***
Bulan ini kita di kejutkan dengan pemergian Encik  Rafael "Rafa" Benítez Maudes  yang telah berpindah dari Liverpool ke Milan. Kenapa beliau berbuat  demikian? Mungkinkah reputasinya akan tercemar jika beliau kena pecat,  lebih baik angkat kaki dahulu. Masuk dan keluar cara baik.
Sebaliknya  pada Francesc "Cesc" Fàbregas.  Kapitan yang di sanjung oleh para kipas susah mati si meriam yang kini  dalam dilema. Beritanya seringkali di papar di akhbar akhbar tempatan uk  mahupun di coretan coretan hasil nukilan para penulis internet mengenai  perpindahan beliau ke Barca. Hatinya sudah pun tawar ke atas pasukan si  meriam kerana tidak ada memenangi apa apa piala semenjak kehilangan the  kapitan Viera, the jambu's Pires dan the legend Henry. Beliau amat  tertarik untuk kembali ke kelab lama beliau iaitu Barca yang penuh  dengan superstar. Mungkinkah beliau telah fikir masak masak apa yang  pernah terjadi pada rakan pasukannya yang pernah ke kelab itu. Adakah  beliau akan menjadi tonggak utama sebaris dengan superstar barca seperti  messi, xavi dan inesta.
Apa yang menarik minat aku adalah posisi  Penjaga Gawang Pintu Gol Si Meriam. Posisi ini sedang di cari oleh Encik  Wenger selepas kekecewaan beliau terhadap Penjaga Gol no 1 si Meriam,  harapan setinggi gunung penyokong kipas susah mati ini tidak memberi  impak maksima yang berkesan pada kelab itu sepanjang perlawanan.
Ini memberikan kesan positif terhadap  diri aku untuk mencuba nasib.
Berikut adalah surat yang bakal aku  submit tak lama lagi untuk pasukan Si Meriam.
 
***
Video perlawanan masih aku simpan. Kalau aku ada masa, teringin juga aku nak buat video "Road To Champion FCET 3rd".
 Teriakan suara penonton semasa aku menjadi golie sebelum menjadi juara.
"Woi Ed, Meh sini duduk tepi pandang minum teh, kita lepak lepak dulu, bola bukan sampai kat ko pun"
"Tak dak keeper pun tak pa, depa bukan boleh score"
Aku macam biasa, layan saja kerenah mereka sambil membalas senyuman. Memang betul pun cakap mereka.
detik hatiku : kenangan ketika jadi golie dahulu kala.
 


 
1 Blogger kasi response. .:
hahhahah...sungguh creative, hntr resume kat wenger utk apply jd goalkeeper Arsenal, never imagine that...like your creativity...
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..