Showing posts with label Spontaneous Thursday. Show all posts
Showing posts with label Spontaneous Thursday. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Spontaneous Thursday : Mc Donald Mc GangBang

*** 

Thanks to my frenz Sam sebab rekemen video ni kat aku. Awesome wei. Aku pernah kerja Mc D, takat terima order burger vege tu biasa, tapi tak pernah plak tau ada secret menu macam nie. Ia seakan akan seperti korang main game, lepas tu dapat extra point or pawer kalau dapat makan benda benda nie.


Monster Mac, The Air, Land & Sea, The Mc Kinley Mac, Mc GangBang, Chicken of the Sea, Grilled Cheese, Neopolitan Shake, the Pie Mc Flurry

***

Dalam banyak banyak secret menu, paling aku nak try adalah Mc GangBang. A few places kat US memang ada secret menu ni, boleh view video kat bawah tu. Terbukti ianya memang wujud.



Kalaulah aku order menu ni kat Malaysia, for sure waiter tu terus panggil store manager, tak pun aku yang kena GangBang kat situ.

***

Thursday, April 10, 2014

Spontaneous Thursday: Kalaulah wanita yang melipat lengan baju

***

Tertarik bila menyinggah di entry blog Azie Namico - Melipat Lengan Kemeja bagi lelaki akan kelihatan seksi dimata wanita.

Serioussss Ka weii....

No wonder... no wonder laa...

I wonder how I wonder why 

Yesterday you told me 'bout the blue blue sky 

And all that I can see is just a yellow lemon-tree 

I'm turning my head up and down 

I'm turning turning turning turning turning around 

And all that I can see is just another lemon-tree

 ***

Aku start melipat lengan kemeja sejak dari tingkatan 4, masa tu aku join sekolah teknik, dan menjadi trend budak budak kat situ pakai baju long sleeve pergi sekolah. ala ala pergi pejabat gitu, siap dengan tie bagai. masing masing lipat lengan baju. Aku tak sure bagaimana perasaan gadis gadis sunti di sekolah ketika itu. Mesti meleleh leleh air liuq diorang, andai kata benar lipat lengan kemeja akan kelihatan seksi. Memang ramai sangat lah lelaki seksi di sekolah walaupun muka pecah penuh jerewat dan nerd berhingus hijau.

Bila masuk zaman abang abang universiti. Aku lebih cendurung pakai jaket lengan panjang sebab aircond dalam dewan kuliah teramat la sejuk.

Begitu juga pabila masuk zaman kerja, beli kemeja lengan panjang semata mata memenuhi tuntutan kompeni. Lipat lengan kemeja adalah perkara biasa, takut takut nanti masa lunch terkena kuah kari yang terpecik di atas meja makan.

Terima Kasih kepada wanita wanita yang melihat kami kaum adam kelihatan seksi ketika memakai kemeja berlipat dibahagian lengan.

Wah gitu..
***

Andai korang nak tahu dan mungkin anda akan perasan situasi ini.

Khas untuk wanita..
Ada atau tidak sewaktu wanita melipat lengan baju kurung terasa seperti diperhatikan? 
Jika ya, jangan pelik kerana ia adalah "pahitan" mata untuk lelaki.
Tidak kiralah lelaki itu sudah berumah tangga atau bujang, 
Sebenarnya perlakuan melipat lengan baju kurung memberi gambaran berbeza.

Wanita akan melipat lengan baju kurung ketika memarahi anak anak, pembantu rumah dan suami sambil memegang senduk.

Dan... Wanita akan melipat lengan baju kurung ketika pergi kenduri kendara atau baru beli gelang tangan lip lap lip lap..kat kedai Pak Habib ataupun Pandora..

Ye ke Idok.. mami mami sekalian..


***

Notakakiku: Patut MyWife suka I lipat lengan baju kemeja..

