti lambat pick-up, game pertamanya kalah ditangan German tapi bangkit semula apabila menentang Denmark tempohari. Jadi game akhir menentang Holland adalah segalanya buat Portugal sama ada mereka layak atau tidak ke peringkat seterusnya.


***
Group C

Spain bagaikan tumpul dibahagian serangan dengan ketiadaan David Villa dan juga Torres menyukarkan penyudah buat pasukan Spain, tetapi semangat peyandang Juara Euro itu bangkit setelah ketinggalan 1-0 ke atas Italy. Maka, keputusan Spain terikat satu sama dengan Italy di akhir perlawanan.

Croatia pula mengambil peluang yang terhidang di hadapan mata dengan membelasah Ireland 3-1 tetapi terikat 1-1 dengan Italy pada pagi tadi.

Ireland terpaksa akur dengan kehebatan Juara Euro 2008 iaitu Spain dengan kekalahan teruk 4-0, lantas menyingkir Ireland untuk ke peringkat seterusnya.

"Ada apa hal kalau team kita kalah, Go Iere! Go Bumi Hijau"


***
Group D

England dan France bagaikan dah berjanji untuk bersama sama nak ke peringkat seterusnya dengan mengikat keputusan seri 1-1. Mana taknya, ramai pemain France bermain di liga EPL.

Bagi Ukraine tiada apa yang mustahil, walaupun ketinggal 1-0 ke atas Sweden dengan jaringan abe Zlatan, tetapi semangat juang yang tinggi tuan rumah bangkit bermati matian lawan sehingga mereka berjaya mengalahkan Sweden dengan jaringan 2-1

"Macam ni cara main bola sebenar" ujar awek ni kepada abe Zlatan

***

Ini saja laporan dari Alkisah buat masa ini.

Tunggu laporan seterusnya pada Cerita Euro 2012 #2

***

entri ini ditaja oleh Coke - EURO 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...