Wednesday, July 20, 2011

OMG, Sorry Tok !!

***

Hari ini Alkisah Bz

Banyak benda kena settle

1st, Jumpa Lawyer pasal nak settle bayaran S&P rumah
(Alkisah akan buat satu entri pasal pembelian rumah, tengoklah bila Alkisah free untuk mengarang, tungguuu)

2nd Lunch

3rd Hantaq print album kawen kazen Alkisah
(Anda berminat nak tengok hasil, nanti Alkisah kasi link)
(Alkisah amik job photography untuk orang terdekat & mengenali Alkisah sahaja)

Tapi on the way nak pergi kedai printing

Alkisah kena tahan kat road block area Penchala Link

Polis dah suruh Alkisah ke tepi

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Alkisah pun berhenti ke bahu jalan

Polis datang menghampiri tingkap kereta Alkisah

Alkisah selambe buka tingkap

Alkisah : Assalamualaikum Tok !!

Polis :Walaikumsalam, Ni saya nak saman Boleh ?

Wahh polis boleh main soalan macam ni plak time time lunch nie.

Alkisah : Eh, Nape cik, Apa salah saya?

Polis : I.C dan Lesen ada.

Alkisah selambe bawa kuar I.C dan Lesen

Alkisah : Ada, Ini cik

Polis : Awak tahu apa salah awak?

Alkisah: Tak tahu cik, apa salah saya?

Polis : Speed limit sini (Penchala Link) 80km/j

Alkisah : Yeka, abis tu saya bawa berapa cik?

Polis : Awak bawa 90 km/j lebih..

Alkisah : Lor, 90 km/j.. jeee.. (sambil sengeh sengeh)

Polis tu buat buat tulis dekat buku saman, sambil berkata:

Polis : Dah awak boleh jalan..

Alkisah : Ok terima kasih.

Alkisah apa lagi, beredar dengan hati gumbira dan tiada saman.

Serious, Akceli Alkisah memang tak suka memandu laju

Standard la bawa 90km/j

tapi bila speed limit 80km/j di satu satu kawasan yang boleh dikatakan highway

manalah kita nak perasankan..

Hati hati ye korang..

***

Arsenal ViSit Malaysia

***

Akhirnya Team Bola Sepak Liga Inggeris Kegemaran Alkisah datang juga ke Malaysia

Tanah Tumpah Darahku






Highlight Arsenal ViSit Malaysia
Alkisah anggap Arsenal datang hanya untuk sessi memanaskan badan, berjumpa peminat, beriadah di Asia, terutamanya Malaysia.


Apa kata Alkisah?

1st of All, haruslah seronok bila dapat berjumpa dengan player player yang selalu tengok kat tv, tapi kali ini dapat jumpa dengan lebih dekat. Terutamanya Van Persie. hehe

Apa yang penting, Alkisah dapat tengok "The Arsenal Way" punya taktikal. 1st Half memang Arsenal memang menggunakan sepenuhnya taktikal kelajuan, dimana Ryo dan Walcott bermain sebagai winger. Ternyata Ryo tidak menghampakan peminat di Malaysia, dan mungkin dia boleh jadi the next Star.

2nd half memang totally Arsenal Way dimana bola banyak berlegar legar, passing kiri dan kanan dan thru pass dapat disaksikan oleh penonton dan peminat.

Kemasukkan Van Persie, Nasri, Arshavin dan Sagna, lagi menghangatkan stadium Bukit Jalil. Ternyata Alkisah berpuas hati. Lepas ini target ke Emirates Stadium.

Kekecewaan terasa bila Alkisah tak dapat ke Airport dan 'Meet and Greet' session di Hotel, kalau nak diikutkan hati memang Alkisah nak redah saja, semangat ketika itu memang dah berkobar kobar tetapi disebabkan beberapa faktor, Alkisah terpaksa melupakannya.

Jeles tengok Zafirah bila dapat semua tu tapi Alkisah tak kisah, semangat dia dan bf dia sangat tinggi. Salute you all.. Alkisah patut follow you all je selama 3 hari tu. hehe.. but its okay, tak der rezeki..

***

Isu Patriotik?

Sepatutnya tak timbul isu ini, Kenapa harus dipersalahkan dan dipersoalkan kepada fans Arsenal kerana memakai jersey kelab ketika perlawanan 13 July. Kenapa soalan itu tidak timbul apabila fans Man Utd dahulunya datang berpakaian Jersey Merah penuh satu stadium, begitu juga dengan fans Chelsea penuh Jersey Biru, ketika team kesayangan mereka datang ke Malaysia. Adakah mereka Patriotik?

Alkisah hangin betui bila Panas.FM membangkitkan isu ini, Memang diorang bikin panas.

Ditambah pula ada sorang mamat call cakap, nanti mamat tu pergi tengok bola 21 july, mamat tu nak pakai jersey Malaysia, walaupun dia sokong kelab berkenaan. Mamat itu tambah lagi, 'Jumud' kepada fans yang datang pakai jersey kelab apabila team kelab kesayangan mereka menentang team Malaysia.

Wah like like him dia bersuara,

Disebabkan di negara Demokrasi ini, kita bebas bersuara kan.

Ni nak Habaq mai, tak payah nak jumud jumud sangaaaat, semua fans sama ja, Majoriti pakai baju kelab, kalau tak percaya, tengok 21 July ni, ramai fans pakai baju biru. Hang Jumud la fans Hang sendiri.

Kalau Hang nak pakai jersey Malaysia, lantak Hang la, tiada paksaan dalam pemakaian dalam stadium itu nanti.

Yang penting I.C kita Malaysia, Hati Malaysia, 1Malaysia

Bukannya pakai jersey kelab bermakna kitaorang tak sokong Malaysia, bila Malaysia score atau attack, ramai rakyat Malaysia bagi sokongan.

Ini friendly pre-season game, bukan permainan sebenar. Relaks relaks sudah, tak perlu kecoh kecoh dengan isu patriotik.

Nak Patriotik sangaaattt, 28 July turun stadium pakai jersey Malaysia, tengok game Malaysia vs Singapore, lebih penting dari friendly pre-season. Kalau ada rakyat Malaysia pakai jersey Singapore masa tu, baru boleh korang boleh timbulkan isu ini, Ada Faham?

Adios Amigos

***



10 Final Words


***

#10
10 Final Words

***

Siapa cipta game ni, habaq mai

Baca blog ni bila korang free

Jangan lupa klik iklan iklan yang ada dalam blog ini

Korang tak main game ni ka

Klik follow kalau suka blog ini

Ok la banyak kerja Alkisah pending

Terima Kasih kerana menyinggah di sini

Akhirnya berjaya juga Alkisah settlekan game ni

Jadikan Blog ini sebagai kenangan jika Alkisah tiada nanti

The End

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...