Showing posts with label Sofea Nur Ramadhani. Show all posts
Showing posts with label Sofea Nur Ramadhani. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

Berseronok di Hello Kitty Town JB

***

Awal bulan lepas, Aku pulang ke Selatan. Cadangnya nak ke USS lah.. Legoland lah.. tapi memandangkan currency yang tidak cukup baik. Aku hold dulu hasrat ke USS dan survey theme park mana yang ok untuk aku bawa cik Fea jalan-jalan.

Jadi, aku decide untuk ke Hello Kitty Town, pricenya agak ok, theme park indoor sebab ketika ini musim tak menentu, kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas.

Best kalau stay dari pagi sampai ke petang, sertai semua aktiviti, tengok semua show dan meet & greet semua character yang ada sini. Jadualnya ada kat bawah tu..

Macam cik Fea, dia sempat jumpa Hello Kitty, Dear Daniel, Barney & Thomas. Ok la at least ada kenangan.

Jom Layan Gambar

Enjoy !!


 ***



 


***

Wednesday, May 6, 2015

Alkisah at Sunway Lagoon

***

Assalamualaikum,

Lama cheq tak post cerita dalam Blog. Ini semua kerana cheq sibuk memanjang.

Nanti cheq start pelan-pelan.

Banyak cerita nak kongsi, cuma tiada masa nak tulis.

Apa pun, korang layan je la video ni dulu

Enjoy !!


***

Tuesday, May 14, 2013

Fea @ Putrajaya 12052013

***

Ahad 12 May 2013 - Aku bawa family pusing pusing area bangi. Kononnya nak singgah kat Fareeda, nak belek belek tudung, alhamdulillah kedai tutup. Jadi selamatlah masa aku disitu.

Jangan sedey sedey.. Bagi merawat luka hati biniku, aku bawa diorang pergi merawat perut. Lapaq sesangat Dhooo. Aku tau, kat bangi banyak kedai makan sedap sedap. Bila tengok jalan jalan cari makan, mesti area Bangi. Bila aku pergi, dah rambang mata. Memandang perut dah lapar. Jadi aku singgah Wadi Hana Islamic Kitchen. Boleh tahan juga kedai dan makannya, ramai family datang lepak makan kat situ.

Lepas makan, cuaca petang mula suam suam kuku. Aku bawa Sofea lepak kat depan Masjid Putrajaya. Saja bagi hilang Fea explore dunia luar dan bagi berpeluh a.k.a exercise sikit. Tak der lah Fea asyik terperap kat rumah sambil main tab dengan tengok t.v. Budak budak zaman sekarang, tau tau je lah..

Ok, aku sudahi entri ini dengan gambar yang sempat aku snap. mostly gambar Fea jer.. Seriously, aku dah lama tak pegang camera..Huhu. aku kena asah balik bakat ni.

Last but not least, tak sabar aku nak shoot kat Bandung end of this month. Oh Yeahh.. nanti aku share bila pulang dari sana..adios


***

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday Alkisah #1

***


***

Thursday, September 13, 2012

Cerita Pasal Raya 2012

***

Sebelum berakhirnya syawal

baik Alkisah upkan entri pasal raya 2012

Seriously,

Alkisah dari start raya sampai sekarang, masih beraya

Thanks to AJ sebab heran, kenapa Alkisah lama tak hapdate blogs

Inilah sebabnya

***

1st week of raya

of course balik beraya di Penang, then baru balik Johor

Utara - Selatan

***

Then 2nd Week of Raya

Not to say open house, but more to ajak datang gathering kat rumah

Akceli, Alkisah buat bacaan yassin sekali sempena masuk rumah baru setahun jagung

last year tak buat, coz selang beberapa minggu pindah

My Wife terus bersalin.

lepas bersalin, masing masing bz

Jadi, masa ni lah buat semua sekali.

Alhamdulillah

Mostly Aunty, Uncle & Kazens Alkisah yang stay kat KL datang ke rumah

pukul rata, lebih kurang 80 orang juga ada masa tu secara berperingkat peringkat

***

3rd Week

Open House untuk Aunty, Uncle, Kazen My wife and friends plak

Wohaa

***

Okay now Alkisah's house closed

Alkisah plak nak beraya rumah orang

***

Sebelum menutup tirai Raya

Alkisah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada

Sanak Saudara Alkisah

Auntys, Uncles and Kazens

Yang datang ke rumah Alkisah

Semoga kita sentiasa merapatkan silaturrahim sesama insan.

***

Sebelum ni korang ada baca tak entri


Kalau dah!!

Jom layan gambar yang tak seberapa cantik dari Alkisah

Gambar 1st day raya + Birthday Sofea


***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...