Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Makan makan @ Laman Grill

***

Alkisah memang suka layan Master Chef.
Masa tengok Master Chef Season 2.
Chef Zubir ada bawa beberapa perserta yang menang cabaran luar ke restoran beliau.
Katanye....
Nama restoran tu adalah Restoran Laman Grill
dan ianya terletak di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam

Kalau korang tahu, kat situ ada banyak restoran.
Mexican Grill, Coffea Planet, Opah, Killiney Kopitiam, Tutti Fruiti, Mr Steak House dan
banyak lagi..
Tapi Restoran Laman Grill ni
terletak di belakang dari restoran restoran tersebut..

Masa Alkisah pergi, ingatkan tak der orang,
sebab masa pergi makan tu, time tengah bulan.
Rupa rupanya tidak..

Full house babe..
kat dalam full reserved.
Sapa yang datang tanpa booking, kena makan kat luar.
Nasib baik cuaca okey..

Jadi bila makan tu memang terasa best dan syok..
sejuk sejuk dingin malam gitu.

Ternyata makan kat sini memang
High Class..
Terbaik Chef Zubir
Teknik memasak anda cukup hebat
Kukus Grill Panggang, Kukus Grill Panggang
Kukus




Lepas nie Alkisah nak try restoran PickNick
Restoran Nick Michael Imran, salah seorang peserta Master Chef musim pertama.

Yummy Yummy Yummy

***

Thursday, November 8, 2012

SkyTrex Adventure Terbaik !!

***

Korang dah pergi SkyTrex Adventure
Alkisah sarankan bagi sesiapa yang berminat aktiviti lasak
boleh pergi try

test power keberanian korang..

Team shift opis Alkisah menyahut cabaran untuk
menguji ketahanan fizikal dan mental.
So masing masing setuju untuk berSkytrex
dan kitaorang amik course challange yang paling susah iaitu Extreme
pelaburan yang dikenakan adalah RM 50 sahaja.

Bila Alkisah belek belek walk through dia
Peghh ada monkey bar, jalan atas satu tali dan macam macam lagi

Ohhhmaigosh
Perasaan cuak tu memang ada
Mampukah aku buat semua nie
Mana mungkin aku ke chicken exit
nanti tak hensem la aku..


Kitaorang berkumpul di Bukit Cherakah jam 9.30 pagi waktu tempatan.
Jadi haruslah kitaorang snap sekeping dua gambar sebelum berhempas pulas
di atas pokok nanti.


Dari pintu masuk Bukit Cherakah
Kitaorang naik bas yang disediakan untuk ke SkyTrex Adventure park


Bila dah sampai
Rasa macam seronok plak
Bila tengok budak budak kecik pun boleh main flying fox sendiri.
Apatah lagi kitaorang abang abang yang hensem lagi macho.

Ok next,

Diorang brief serba sedikit pasal tempat ni
Lepas tu kitaorang diberikan harnesses, carabiners dan pulley
untuk keselamatan diri.


So bila dah hensem lagi safety
Barulah kitaorang diajar cara cara untuk menggunakannya
Akceli korang tak perlu risau
Manalah tahu korang ni banyak makan semut kan..
Setiap deck ada instruction, cara cara nak pakai peralatan tu

Harus diINGAT !!
Budak budak kecik pun boleh buat sendiri tau
Apatah lagi kita yang abang abang nie

Tengok abang kat bawah tu buat..
Hensem lagi segak bergaya..


Okey..
Challenge pun bermula.

untuk 1st task, kitaorang kena panjat tangga bertali setinggi 22 meter
Jadi kitaorang kena amik turn
sorang sorang pergi
Gang abang abang kena stay kat belakang
biar adik adik pergi dulu
Abang abang duduk dan rest

source picca TerokaDunia

Bersama kitaorang masa tu adalah akak komando (gelaran tu Alkisah yang bagi sendiri)
sebenarnya dia juga seorang blogger, TerokaDunia
Masa akak ni lepak lepak dengan kitaorang
sambil menunggu giliran untuk takeoff ke 1st challange
Alkisah nampak lambang askar kat baju akak ni.
So, jangkaan Alkisah, memang tak boleh pandang rendah kat akak nie.

Alkisah saja berbual dengan dia
Alkisah: Akak ni askar TUDM ke?
Akak Komando: Tak la, Akak dari Min Def
Alkisah: Ooo akak sorang je ke?
Akak Komando: A'a sorang je.. sebab malam nie akak nak g tengok Final ATM vs Kelantan.
pagi ni tak tau nak buat apa, akak datang sini dulu.
Alkisah: oic.. good luck ATM .. hehehe

Jom layan beberapa picca yang sempat member Alkisah shoot pakai phone.
Alkisah plak tak bawa DSLR, lagi pun takut something happen kat DSLR, susah la plak kan.
Tapi Akak Komando, selamber je  gantung DSLR sambil buat semua challange
tak caya korang boleh layang kat blog dia
http://terokadunia.blogspot.com/2012/10/skytrex-adventure-at-bukit-cahaya-sri.html


Lebih dua jam juga kitaorang complete semua Extreme Challange Task
ada Flying Fox, Monkey Bar, Tarzan dan macam macam lagi.
Paling meletihkan, bila kena panjat tangga.
Kalaulah everyweek Alkisah pi buat challange ni
100% Confirm badan Alkisah katang macam BEN


Jadi apa korang tunggu lagi
Try la pi sahut cabaran Extreme SkyTrex

ada 3 Challange
Little Challange - mostly untuk kanak kanak
Big Thrill - untuk orang yang mahu mencuba
Extreme - Untuk Abang abang & Akak akak yang berani menyahut cabaran

harga korang boleh check kat sini: http://www.skytrex-adventure.com/booking.php

Bagi Alkisah
Better korang terus ke Extreme Challange

Terbaik !!!!!

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...