Showing posts with label lewis hamilton. Show all posts
Showing posts with label lewis hamilton. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Drift 2 Bukit dan Formula Satu

***

Aku dah janji dengan Hamilton
nak tengok dia race semalam.

Tapi,

Bini aku ajak drift kat 2 bukit.

Sian plak kat Wifey dan Fea.
Nak ghak depa jalan jalan ngan bapak diorang yang hensem nie.
So, I Follow je.

Semalam aku bawa diorang pergi Genting & Bukit Tinggi.
Saja layan cuaca sejuk.
Nak layan oversea,
Kena la kumpul duit.
Tak gitu kenkawan.

Papa, quand allons-nous à Paris?

Insyallah..

***

Masa aku drive naik 2 Bukit.
Aku terserempak dengan beberapa gang gang superbike.

Berdesup perginya...
Kona sana, kona sini.

Aku mula berseloroh dengan Wifey,

"Best ghak kalau I ada superbike,
Hujung minggu boleh layan kona,
pergi Genting, pergi Bukit Tinggi, pergi Cameroon"

Wifey pun balas,

"A'a, boleh la I tunggang belakang,
pakai legging, high boots,
bestnye.."

K fine niat pun dah tak betul.
Lupakan saja.

***

Bila dah boring,
Kitaorang turun, lalu ke IKEA
cari Karipap Ayam & Telur.

Bak kata pepatah
"Setinggi mana bukit aku pergi, akhirnya singgah ke IKEA jua."

***

Formula Satu

Pukul 6 petang,
Aku dengar berita perlumbaan kat Sepang dah tamat.
Vettel juara,
dan Hero F1 aku, Hamilton dapat no3.

Wah gitu..

Cuma ada 2 Highlight menarik pasal F1, Sepang semalam.

1st,
Hamilton salah masuk pitstop.
Dia masuk pitstop team lamanya.
Epic-Sengal

source: mirror.uk


2nd,
Pertarungan teammate antara Webber dan Vettel,
untuk merebut tempat pertama.
Sesungguhnya Vettel telah melanggar arahan pasukannya RedBull
Motif tidak dapat dikenal pasti??





Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 juga berlaku,
antara Hamilton dan Nico untuk team Merc AMG Pert.
Walaupun Nico mahu berebut tempat ke-3,
tapi beliau terpaksa akur dengan arahan Team Manager,
lalu memberi laluan untuk Hamilton.

Ini semua team strategy.

Rindu aku nak main F1 Manager.
Last, aku main pc game keluaran EA, F1 Manager 2001.
Dah tiba masanya diorang bawa keluar game nie untuk season baru.

***

Tuesday, March 19, 2013

Jumpa Hamilton kat KLCC?

***

source : petmos.com.my

Memandangkan esok aku off day.
Niat dihati, nak lepak KLCC.
Aku nak beramah mesra ngan Hamilton sambil lepak kat kedai kopi,
Diskus pasal kelajuan.

Tapi ,
memandangkan Hamilton text aku, 

"Bro, jumpa pukul 5pm,"

Aku terus putus harapan.

Time tu dah la, orang balik kerja.
Sesak..

Aku nak kena amik sofea lagi.

Haish..
Lain kali je la..

Aku text balik.

"Sorry bro, gua tengok lu race kat tv je la ahad nie. k bai.."

p.s: sapa sapa yang kerja kat KLCC atau berhampiran, boleh la ke events nie. untuk maklumat lanjut boleh layari di  petmos.com.my

***

Monday, March 18, 2013

Contest win trip to Monaco with Rexona

***

Aku bukan nak sangat pergi Monaco,
tapi saja suka suka join contest nie.
Korang pun boleh join kalau suka.

Akceli, semalam aku tengok live F1,
dan korang pun dah tahu resultnya.
Kimi Raikkonen yang monang 1st race kat Aussie semalam.

Hebat kereta dan skills dia semalam
berdesuppp perginya..

Setelah beberapa tahun dia ceburi dalam bidang sukan F1,
Kimi mula berubah angin pada tahun 2009/2010  ke sukan Rally
dan kemudiannya bertukar ke NASCAR pada tahun 2011.
Kini dia kembali ke F1 pada tahun lepas bersama Lotus sehingga musim ini.

Aku rasa seronok bila tengok Hamilton race semalam.
Dia mewakili team Merc AMG Pertonas,
dimana, tahun lepas diterajui oleh otai lama Michael Schumacher dan Nico Roseberg.
Hasilnya tak begitu memberangsangkan.
Jadi Team Merc AMG Pertonas mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat
Hamilton.
Kini, tugas berat dipikul olehnya untuk menaikkan semula team ni.

Semalam dia kurang bernasib baik..
tapi at least ok la dapat no 5.
Tetiba aku support team Merc AMG Pertronas tahun ni..
wehuu..

***

Berbalik semula cerita contest monaco yang tak berapa susah mana untuk join.
Korang boleh layari di win-monaco.com  untuk maklumat lanjut.
Nasib baik menang
rezeki masing masing.




Aku sudah, korang bila lagi..

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...