Showing posts with label Alkisah Pictures. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Pictures. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Siri Part-Time #3: Photographer

***

Photographer

Terima kasih kepada Sweetie kerana sudi bertanya:


Sebelum itu, aku nak cerita serba sedikit kisah aku sebagai photographer. Aku mula menceburi dalam bidang fotografi secara serious sejak 2008. Kalau lihat balik gambar gambar aku ketika baru mula berkecimpung, memang buruk siut (http://saedramadhan.fotopages.com). Pada bulan Feb 2009,  menimba ilmu di Photocamp anjuran CS. Mentor aku untuk group aku adalah Moqh atau lebih dikenali sebagai Mukhriz Latif. Sekarang beliau mempunyai syarikat fotografi bersama Udey.


Ini antara hasil dari group kitaorang.

Pada tahun 2010, aku dipilih sebagai trainee photographer dan bergerak secara part-time dan ditugaskan menajadi assistance kepada FT. Aku kerap mengekor FT setiap minggu untuk laksanakan tugas sebagai jurugambar. Banyak tips dan pengalaman berguna yang dapat aku pelajari semasa menjadi jr photographer di samping makan percuma ketika bertugas.

Rezeki aku bersama FT tidak lama, cuma beberapa bulan saja. Aku berhenti lalu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Sabtu Ahad cuti tanpa sebarang kenduri kendara.

Bayangkan kalau aku buat part-time sebagai jurugambar, isnin-jumaat bekerja di pejabat, salah satu hari cuti sabtu atau ahad atau kadang kadang kedua-dua hari ada job wedding. Memang penat babe, itu belum kira waktu nak edit gambar lagi pada waktu terluang. Bila masa aku nak bersama keluarga.

Andai kata jadi fulltime photographer, sudah semestinya masa ada terluang isnin-khamis adalah masa sesuai untuk berjumpa dengan klien, edit dan siapkan album.

***

Dengan ada sedikit pengalaman, aku cuba bergerak bersendirian. Cuma setiap kali majlis, aku akan ditemani oleh rakan yang bernama Bob. Dia punya seni yang tersembunyi.

Aku dan Bob bersependapat,  klien terutamanya akan meletakkan harapan yang tinggi "high expectation" untuk sesuatu album perkahwinan.

Jadi dengan itu, kerana keyakinan aku tak setinggi melangit, maka klien klien aku hanyalah terdiri daripada rakan rakan terdekat dan sedara mara. Kalau korang nak aku shoot, kenalah jadi rakan terdekat dulu. Barulah tak kekok bila nak shoot gambar nanti.

Korang boleh view hasil kerja yang pernah aku buat.










Tips terbaik yang boleh aku kasi kat korang; untuk fotografi perkahwinan, better cari yang fulltime/ professional dan review gambar gambar  mereka terlebih dahulu. Kalau anda mahu aku rekemen photographer yang best pun boleh.. drop me an email.

***

Bagi menjawab persoalan diatas.

Waktu kerja aku sekarang sangat ketat, setiap hari rabu-sabtu aku wajib kerja (sebab shift). Setiap hari ahad pula hari bersama keluarga. Di situ dah nampak hala tuju untuk ambil job wedding tertutup. Harap Maklum.

Ia tidak terhenti disitu saja, skop fotografi ini sangat luas dan ianya tidak hanya tertumpu pada perkahwinan. Jika ada masa terluang, aku shoot event di tadika dan company jika diperlukan, kadang kadang shoot gambar anak sendiri, pemandangan, bangunan, produk, konsert, pokok, haiwan dan selfie. Andai kata korang berminat untuk shoot outdoor disekitar KL/Selangor pada hari Isnin atau Selasa (ini saja hari yang aku free), bolehlah roger/email untuk mengetahui quotation.

Korang juga boleh review gambar gambar yang pernah aku shoot di blog http://alkisahpictures.blogspot.com/.

p/s: email aku tertera di blog alkisah pictures. sekian wasalam.

***

Tuesday, May 14, 2013

Fea @ Putrajaya 12052013

***

Ahad 12 May 2013 - Aku bawa family pusing pusing area bangi. Kononnya nak singgah kat Fareeda, nak belek belek tudung, alhamdulillah kedai tutup. Jadi selamatlah masa aku disitu.

