***
Seminggu telah pun berlalu. Apa dah terjadi dengan EURO 2012.
Ayuh kita rongkai fakta fakta menarik sehingga hari ini.
Gol Pertama: Robert Lewandowski
Penalti Missed Pertama: Giorgos Karagounis
Penjaring Terbanyak Pertama: Alan Dzagoev (2gol)
Yellow Card Pertama: Sokratis Papastathopoulos
Red Card Pertama : Sokratis Papastathopoulos
Straight Red Card Pertama: Wojciech Szczesny
Game Seri Pertama: Poland dan Greece
Pasukan yang menang first: Russia
Pasukan yang kalah first: Czech
***
Czech boleh dikatakan mempunyai keeper yang hebat, dari kem Chelsea, dimana baru baru ni menang piala Champions League tetapi akhirnya kecundang jua pada game pertama. Harus diingat, kekuatan kelab dengan negara tersangat la berbeza sama sekali.
Czech adalah negara yang dibelasah teruk oleh Terpedo Russia, tapi mereka bangkit dipusingan ke-2 dengan menewaskan Greece 2-1 pada Selasa lepas.
Russia yang gah menang ke atas Czech pada perlawanan pertama terpaksa berkongsi mata dengan tuan rumah Poland baru baru ini.
***
Group B
Holland sekarang seperti jatuh ditimpa tangga, walaupun dibarisi dengan pemain bertaraf bintang, tetapi mereka kalah pada perlawanan pertamanya dengan Denmark dan juga kalah pada perlawanan kedua dengan German membuatkan Holland tidak mengutip sebarang mata. Agak sukar untuk Holland mara ke pusing seterusnya kecuali sesuatu keajaiban berlaku minggu hadapan semasa menentan Portugal.
Next Euro cuba lagi kay Holland
Forever Alone
What a relief.....
Portugal seperti lambat pick-up, game pertamanya kalah ditangan German tapi bangkit semula apabila menentang Denmark tempohari. Jadi game akhir menentang Holland adalah segalanya buat Portugal sama ada mereka layak atau tidak ke peringkat seterusnya.
***
Group C
Spain bagaikan tumpul dibahagian serangan dengan ketiadaan David Villa dan juga Torres menyukarkan penyudah buat pasukan Spain, tetapi semangat peyandang Juara Euro itu bangkit setelah ketinggalan 1-0 ke atas Italy. Maka, keputusan Spain terikat satu sama dengan Italy di akhir perlawanan.
Croatia pula mengambil peluang yang terhidang di hadapan mata dengan membelasah Ireland 3-1 tetapi terikat 1-1 dengan Italy pada pagi tadi.
Ireland terpaksa akur dengan kehebatan Juara Euro 2008 iaitu Spain dengan kekalahan teruk 4-0, lantas menyingkir Ireland untuk ke peringkat seterusnya.
"Ada apa hal kalau team kita kalah, Go Iere! Go Bumi Hijau"
***
Group D
England dan France bagaikan dah berjanji untuk bersama sama nak ke peringkat seterusnya dengan mengikat keputusan seri 1-1. Mana taknya, ramai pemain France bermain di liga EPL.
Bagi Ukraine tiada apa yang mustahil, walaupun ketinggal 1-0 ke atas Sweden dengan jaringan abe Zlatan, tetapi semangat juang yang tinggi tuan rumah bangkit bermati matian lawan sehingga mereka berjaya mengalahkan Sweden dengan jaringan 2-1
"Macam ni cara main bola sebenar" ujar awek ni kepada abe Zlatan
***
Ini saja laporan dari Alkisah buat masa ini.
Tunggu laporan seterusnya pada Cerita Euro 2012 #2
***
entri ini ditaja oleh Coke - EURO 2012
2 Blogger kasi response. .
In a way bagus jugak Holland keluar awal, kalau Holland perform Van Persie perform, takut nanti dia rasa he's too good for Arsenal and leave the club...
Replyhaha jahatnye saya..:P
missnadira: haha tak jahatla.. normal laa benda tu.. tapi kalau holland tak dapat piala.. ada kemungkinan van persie keluar ke kelab lain, semata mata nak cari kelab yang boleh julang piala..
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..