Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday : Overweight

***
 

 
***

Thursday, October 3, 2013

Spontaneous Thursday : Kagum

***

Kazen aku pernah cerita suatu kisah,
Kisah ni berlaku di Restoran Mamak.
Kazen: Mamak, ikan goreng seekor.

Mamak: Wokehh.. ikan goreng siappp...
tak lama kemudian, mamak tu bawa seekor ikan beralas pinggan.
Dapat je ikan tu, dia terus passing kat bawah meja bagi kucing makan.
Mamak tu terkejut lalu berkata;
Mamak: Wah, you banyak baik.., berhati binatang..
Kazen aku tersentap bila dengar nada mamak tu cakap, tapi dia balas dengan senyuman sebab mamak mungkin tatabahasa mamak tu tak betul.

***

Akceli family kazen aku nie memang suka kucing, dan dia pernah terlibat dalam rancangan Friskies Belaian Si Comel.
Family wife dia pun bela kucing, satu bilik penuh kucing babe.
Memang family kucing bertemu bergabung meletup..
***

Bila aku baca entri pasal Si Urap kat Blog AJ, aku teringat kisah kazen aku tu.

Aku agak kagum dengan kesungguhan miss AJ mencari Dana buat si Urap <= klik link tu.
 
Bukan senang atau semua orang sanggup berbakti pada kucing setahap tu.
 
Apatah lagi memulakan langkah untuk menjaga kesihatan si kucing yang datang tak diundang.
 
Aku harap semua berjalan dengan lancar semasa pembedahan si Urap.
 
***

Semoga Allah saja membalas jasa baik korang.

Insyallah murah rezeki.
 
***

XOXO

Cerita sini, habis sini je la..

Tuesday, October 1, 2013

Rokok Naik Harga - AAK

***
 
Rokok Naik Harga
Ada Aku Kisah
 
 
Pagi pagi buka FB, kecoh pasal rokok naik.
Aku tengok kat kedai mamak tadi, harga Dunhill cecah Rm12
Ada juga rokok harga RM10.5
 
Pergh..
 
harga lunch time aku tu
dari hisap rokok, better aku beli makanan
tapi bagi perokok, lain plak pandangannya.
 
Aku dulu pernah hisap rokok,
Itu masa zaman muda study lah.
Kononnya nak hilang rasa mengantuk bila overnite study nak exam
 
Poyoss semua tue..
 
Aku dulu minum black coffea ditengah malam nak bagi hilang rasa ngantuk
Tapi bila minda dah bermain perkataan tidoq dalam kepala
 Maka, mata aku akan terlelap jua.
Sapa cakap minum kopi hilang rasa ngantuk
 
Ini Semua Poyosss
 
***
 
Alhamdulillah, walaupun dulu aku hisap rokok, tapi aku tak ketagihan
Sebab dulu, pernah aku baca artikel yang mengatakan
 
Jika seseorang itu baru berjinak jinak hisap rokok pada usia umur 20 tahun,
maka dia tak akan ketagihnya. - sumber x tahu menahu
 
Haha lebih kurang macam tu la.
Aku pernah juga dengar cerita bapaku hisap rokok masa outstation kat jepun dulu
Keliling dia orang hisap rokok, jadi bapaku pun terpaksa hisap juga.
tapi tak ketagih pun.
Jadi aku pun try.
 
Aku lebih percaya pada akal dan fikiran.
Kalau korang boleh control minda supaya tidak merokok
korang mampu mengubahnya.
 
Aku dah cuba
dan berkesan.
 
***
 
Bagi perokok tegar,
Korang boleh fikir fikir untuk berhenti,
Takpun, hisap vapor untuk saving.
 
***
 
Kalau kerajaan nak naikkan harga rokok atau arak 
seriously aku tak kisah
Tapi jangan lah naik harga minyak dan keperluan yang lain
Tolonglah..
 
XOXO
cerita sini habis sini je la..
 
**
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...