Saturday, November 20, 2010

Peranakan Place

***

Okay, semalam Alkisah hangout dengan tunang ke OU. So lama juga Alkisah tak pergi OU, last sekali pergi masa tu time tengok wayang cerita Magika.

Kalau dah pergi One Utama, mesti ada tujuan. So tujuan utama Alkisah nak cari tie untuk wedding Alkisah nanti. Pada mulanya Alkisah nak angkat carvet macam gambar kat bawah ni:



Disebabkan faktor faktor tertentu, Alkisah membatalkan hajat lalu Alkisah beli tie yang lain. Ada satu ie yang memang cun habis. Ok next event bulan 2, Alkisah sure akan beli tie tu.

Ok program seterusnya adalah makan malam, So jalan punya jalan kitaorang singgah kat Peranakan Place dekat depan News Cafe OU.

So kalau dah duduk makan kat Restoran Peranakan, apa menu yang korang akan makan?

Ok mari kita kenali dulu apa itu Peranakan. Peranakan atau ia lebih dikenali sebagai Baba Nyonya yang majoritinya ada di Melaka. Korang boleh layari wiki-pe-dia : Peranakan untuk maklumat dengan lebih lanjut.

Restoran Peranakan ini lebih kepada masakan Baba Nyonya. So dalam kepala hotak Alkisah tak der benda lain selain Asam Pedas. Jadi Alkisah ambil set untuk makan 2 orang iaitu set A yang terdiri daripada Asam Pedas Ikan (Nyum Nyum), Ayam Masak Hijau (Serious Alkisah tak tau ayam masak apa.), Telur dadar dan Sambal Lady Finger a.k.a jari wanita atau lebih dikenali sebagai Bendi kalau di pasar basah.

Serious terbaik masakan dia. Kalau tengok dara segi rupa, korang sure cakap macam pedas, tapi sekali Alkisah rasa, endah rupa dari rasa. Bendi bersama sambal adalah faveret Alkisah. Sambal dia sedap dan tak pedas langsung. Kalau korang peminat sayur Bendi, korang boleh try makan bendi cicah sambal dia. Nyum Nyum. Rasa manis manis gitu. Asam Pedas Ikan pun tidaklah pedas sangat. Memang enak dimakan bersama nasi + telur dadar + bendi + sambal. Nyum nyum.

Ia memang terbaik. Tak rugi kalau korang nak merasa masakan Peranakan ni. Akceli, banyak lagi Alkisah belum rasa seperti ABC, cendol dan macam macam lagi menu yang ada. Tengok boleh tahan sedap juga. May be next time, Alkisah singgah makan lagi kat situ.

***


Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...