Showing posts with label Opah. Show all posts
Showing posts with label Opah. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Kisah Ramadhan 1435: Upin Ipin Raya 2014


Kalau nak diikutkan, Siri Musim pertama Upin Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan Ramadan pada 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia ini. Sekarang dah masuk Ramadhan 2014. Maka selama 7 tahun Upin Ipin bertahan dan kini sudah masuk 8 musim ke-semuanya.

Aku sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dengan Les' Copaque, kerana siri macam ini amatlah perlu meresapi dalam jiwa kanak-kanak masa kini yang diterapi dengan nilai nilai murni dan sejagat.

Apa yang pelik bagi aku adalah, sudah masuk 7 tahun dan 8 musim siri Upin Ipin, tapi mereka tetap kecil dah masih dalam pra-sekolah a.k.a tadika. Tak besar-besar mereka ni kan.

Nak juga aku tengok Upin Ipin masuk sekolah Rendah dan Menengah, lepas tu masuk Universiti. Habis belajar, balik kampung ramai-ramai dan cari kerja sama-sama dengan rakan-rakan. Lepas tu kawen.. dan so on..

Okey ini mungkin tak terjadi sila abaikan..

Aku acap kali terfikir, sebab selalu teman cik Fea tengok siri Upin Ipin dan cuba berfikir luar kotak kononya. Sudah masuk 7 tahun,  dan tak pernah nampak Upin Ipin beraya bersama mak ayah. Cuma yang ada adalah Opah, Kak Ros, Tok Dalang dan rakan-rakannya. Ada satu episod "Hari Ibu", Kak Ros membawa Upin Ipin ke pusara ibu mereka. Tapi dimana pula Bapa mereka.

Sedih memang sedih, kalau memikirkan nasib mereka. Opah yang tak bekerja tapi kena menyara hidup Upin Ipin dan Kak Ros yang masih bersekolah.

Cukuplah sampai disini..berhenti memikir lagi jauh pasal nasib mereka.

Walaupun kita tak tahu apa yang terpendam dalam hati mereka, tapi Upin Ipin tetap menceriakan anak-anak kita setiap hari.

Ayuh support Upin Ipin dan layan episod "Raya yang Bermakna" pada Hari raya 2014.

Cik Fea bersama Upin.. Bukan main happy dia masa ni..

Monday, December 31, 2012

Makan makan @ Laman Grill

***

Alkisah memang suka layan Master Chef.
Masa tengok Master Chef Season 2.
Chef Zubir ada bawa beberapa perserta yang menang cabaran luar ke restoran beliau.
Katanye....
Nama restoran tu adalah Restoran Laman Grill
dan ianya terletak di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam

Kalau korang tahu, kat situ ada banyak restoran.
Mexican Grill, Coffea Planet, Opah, Killiney Kopitiam, Tutti Fruiti, Mr Steak House dan
banyak lagi..
Tapi Restoran Laman Grill ni
terletak di belakang dari restoran restoran tersebut..

Masa Alkisah pergi, ingatkan tak der orang,
sebab masa pergi makan tu, time tengah bulan.
Rupa rupanya tidak..

Full house babe..
kat dalam full reserved.
Sapa yang datang tanpa booking, kena makan kat luar.
Nasib baik cuaca okey..

Jadi bila makan tu memang terasa best dan syok..
sejuk sejuk dingin malam gitu.

Ternyata makan kat sini memang
High Class..
Terbaik Chef Zubir
Teknik memasak anda cukup hebat
Kukus Grill Panggang, Kukus Grill Panggang
Kukus




Lepas nie Alkisah nak try restoran PickNick
Restoran Nick Michael Imran, salah seorang peserta Master Chef musim pertama.

Yummy Yummy Yummy

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...