Showing posts with label Genting Highland. Show all posts
Showing posts with label Genting Highland. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Drift 2 Bukit dan Formula Satu

***

Aku dah janji dengan Hamilton
nak tengok dia race semalam.

Tapi,

Bini aku ajak drift kat 2 bukit.

Sian plak kat Wifey dan Fea.
Nak ghak depa jalan jalan ngan bapak diorang yang hensem nie.
So, I Follow je.

Semalam aku bawa diorang pergi Genting & Bukit Tinggi.
Saja layan cuaca sejuk.
Nak layan oversea,
Kena la kumpul duit.
Tak gitu kenkawan.

Papa, quand allons-nous à Paris?

Insyallah..

***

Masa aku drive naik 2 Bukit.
Aku terserempak dengan beberapa gang gang superbike.

Berdesup perginya...
Kona sana, kona sini.

Aku mula berseloroh dengan Wifey,

"Best ghak kalau I ada superbike,
Hujung minggu boleh layan kona,
pergi Genting, pergi Bukit Tinggi, pergi Cameroon"

Wifey pun balas,

"A'a, boleh la I tunggang belakang,
pakai legging, high boots,
bestnye.."

K fine niat pun dah tak betul.
Lupakan saja.

***

Bila dah boring,
Kitaorang turun, lalu ke IKEA
cari Karipap Ayam & Telur.

Bak kata pepatah
"Setinggi mana bukit aku pergi, akhirnya singgah ke IKEA jua."

***

Formula Satu

Pukul 6 petang,
Aku dengar berita perlumbaan kat Sepang dah tamat.
Vettel juara,
dan Hero F1 aku, Hamilton dapat no3.

Wah gitu..

Cuma ada 2 Highlight menarik pasal F1, Sepang semalam.

1st,
Hamilton salah masuk pitstop.
Dia masuk pitstop team lamanya.
Epic-Sengal

source: mirror.uk


2nd,
Pertarungan teammate antara Webber dan Vettel,
untuk merebut tempat pertama.
Sesungguhnya Vettel telah melanggar arahan pasukannya RedBull
Motif tidak dapat dikenal pasti??





Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 juga berlaku,
antara Hamilton dan Nico untuk team Merc AMG Pert.
Walaupun Nico mahu berebut tempat ke-3,
tapi beliau terpaksa akur dengan arahan Team Manager,
lalu memberi laluan untuk Hamilton.

Ini semua team strategy.

Rindu aku nak main F1 Manager.
Last, aku main pc game keluaran EA, F1 Manager 2001.
Dah tiba masanya diorang bawa keluar game nie untuk season baru.

***

Friday, June 8, 2012

Go Genting - Part 2


***

Minggu lepas hari Selasa, Alkisah cuti dan My Wife belum start kerja kat tempat baru. Kitaorang anak beranak pergi ke Genting Highland.

Hujan renyai renyai membasahi bumi pada awal pagi tu. My Wife terjaga dari tidur. Dia menjenguk tingkap diluar dan seminit selepas itu, my wife bersuara, "Yang, jom pergi Genting".

Alkisah yang masih dalam keadaan mamai, memerhatikan jam di dinding, lalu Alkisah membalas "Jom".

Simple Mimple Sweet and Speedy. (pergi tanpa plan selalunya menjadi)
{andai kata plan next month baru nak pergi. Hurmm kadang kadang mesti postponed punya}

Kitaorang bertolak dari rumah kira kira jam 9.30 pagi. Hujan mulai reda di sekitar Kuala Lumpur tapi cuaca masih mendung membuatkan perjalanan kitaorang sejuk hingga ke puncak. Kabus tebal seakan akan cerita Silent Hills seakan akan menyambut kedatangan Alkisah sekeluarga.

Bila dah sampai dekat puncak, benda pertama Alkisah buat adalah mamam. Dah la tak breakfast pagi tu, so sampai pun dalam pukul 11.30pg. So Alkisah lunch terus kat Genting.


Sofea macam biasa, kena mamam bubur yang dibekal oleh My Wife. Alkisah and My Wife just mamam Nasi Goreng Nenas dan Nasi Goreng Biasa.


Itulah, bila dah mamam, Si Sofea nie boleh plak nak Puu Puu. So kitaorang terpaksa cari baby care room.

Lepas settle kasi cuci Sofea, baru kitaorang pusing pusing dalam Indoor Theme Park.

1st Ride kitaorang naik adalah Rio Float, pertamax kali Alkisah naik benda nie. Hehe.. Zaman berchinta dulu tak teringin pun naik benda nie, tapi bila ada ada baby, rasa macam Fun.

Sofea apa lagi, sengih la dia.

Lepas tu, kitaorang tengok kat luar berkabus. Apa lagi, terus kitaorang rush pergi lepak kat luar depan Flying Coster.

Sofea blurr blurr tengok kabus

Sambil lepak lepak melayan kabus dan menyusu. Boleh plak si Sofea nie tidoq. Seronok tidoq dalam keadaan sejuk gamaknya.

Sofea tidoq, Mak dia plak pekena Ais Krim

Alkisah nak juga pusing pusing kat Theme Park Outdoor,  tapi terasa rugi, sebab kitaorang tak boleh naik ride sebab ada Sofea. Takkan nak tinggal sorang sorang kan. Huhu.

Jadi kitorang masuk balik indoor, then naik Reindeer Cruiser.

Tapi apakan daya, si Sofea masih tidoq.


Dalam masa tengah naik ride tu, Sofea tersedar dari tidurnya then buat muka cuteee + blurrr..


Sekejap je bluurr dia.. lepas beberapa minit, mula la dia nak grap camera Alkisah.


Ok cukup cukup moh kita pi Taman kat luar plak.. Ohyeahh..


Inilah kisah kitaorang anak beranak di Genting.

Ok next trip Cameron Highland

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...