Thursday, March 13, 2014

Spontaneous Thursday : Misteri MH370

***
Dalam 1001 kisah, cuma satu cerita yang menenangkan aku. Hujah dan ulasan dari kapten Norudin Abdul Majid di TV3. Full Stop. It's beyond Our Scope.

Kembalilah pada yang Allah
Yang Maha Berkuasa Sekian Alam.



***

Thursday, March 6, 2014

Spontaneous Thursday : Tol Bukit Jelutong

*** 


Setiap kali nak keluar pergi kerja, mesti aku sangkut kat tol Bukit Jelutong. 

Kalau dahulunya aku tinggal di Saujana Utama, Sg Buluh, kesesakan akan berlaku di 2 lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat flyover Gurthrie dan Tol Bukit Jelutong. Bayangkan kesesakan pagi tersangat lah horror kadang kala membawa sehingga ke kawasan perumahan Alam Budiman panjangnya. Hari hari my wife kena harungi semua ini semasa mengandungkan cik Fea. Sian dia. tapi alhamdulillah, selepas 6 bulan, aku berpeluang pindah ke Bukit Jelutong, at least kalau sangkut sesak pun dekat tol Bukit Jelutong saja.

Semenjak aku bekerja di tempat baru. Shift kalau ikut musim Daylight saving, aku kena masuk kerja pukul 8pg. Jadi kalau keluar rumah dalam pukul 7 lebih skit, for sure sangkut.

Seriously aku tak paham struktur pembinaan jalan kat Malaysia ni. Aku pasti diorang dah buat bancian terlebih dahulu sebelum membuat penambahbaikkan jalan. Sebagai contoh, tol ada 6 lorong, 2 lorong tiket, 2 lorong touch N go dan 2 lorong smart tag.  Kalau dahulu, bila lepas saja Tol. ada 2 exit, satu lorong menghala ke KL/KLIA/Putrajaya/Subang dan satu lagi mempunyai 2 lorong menghala ke Klang. Kajian aku pada waktu pagi ketika boring sangkut kat jam sambil mendengar HotFM, 98% kenderaan menghala ke KL manakala 2% menghala ke Klang. Kalau difikir secara deep lalu tenung 2 exit itu dan jeling jeling pada kereta awek sebelah kanan, lorong yang sedia ada memang tidak masuk akal.

Jadi tahun lepas, berlaku penambahbaikkan jalan di lorong menghala ke KL/KLIA/Putrajaya/Subang. satu lorong dibesarkan jadi 2, satu menghala ke KL/Subang dan lagi satu menghala ke Putrajaya/KLIA. Seperti biasa, bottleneck tetap berlaku pada lorong tersebut cuma, ianya kurang sedikit dari sebelum ini.

Aku berpendapat, bahawa lorong ke KL/Putrajaya ini perlu di perluaskan lagi menjadi 3 lorong, dimana 2 lorong menuju ke KL/Subang, dan satu menghala ke Putrajaya/KLIA, kerana peratus kenderaan ke KL lebih tinggi. 

Walauapapun, esok adalah hari terakhir aku akan tempuhi kesesakan distu. Minggu hadapan aku dah start masuk pukul 7pg, jadi 6 lebih aku dah kena keluar rumah. Yehaa..

Semoga korang tabah mengharungi kesesakan ini. Harap maklum.

***

Thursday, January 23, 2014

Spontaneous Thursday: Suami Isteri Adalah Segalanya

***

Suami / Isteri adalah segalanya,

Ibu dan Ayah pasti meninggalkan kita suatu hari nanti,

Begitu juga anak anak pabila umur semakin meningkat,

Hanya Suami / Isteri peneman sehidup semati,

Percayalah

***

Maka dengan itu,

Hargailah Suami / Isteri kita.

***

Sentap bila terbaca qoutes sebegini rupa

Ianya terjadi dalam hidup ku sendiri.

Kini, Aku bersama Isteri dan Anak.

Mak Ayah jauh berada di kampung.

Kelak, cik Fe membesar,

 dia juga akan tinggalkan kami



berdua-duan.

