Saturday, November 27, 2010

Inspira

***

Lain orang lain citarasanya.

Alkisah bukan seperti Paul Tan mahupun Jeremy Clarkson yang pandai gebang bab bab kereta. Lama juga Alkisah tidak mengikuti perkembangan dunia permotoran yang tumbuh bagaikan cendawan di lereng bukit. Hari ini Alkisah cuba luahkan apa yang Alkisah terlintas dalam kepala hotak.

Dulu cikgu Alkisah ada berpesan. Kalau nak meniru biar meniru dengan bijak. Tak salah meniru dalam exam mahupun dalam assignment tapi harus meniru dengan bijak. Kalau copy bulat bulat pastu hantar kat lecturer memang mintak kena hempuk. Itu kurang cerdik namanya. Lain kali nak cerdik, balik sekolah singgah 7e, beli satu paket kacang cerdik makan sampai habis. Baru boleh jadi genius macam Albert Einstein.

Okay kalau nak meniru begini caranya: (boleh diapplikasikan di sekolah, universiti, opis mahupun kelas memasak)

1. Lihat, Baca, Kaji dan Fahami benda benda tersebut.
2. Salin balik dengan menggunakan ayat passive ke active atau sebaliknya. erkk betul ke nie??
3. Tokok tambah, taruh skit ajinamoto dan sos sebagai penyedap rasa. Kalau buat karangan mahupun assignment haruslah ayat gempaks gempaks skit, kasi lecturer terkesima gitu.
4. Pastu goreng. Goreng ini penting, wajib jangan hangus nanti kurang markah, tak sedap.

Taraa siap assignment.

Berbalik pada jalan yang benar,

Alkisah bukan apa, Alkisah tengok ramai sangat orang pakai Mitsubishi Lancer kat Malaysia tak kira Melayu, Cina dan India. So far Alkisah usya Lancer kat Malaysia memang bersepah kat atas jalan raya.

Tapi kenapa setiap kali Alkisah jeling je kereta Lancer diorang, terdetik dalam hati berkata,"Ini inspira ka?" Apekah Neraka!!

Alkisah sure orang yang pakai Lancer kalau dengar ayat tue, sure terbakar. Common Guys, I salute you all, coz you guys pakai Lancer. If Alkisah mampu, for sure I'll get one. Tapi disebabkan ini..


Smart Guys Get It



Handsome Boy Please Get it


"Re-badge terbaik". 27 tahun umur Proton dah sama macam umur Alkisah. Alkisah baru nak mendirikan rumahtangga tapi Proton dah mengeluarkan lebih kurang 14 jenis model keretanya yang tersendiri dan Inspira adalah salah satu model "Re-badge terbaik". Apekah Jolok !!

Rakyat Malaysia memang pakar modifikasi dari wira boleh jadi evo, dari myvi boleh jadi passo. Takat inspira, harini dapat kereta esok tukar bumper lancer. Tara.. hari ke-3 bawa kereta tunjuk kat kawan kawan pusing satu taman. Badge kasi tukar skit, baru nampak menawan, awek tengok boleh jadi sawan. Lepas tu singgah kedai kopi pak wan, pekena kopi secawan.

***

Walauapapun, kita semua ada keinginan dan kemampuan masing masing. Anda berhak menentukan yang mana baik untuk diri anda.

Apa lagi pakcik hitler ni membebel??



***

Source : Youtube & Google


"Re-badge terbaik" -- macam dalam sitcom Oh Yeah, Sketsa Menyindir.

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...