Jangan sedey sedey.. Bagi merawat luka hati biniku, aku bawa diorang pergi merawat perut. Lapaq sesangat Dhooo. Aku tau, kat bangi banyak kedai makan sedap sedap. Bila tengok jalan jalan cari makan, mesti area Bangi. Bila aku pergi, dah rambang mata. Memandang perut dah lapar. Jadi aku singgah Wadi Hana Islamic Kitchen. Boleh tahan juga kedai dan makannya, ramai family datang lepak makan kat situ.

Lepas makan, cuaca petang mula suam suam kuku. Aku bawa Sofea lepak kat depan Masjid Putrajaya. Saja bagi hilang Fea explore dunia luar dan bagi berpeluh a.k.a exercise sikit. Tak der lah Fea asyik terperap kat rumah sambil main tab dengan tengok t.v. Budak budak zaman sekarang, tau tau je lah..

Ok, aku sudahi entri ini dengan gambar yang sempat aku snap. mostly gambar Fea jer.. Seriously, aku dah lama tak pegang camera..Huhu. aku kena asah balik bakat ni.

Last but not least, tak sabar aku nak shoot kat Bandung end of this month. Oh Yeahh.. nanti aku share bila pulang dari sana..adios


***

Wednesday, August 15, 2012

Olympic Photographer 2012

***

Akceli bukan senang nak jadi seorang photographer profesional

Seorang photographer perlu alert setiap saat ketika bertugas.

The Best Moment hanya datang sekali sahaja

dan tidak boleh diulang atau dibuat buat.

Sebagai contoh: Pertandingan 100 meter.

dalam masa kurang 10saat

Photographer kena snap sebanyak mana gambar selagi boleh.

Kalau tak percaya,

jom ikuti cerita disebalik pemgalaman photographer Olimpik 2012

   

Alkisah pernah juga try shoot sukan

masa tu sukan Rally

korang boleh layari @ Alkisah Pictures : Sports

dan kerap juga shoot gambar wedding.

Serious Alkisah cakap

Susah dan Penat.

Sebelum pergi shooting, Alkisah kena buat research dan save gambar gambar

buat rujuk masa dekat site.

Segala penat dan lelah hilang serta merta

kalau gambar yang Alkisah tue awesome dan dapat pujian.

Sekarang Alkisah slow skit pergi shooting

kalau ada pun shoot gambar family sendiri je

or wedding saudara mara.

Bukan apa,

Expectation Customer sekarang tinggi.

Semestinya

Setiap pengantin mahu gambar kahwin mereka sebagai kenangan terindah.

Jadi gambar wajiblah cantik.

Bagi Alkisah, kualiti itu penting.

So sesiapa yang plan nak kahwin dan tercari cari photographer

Bolehlah tanya Alkisah.

Alkisah boleh suggest the best photographer in Malaysia mengikut kemampuan korang.

Wehuuuu

***

Adios

Salam 1 photographer

***

Tuesday, February 21, 2012

Raya Haji 2011

***


Antara gambar koleksi Alkisah tahun lepas

korang juga boleh layari


***

Wednesday, November 17, 2010

Light Painting

***

Alkisah mulai minat light painting semenjak Alkisah surfing lalu terjumpa dalam flickr sorang mamat berID Dennis Calvert. (Boleh klik pada nama beliau untuk melihat hasil kerjanya di flickr.). Anda juga boleh melayari website beliau di: http://www.denniscalvert.net/. Seni Light Painting yang diluahkan oleh Denis lebih menguji dari segi penggunaan photografi long exposure dan teknikal elektronik cahaya.

Berikut adalah video hasil kerja beliau:



***

Selain itu, Alkisah juga meminati hasil kerja Eric William Curry.

Eric Curry dilahirkan pada tahun 1956 di Los Angeles, California. Beliau berkelulusan dari Art Center College of Design tahun 1980. Beliau tinggal di Scandinavia selama 12 tahun dan menjalankan iklan sendiri di studio fotografi yang berpusat di Copenhagen, Denmark, kembali ke US pada tahun 1992.

Pada awalnya, beliau dilatih dan dikhususkan di studio Still Alive dan kesan khas fotografi selama beberapa tahun. Eric akhirnya dialihkan ke lokasi industri fotografi.

Berikut adalah salah satu video yang dirakaman untuk tatapan kita semua, Cara bagaimana Eric William menghasilkan gambarnya.