***

Friday, January 3, 2014

Samsung Display Glass Technology

***
Hi-tech

Sekarang, bila semua ada smart phone,
aku perati halus halus orang sekeliling,
masa berjalan tengok handphone, time meeting tengok handphone,
masa driving tengok handphone, bila makan tengok handphone,
 time dalam toilet pun sempat lagi tengok handphone

laki bini, anak, sepupu, mak, ayah, nenek atok lani semua mengadap handphone.  

Betul tak?

Itu baru handphone, kalau ada technology Display Glass.
 


 Andai kata ini terjadi,
Aku kena cari jalan macam mana nak jadi tokey cermin.
boleh aku supply kat diorang buat technology nie.

lepas nie kurang manusia manusia ini mengadap handphone,
semua orang beralih kepada mengadap cermin plak.

selamat ber-tek-no-lo-gi,

XOXO

Last but not least,

Jangan sesekali kita lalai untuk mengadap

Allah yang Maha Esa.

***

Thursday, December 19, 2013

Spontaneous Thursday - Blogs Archive

***


Assalamualaikum,

Timbul tenggelam timbul tenggelam aku dibuatnya.
Dari awal Muharram hingga ke saat ini,
Kesibukkan aku pada paras maksima.
Penat tapi berbaloi.
Ini semua demi cita cita.

Kalau anda ada terbaca Azam baru aku di Maal Hijrah 1435
Suku pertama azam ini baru saja bermula.

Tapi,
Rezeki berblog aku agak menurun dan mungkin tak tercapai untuk tahun ini.
Jika dari 2009-2012, entri post blog aku meningkat setiap tahun.
tetapi tahun ini, entri blog aku turun lebih kurang 50%.
Kesibukan masa dan ketandusan idea jadi punca jari ini untuk mengurai penulisan dalam blog.
Bonus Nuffnang juga terbantut, tidak mencapai jumlah seperti tahun lepas.

Tapi tak mengapa,
2013 aku akan biarkan ia berlalu.
Mulai 2014, insyallah akan ku perbaiki,
dengan pengisian yang berilmiah dan pengosian pengalaman beguna pada masyarakat,

"Less Post but more Visitors"
Think Smart

Itupun jika kesibukkanku tidak setahap
Gaban..


Sekian
XOXO

Thursday, November 7, 2013

Spontaneous thursday: Judge Yourself

***
 
 
***
 
Erti kata lain,
 
Bila tak der duit, tiap tiap hari  makan Maggie dengan minum air masak je
Sekali bila ada duit, Pi makan kat restoran mahal mahal
 
Bila blog tak update, takder sapa pun singgah
Sekali bila sekali dah update blog, berduyun duyun dating sergah
 
Bila muka tak hensem, takder sapa pun nak kawan
Sekali bila dah famous, walaupun muka tak hensem, tapi ramai pula yang say Hi kat FB.
 
Wehuu
 
Walau macam mana pun kita..
 
Biarlah maintain cara hidup Wasatiah kay
 
Don't be gelojoh..
 
sekian,
 
XOXO
 
***
 

Thursday, October 17, 2013

Spontaneous Thursday : Converse

***
 

 
Sepatutnya, aku nak upload gambar nie dalam segmen Wordless Wednesday,
tapi terlambat la plak,
Secara spontannya aku upkan gambar ni dalam Spontaneous Thursday.
 
Kecik kecik lagi cik Fea dah pakai kasut Converse.
Seumur hidup, Papa tak pernah pakai kasut berjenama tu.
 
Budak budak zaman sekarang,
Ini semua, Mama yang ajar
Nak anak bergaya, katanya..
 
***



Thursday, June 6, 2013

Spontaneous Thursday - Kerja

***

Kerja kerja kerja
Bila cuti lama sangat..
Momentum kerja mula lari..
Nak kena align balik..biar dapat employee of the month
Sesungguhnya, ia akan ambil masa seminggu dua..

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...