Thursday, June 7, 2012

Astro Beyond IPTV & EURO 2012

***

Pada mulanya, Alkisah memang berangan nak try pakai Astro Beyond IPTV

Sebab musababnya tentunya channel channel yang terbaik dari Astro semestinya dan ia juga menyalurkan channel yang berdefinasi tinggi (HD), ditambah pula dengan adanya internet dan line telefon.


Astro IPTV juga memberi kemudahan kepada penggunanya untuk merekod cerita ceriti kegemaran.


Sambil tengok astro, anda juga boleh surfing internet, chatting, twitting, facebooking dan juga berblogging.


Sambil tengok Astro dan main internet, anda juga boleh bergayut dengan ibubapa atau rakan taulan melalui Fixed Line Telefon.



Bulan bulan anda tak payah pening kepala nak bayar bil, cuma bayar satu bil untuk 3 kegunaan. Astro, Internet dan Telefon.

Astro IPTV ni, lebih kurang TM UNIFI, ada IPTV, Internet dan juga Fixed Line telefon, cuma channel channel di Unifi IPTV belum mampu menarik ramai pengguna, tetapi menurut sumber sumber yang boleh dipercayai, Internetnya sangat bagus bagi yang kaki download. Unifi dikuasai oleh Telekom tetapi bagi Astro Beyond IPTV dimonopoli oleh TIME.


***

Suatu hari, Alkisah kononnya nak try tanya pasal Astro Beyond IPTV.

Alkisah: Hello Astro, I nak tanya pasal Astro IPTV.
HelpDesk: Ok. silakan
Alkisah: I interested la dengan Astro IPTV nie, you tolong check, dekat Apartment I ni boleh pasang tak?
HelpDesk: Boleh bagi alamat kawasan dan juga nama Apartment.
Alkisah: ok Apartment.....
HelpDesk: Baiklah tunggu sebentar ye cik..

Selepas beberapa minit.

HelpDesk: Maaf encik, kawasan tu tiada perkhidmatannya.
Alkisah: Ok tak apa la kalau macam tu

***

So.. bila Alkisah tanya kawan kawan yang pernah kerja kat TIME, diorang cakap, line TIME tu cuma ada di kawasan kawasan elite. Fuyooo.. kawasan Alkisah tak berapa elit rupanya.. main kasta la diorang nie.

Ok takpa..

Akceli Alkisah malas nak suruh orang pasang Dish Astro kat luar rumah, yela.. rumah Apartment, faham faham je la. nanti ada orang bising.  Tapi Alhamdulillah, setelah berbincang dengan management, diorang kasi green light. Then seminggu juga Alkisah recce sekitar kawasan Apartment, takut takut nanti dah pasang, kurang plak signalnya.

Kawan kawan Alkisah ada juga bagi nasihat, kalau lah Alkisah amik Astro Beyond IPTV, tetiba line down, jenuh 3 benda Alkisah tak dapat, tak boleh tengok Astro, tak boleh surfing internet dan tak boleh buat call. So better amik asing asing, biar tv pakai Astro, internet pakai TM. So kalau salah satu down, taklah sangap dikemudian hari.

Bijak.. bijak..

***

Semalam, diorang dah pasang Astro Beyond kat rumah Alkisah, Alhamdulillah signal pun ok, gambo kat tv memang HD a.k.a Hasad Dengki betul.. memang Alkisah layan movie, national geo dan sukan dalam HD la lepas nie.

Are you ready for EURO 2012 ??


Yes I am..

***

Hang pa boleh tengok jadual EURO 2012 kat bawah nie

Pilih game mana yang mana hang pa nak tengok.

Rasanya semua perlawanan akan bermula pada jam 2.45 pagi waktu Malaysia

 Klik gambar jadual ni untuk tumbuhsaran

***

4 Blogger kasi response. .

Nadira R Author
June 7, 2012 at 9:06 PM

Ala kesiaann..haha..takpe Astro Beyond biasa pun dah memang gempak dah..saya pulak jeles..haha.well selamat menonton Euro!:P

Reply
Sofea Author
June 8, 2012 at 4:34 PM

missnadira: tu laa pasal.. pakai Dish pun ok.. memang dok layan HD je nie..

Reply
cujern Author
June 11, 2012 at 9:13 AM

aiseh, asal baru tau pasal astro iptv ni..cam best je..lagi jimat kot..skrg ni kena bayar unifi ngan astro kat 300 sbln.. kalau amek ni perghh jimat banyak... tp kat kawasan mana jek yg ade..

Reply
Sofea Author
June 12, 2012 at 10:21 AM

cujen: akceli, dah lama ghak astro iptv nie.. cuma kurang publisiti, sbb astro iptv cover kawasan-kawasan elite, seperti kondo2 mewah, kalau tak salah alkisah.

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...