Untuk maklumat lanjut boleh layari youtube: EricWilliamCurry

***

Wednesday, October 6, 2010

Engangement - Fadhli & Aliah

***

Engagement Fadhli & Aliah

2 Minggu lepas, Alkisah jadi OP untuk bekas rakan sekerja Alkisah Fadhli. Sebenarnya dah lama Alkisah tak shoot event macam wedding/engagement. Alkisah ambil job ini pun atas dasar kawan kawan dan requirement diorang pun simple mimple. Jadi selepas ini, kalau korang rasa hasil kerja Alkisah berbaloi dan anda berminat, jangan segan silu contact Alkisah. Alkisah cuba buat yang terbaek. Dalam majlis ini Alkisah dibantu oleh rakanku iaitu Arqam dan aweknya. Terima Kasih pada pasangan Fadli & Aliah dan keluarganya dan rakan rakan yang membantu.

Sila layari Engagement Fadli & Aliah untuk melihat hasil gambar dariku.

***

Tuesday, October 5, 2010

Raya @ Singapore

***

Raya @ Singapore

Tatkala orang masih beraya di kampung, "Tetttt, masih raya lagi ka sekarang", Ok I mean bulan lepas orang masih beraya di kampung, Alkisah plak singgah di Temasik. Akceli tujuan utama ke sana adalah untuk beraya akan tetapi plan berubah atas sebab sebab tertentu. Maka dengan itu, tanpa menghampakan perasaan kawan kawan. Plan tetap plan. Kitaorang pergi juga Temasik untuk berjalan jalan.

1st. Kitaorang pergi Sentosa Island. Pertama kali Alkisah menjejakkan kaki di Sentosa Island dan tujuan utama juga nak tengok Universal Studio Globe. Nak masuk tak mampu lagi. Just simpan angan angan dulu. Review tempat ok ke tak. So far so good. Next time we come again. Agak penat dan best, pusing pusing area Sentosa. Apa yang penting enjoice Bagi mengakhiri penjelajahan, kami bersepakat membawa berkat menaiki Skyride dan Luge. Syiokk juga, tapi tak boleh naik banyak kali sebab oncostnya tiada. Naik sekadar beronok ronok. At least ada something kitaorang naik kat sana. Tak gitu.

2nd. Kitaorang ke Bugis Street. "I've been there before" speaking Alkisah dalam hati. Alkisah pernah ke sini suatu ketika dulu atas urusan kerja. Not Bad juga barang barang dia. More looks like Petaling Street.

3rd. Malam menjelma, perut pun sudah berkeroncong. Jadi kitaorang singgah ke kedai mamak depan Masjid Arab St. Tapau Murtabak Singapore, antara terfamous kat sini. Nama kedai dia Alkisah lupa. Hajat Alkisah nak pekena sup tulang merah tak kesampaian. T T

Next time je la..

Acara terakhir, balik Malaysia.

untuk menikmati gambar bolehlah click : Raya @ Singapore

***

Sunday, September 12, 2010

Picca Picca Raya

***

Hidangan Hari Raya Ke-2

Nasi Beryani Pakistan yang dimasak oleh mak aku.

Udang Masak Merah

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Rendang

***

Picca Family Raya


Like Father Like Son


Katil & Bilik Raya

***


Tuesday, August 3, 2010

Al-Kisah Pictures

***

Untuk pengetahun umum, Alkisah telah pun menyiapkan photoblog yang diberi nama Al-Kisah Pictures (klik link untuk ke photoblog). Photoblog ini berfungsi menjadi sebagai portfolio online Alkisah dari segala aktiviti yang Alkisah lakukan. Banyak aktiviti Alkisah akan dikongsi bersama dengan foto foto peribadi dari travell, outdoor, indoor, wedding dan events. Jika anda melihat apa yang anda suka, jangan ragu-ragu untuk meninggalkan komen. Kalau anda berminat untuk mendapatkan khidmat photo sentuhan Alkisah, bolehlah contact Alkisah. Insyallah Alkisah akan berikan yang terbaik untuk anda. Sekian.


***

Saturday, May 29, 2010

Koleksi Aku

***

Suatu ketika dahulu, aku memang gemar mengumpul setem. Eleh macam korang tak pernah kumpul setem. Bila hari raya adalah hari yang paling gembira bagi aku kerana ketika itu email raya tidak wujud lagi, jadi banyak kad raya yang keluarga aku terima dari sedara mara di perantauan. Habis sampul raya aku koyakkan lalu rendam dalam air.

Sungguh Haru.

