Saturday, June 5, 2010

Mandrom Doraisamy

***

Aku tak tahu kenapa jadi macam ini. Kurang dalam masa sebulan, aku dah dua kali pergi makan kat jalan Doraisamy.

Arghh sudah aku rasa dah kena mandrom. Sedap pula bila malam malam lepak kat sana sambil menyaksikan Menara Kuala Lumpur yang terpacak megah dipersada langit, kedengaran deruman ekzos kereta kereta mewah seringkali memoyokan diri sepanjang jalan, kelihatan gadis gadis yang tidak cukup kain jalan terhuyung hayang dan aku pula menikmati roti sebuku di cicah pula dengan sup kambing yang pekat lagi lazat di tambah pula dengan nasi lemak yang lemak manisnya bila dimakan.

Terliur tak..

Aku dah pekena dah semalam. Anda bila lagi? Senang saja parking dekat Capsquare jalan pergi restoran Kassim Mustafa, order air, order sup, makan nasi lemak. Settle..

detik hatiku: aku tak kisah, makan banyak banyak pun, badan still maintain.

***

Friday, June 4, 2010

Kenangan Zaman Sekolah

sambungan dari entri : Guru Besar

***

Aku tersenyum sendiri. Alangkah bestnya kalau dapat kembali ke zaman persekolahan. Hakikatnya pada ketika itu aku tidak lah dikenali ramai. Aku lebih pemalu dan kurang bersosial. Sifat pemalu menguasai sepenuhnya diri aku ini.

Baru baru ini, ramai pula rakan rakan dari sekolah High School BM dan sekolah Teknik Kulim yang add aku dalam facebook. Seronok bila tengok keadaan kawan kawan aku yang dah berjaya. Bagus juga dapat berhubung dengan diorang semua. Boleh mengeratkan silaturrahim. Merapatkan apa yang jarang.

Bila terkenang pada zaman sekolah dulu. Aku rasa macam best.

Dulu budak budak High School memang suka lepak kedai Mario. Sebelum pergi sekolah atau pun pergi tuisyen, aku memang suka singgah kat kedai Mario. Tujuan utama adalah untuk bermain Winning Eleven tak pun Tekken dengan kadar harga RM1 selama 15 minit. Walaupun berhimpit himpit, aku memang tetap akan pergi situ. Mengasah skills jari yang terpendam lamanya. Main game sampai ibu jari keras. Kalau bapa mertua rasa jari mesti dia cakap "Hang nie baguih, tangan kasaq, selalu buat kerja keras nie, senang la nak tolong bapa bajak sawah nanti?".

Aku senyum sambil hatiku berdetik "wujud lagi ka kedai Mario tu?".

Kalau hari sabtu, lepas ko-Q aku akan lepak kat Summit BM. Agenda memang tak dak selain pusing pusing usya cikaro tak pun main Bowling dan Daytona. Sekurang kurangnya aku berjaya juga dalam arena permainan Daytona apabila merangkul sebagai juara perseorangan dalam kategori advance. Tak sia sia aku melabur tiap tiap minggu dekat sana.

Gang black metal memang bersepah sepah ketika itu. Mereka dengan berpakaian extreme, jacket hitam disaluti dengan paku, dipadan pula dengan jeans hitam koyak rabak dan Bot Hitam High Cut berkilat. Kalau sekali tengok mak bapa pakcik makcik nenek atuk mereka pasti takkan cam itu anak, anak sedara mahupun cucu meraka.

Tapi ada aku kesah.

Bukan nak gebang, paling best bila aku dahaga, aku akan lepak kedai cendol dekat medan MARA tengah tengah pekan BM. Kedai cendol bapa member aku juga. Memang terbaek cendol situ. Memang sekali pekena, mandrom sampai sekarang.

Kadang kadang aku lepak dekat KTM BM, pekena laksa penang. Murah dan sedap walaupun kalau bawa chikaro vogue mesti kedai tu kena reject, apatah lagi kalau bawa MPSP, sure kena saman. Zaman tu mana ada aku nai memikirkan ciri ciri kebersihan. Janji melantak murah dan sedap.

Tapi itu semua zaman sekolah.

***





Monday, May 31, 2010

Penat Siut

***

Letih bangat aku harini, mana taknya, macam macam aktiviti aku buat hari ini.

Pukul 8 pagi aku dah bangun siap siap nak balik KL. Nasib baik bilik ada aircond. Nyenyak gak la tidur. Bilik aku dah macam aquarium, dengan langsir kaler biru ada aircond, kalau cahaya masuk kot tingkap memang sebijik macam dalam aquarium.

Baju apa pun aku tak kemas lagi. Lepas mandi aku main campak saja baju baju dengan perkakas camera dan computer riba dalam bag. Lagi pun aku tak bawa balik apa apa pun.

Aku bertolak dalam pukul 9.08 pagi dari Bukit Mertajam. Nak kata laju, aku pun tak sure sangat sebab aku bawa kereta dalam keadaan marah. Kalau nak cerita pasal marah, buat sakit hati saja. Lantak kome la. Kerana mulut badan binasa, tapi mulut takkan setajam pena yang menikam. Itupun kalau ada orang baca sambil tergigit cili.

Ada aku kesah.

Laju tak laju, aku rasa, aku telah pecah rekod sendiri bila tiba kat Kota Damansara dalam pukul 11.45 pagi. Terasa bangga pun ada ghak bila tiba awal. So far aku tak nampak plak abang polis snip aku. Harap harap abang polis pergi makan kenduri masa aku dalam perjalanan.

Pukul 12.30 aku bersiap siap untuk ke majlis perkahwinan member baik aku iaitu Baim dan Haizan. Tahniah kepada mereka kerana berjaya di ijab kabul dengan sempurna. Alhamdulillah, semoga anda berbahagia selalu.

Selepas kenduri, lantas aku + tunang bersama apek + pasangan berpacaran dekat The Curve. Program utama adalah untuk menonton wayang cerita Prince of Persia. Wahhh malas nak cerita tengok sendiri. Best gila hari ni, tak payah beratur panjang. Aku pun pelik. Mana la semua orang pergi ni? Takkan semua orang pi makan kenduri tak balik lagi. Tapi..

Ada aku kesah.

Janji aku dapat tengok cerita tu. Next movie yang aku tunggu adalah cerita "Hikayat Merong Mahawangsa" yang diterbitkan oleh KRU Films. Dua dua filem ini memang wajib aku tonton.

Lepas tengok wayang, kitaorang turun terus pergi The Library a.k.a perpustakaan. Korang sure pening pening apa kejadahnya aku pergi library malam malam ni kan. Aku lagi pening mula mula. Bukan sebab aku nak pergi pinjam buku, mahupun hantaq balik buku, tapi aku pergi tengok show. Baek punya.

Dari pagi sampai ke malam aku keluar. Sudah tiba masanya untuk aku beradu. Akhir kata daripada aku, tontonlah video muzik di bawah ini. Sorry FT tak sempat nak pergi Hard Rock Cafe tadi, sebab tunang aku pakai baju kurung ari ni, tak sesuwai..


source : youtube

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...