Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Santai at Bayou Lagoon Park Resort

***

Ini cerita tahun lepas bulan 12, Makcik wife aku booking bilik di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Kitaorang apa lagi, menumpang la dengan muka tak malu. Agak nice juga la, dalam satu apartment ada 3 bilik, hall pun besar boleh sumbat sanak sedara yang ramai dan juga disediakan pantry untuk buat potluck. Harga bilik juga berpatutan, kalau tong tong 3 family still berbaloi-baloi ditambah pula ada pass Lagoon untuk mandi manda.


Pool Lagoon kat sini ok-ok saja. Paham-paham je la, bulan 12 musim hujan, kitaorang belasah mandi walaupun hujan renyai-renyai. Sejak akhir-akhir ni, si Fea macam takut plak nak slide kat dalam pool. Tak tahu la kenapa, mungkin fobia main air dekat Gambang itu hari kot. Tapi Bapa Mak Fea, belasah je mandi. wehhu..


Melaka adalah salah satu Bandar menarik untuk santai dan lepak makan. Bila malam menjelma, kitaorang lepak dekat Bandaraya Melaka, membeli-belah dan window shopping di Jonker street. Memang nice, parking jer kereta, dah boleh pergi semua tempat, A Famosa, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Jonker St. Bagi aku, berjalan lebih baik, sebab semua tempat tu dekat-dekat saja. Kalau tak larat, naiklah beca Feng Tau lampu lip lap lip lap. Kalau bab makan tengahari, petang dan malam memang banyak pilihan, tapi apa yang pasti mesti pekena ikan bakar, coconut shake dan asam pedas  bila berada di Bandaraya Bersejarah ni.


Sebelum korang layan secebis gambar yang dapat aku snap ni. Satu je aku rasa Bayou Lagoon perbaiki. Pathway ke Pool Lagoon kena ada, Segan plak kitaorang dengan baju swimming basah-basah nak kena lalu depan Lobby yang sesak dengan orang ramai. Diorang patut but shortcut ke Pool Lagoon tanpa perlu melalui Lobby. Lif pun perlu ditambah dan diperbesarkan ruangannya. Barulah orang tak beresak-esak bila nak check-in and out. Sapa yang pernah tido kat sini, mesti alami benda yang sama kan.

Sampai disini dulu coretanku, jom layan gambar.











***

Sunday, April 26, 2009

Aku, Melaka, Johor dan Singapore

Episod Satu
************
Bermula satu episod yang mengucar-kacirkan diri aku. Dengan bersemangatnya aku membuat passport sehingga hilangnya i.c ku yang berjersi Man Utd.. opss..(tu dulu.. sekarang aku Arsenal). Selamat aku perasan i.c aku tak dak time aku g rumah korie kat Ukay Perdana. Aku terkapai-kapai mengingati dimanakah tercicirnya i.c aku tue.. Arghh tension rasanya bila memikirkannya. Aku jadi kurang berselera nak menjamah makanan dirumah korie atas kejadian ini. Aku mengambil kata putus untuk mencarinya dirumah dengan harapan i.c ada dalam passport. Apabila aku pulang, aku terus mengapai passport aku dan melihat hanya resit passport saja yang ada. Aku pening lagi. Lalu, aku memikirkan bilakah kali terakhir aku mengeluarkan i.c. Haaa rupanya di kaunter imigresen. Hidup aku mula tak tenteram kerana hari sudah malam, aku menjadi pendatang dalam negara sendiri.

Keesokkan paginya, aku bergegas ke pejabat imigresen. Aku terus ke kaunter 37, dan bertanyakan pasal i.c aku. Tapi mamat kaunter tue cakap, i.c semua dah bagi sekali ngan passport. Aduyai malangnya nasibku ini. Apakan daya, i.c aku sudah hilang. Aku pun turun bawah dan selamat ada pejabat pendaftaran kat bawah pejabat imigresen tue. Aku pun buat la i.c baru denga berbajukan prison break aku nie. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan mudah tapi aku risau pulak takut ada orang menggunakan i.c aku untuk tujuan lain. Aku tekad untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Aku pun balik dulu untuk mengemas barang aku sebelum bertolak ke Melaka. Setibanya aku di balai polis depan ampang park, aku terpandang lalu terdetik hatiku untuk berkata "Woww comel nye awek2 polis kat balai nie, ala2 erra fazira dan abby abadi dalam filem Gerak Khas". Aku pun melaporkan kejadian kehilangan i.c aku kat awek polis bernama ****** (nama beliau dirahsiakan atas sbb dia comel sangat, nanti korang berebut2 nak report kat dia). Segalanya2 selasai jam 10.30 pagi.

Episod Dua
***********
Untuk episod dua ini merupakan siri jelajah fotografi yang tak seberapa dari aku bermula dari Melaka - Singapore :


Muzium UMNO Melaka

Terima kasih untuk 2 orang awek nie kerana jadi model sampingan aku. Jasa baik anda amat dihargai.

Cuba bermain dgn fungsi macro yang ada kat lens aku.
I Love Junos, baju abg pojie.

Nie dia sup tulang merah yang diperkatakan, Horror gila tengok sup nie
dari kiri: Hasnah TM Singapore, Pinky, Azizi dan Pojie selepas makan sup tulang merah


Cuba bermain ngan style lomo. (masjid dan nama jalan di Singapore)





Gambar malam ini diajar oleh abg pojie TM. Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar yang berguna kepada saya.

photo // ed
edited // ed
sifu //
poji a.k.a namerumonka


detik hatiku : Kemana plak aku lepas nie, leh selam sambil tangkap gambar lagi..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...