Selepas itu aku cuba untuk bergerak kehadapan untuk mencari setem antarabangsa. Aku cuba untuk mencari penpal. Aku tersenyum. Korang ada penpal tak? Aku ada. Nama penpal aku Nasem Goraya. Mamat tu orang pakistan tapi duduk dekat Calirfornia. Koleksi setem Amerika aku boleh tahan juga. Jeles anak cina sebelah rumah aku, sebab rata rata surat yang aku terima dari Amerika. Sekarang aku telah hilang hubungan dengannya. Aku cuba mencarinya di internet tapi gagal.

Jadi lupakan kisah setem.

Kini aku minat mengumpul model model kereta. Berikut adalah di antara koleksi yang aku ada.







Sambil sambil itu aku cuba bereksperimen bermain dengan CLS ditambah sedikit dengan perencah 50D bapa aku punya. Syok juga pakai camera tu. Aku senyum sambil mengangkat kening kedua-dua belah. Anda bila lagi?

detik hatiku : esok nak try outdoor shoot? sapa mau join

***



Friday, May 28, 2010

1 Bulan Untuk Semua

***


Ini bukan lambang parti politik mahupun Death Star macam dalam cerita Star Wars. Ini ialah bulan ciptaan tuhan yang maha esa.

Sudah sekian lama aku teringin untuk mengambil gambar bulan seperti ini. Setelah aku melihat gambar Shaiful Rizal , aku terus berusaha dan sedaya upaya menanti saat sebegini.

Kadang kala aku risau. Mana nak tahu, tiba tiba kedengaran serigala menyalak macam cerita Wolfman. Tak fasal fasal aku kena lari lebih laju dari Usain Bolt sambil angkat kain dan memapah camera di tangan.

Berbalik pada gambar di atas, ini saja yang termampu aku lakukan. Apa salahnya kalau kita mencuba. Meniru adalah salah satu cara kita belajar, tapi kalau menonyol dan kantoi ketika peperiksaan adalah salah satu tindakan yang kurang cerdik untuk dilakukan. Harap anda tidak kantoi ketika exam. Kalau kantoi akan ku nyanyikan lagu Zee Avi untuk anda.

Sungguh indah dan menakjubkan ciptaan tuhan. Bayangkan betapa cantiknya bulan ini. Kalau kita berada dimana mana, bulan ini saja yang akan muncul tak kira anda berada di London, San Jose, Dubai mahupun Bagan Datuk. Hidup Yob.

Marilah kita sama sama merenung sejenak dengan kekuasaan yang maha esa.

detik hatiku : Bila company aku nak hantar outstation pergi bulan, visa Amerika dah ada dah ni ?

***

Monday, May 24, 2010

Kuala Lumpur

***

Kuala Lumpur view from Bukit Ampang lookup point


Dataran Merdeka

Sabtu a.k.a hari cuti hari tu. Kebosanan yang melanda diriku ini membuat aku keluar mencari gambar. Kini aku cuba untuk menangkap gambar berupa landskap di waktu malam. Ternyata aku memang lemah untuk menghasilkan gambar yang berkualiti pada waktu malam. Frust menongeng aku setelah melihat hasil yang tidak seberapa ketika sessi fotografi di Citrawarna Malaysia baru baru ini.

Dengan semangat yang jitu, aku terus mendapat idea untuk ke Bukit Ampang. Berbekalkan ilmu yang pernah diajar oleh saudara pojie kepada aku ketika di Singapura tahun lalu, aku cuba untuk mempraktikannya. Alhamdulillah aku cuma dapat 2 gambar terbaik bagi aku. Sebenarnya, banyak tempat aku nak pergi shoot serata Kuala Lumpur, tapi masa tidak mengizinkan aku.

Mungkin minggu minggu yang akan datang aku cuba untuk mencari port landskap yang lain.

detik hatiku : nak try shoot landskap penang hujung minggu nie. yeahh..

Terbaek !!

***

Sudah terang lagi nak bersuluh. Itu saja aku dapat ungkapkan selama pemerhatian aku terhadap blog shutterspeak. Ternyata mereka adalah antara yang terhebat, berbekalkan 5D Mark II, mereka menghasilkan gambar gambar yang tak tercapai dek akal ku. Mereka tidak lokek ilmu. Setiap video mereka memberi impak terkesima buat aku kerana mereka mempunyai idea idea yang menarik untuk ditonjolkan dalam pembikinan sessi fotografi mereka. Aku doakan semoga mereka terus sukses.

***

Monday, May 17, 2010

Malaysia Rally Sprint Championship 2010

***



photo & edit // ed

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...