Showing posts with label La Liga. Show all posts
Showing posts with label La Liga. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Misi Terakhir EPL 2012/2013

***

Pagi tadi Arsenal berjaya menumpaskan Juara FA Cup

iaitu Wigan dengan jaringan 4-1.


Lantas, meng'onfirm'kan Wigan adalah pasukan tersingkir dalam EPL untuk tahun hadapan.

Won FA Cup and Get Relegated.

Pawer juga Arsenal nie.

***

Pawer tak pawer sangat.

Ahad ini ada misi terakhir.



Jika tahun lepas, masing masing menunggu keputusan tempat 1 dan 2 sehingga tiupan wisel penamat.

korang boleh refer entri aku yang lepas.

Manchester City Champions EPL 2011/2012 dan Akhir Musim EPL 2012

Tapi musim ini, sebaliknya.


Antara Champions League ataupun Europa League 

Misi tempat ke-3, 4 dan 5 EPL.



Kekuatan Chelsea dan Spurs terletak pada atas kepaduan penyokong dihalaman sendiri.

Harus diingat, Everton bukan calang calang team.
David Moyes pasti mahu beri 100% kemenangan sebelum beliau berangkat ke Old Trafford musim hadapan.

Bagi Sunderland, mereka pasti lega atas kekalahan Wigan pada pagi tadi.
Mungkin mereka akan bermain sambil lewa lalu memberikan kemenangan pada Spurs.

Newcastle. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Team ini tidak menghadapi sebarang masalah. Bab kata orang, tidak perlu mengerjakan apa apa. Maintain je. Kalau mengikut record, sebelum ini Newcastle kalah dilaman sendiri. Adakah kemenangan ke-atas QPR minggu lalu menaikkan semangat diorang, lantas mahukan penyokong The Magpies tersenyum lebar di St James Park?

Debar nie..

COYG

***

Aku akhiri entri ini dengan ucapan Tahniah pada juara Liga tahun ini.

EPL


La Liga


Bundesliga


Ligue1


Erkkk..

Celebration terus bertukar jadi Riot..

Apa ke hayy.. YOB..

***

Friday, May 4, 2012

Akhir Musim EPL 2012

***

Takala La Liga telah pun kita ketahui Juaranya


Begitu juga dengan Eredivisie


dan juga Bundesliga 


tapi di EPL

Pialanya masih tercari cari lagi

Kelab manakah yang layak menjulangnya



Ranking 1 & 2 , di antara kelab Man Utd dan Man City, kedua duanya mempunyai point yang sama tetapi mereka dibezakan dengan jaringan gol. Jadi diantara ke-dua dua kelab nie, Hang pa rasa, siapa yang layak menjuarai liga EPL?

Bagi Alkisah, kalau nak ikutkan performance, Man Utd layak menjadi juara kerana 2 baki terakhir perlawanan mereka adalah menentang Sunderland dan Swansea. Ye perlawanan mudah buat Man Utd berbanding Man City, dimana mereka perlu mengharungi perlawanan sukar yang memaksa mereka berhempas pulas menentang Newcastle pada hujung minggu ini. Newcastle juga mahu tidak mengalah merebut tempat ke 3 atau ke-4. Perlawanan terakhir Man City tidak kurang hebatnya iaitu QPR. QPR juga mahu menentang habis habisan supaya mereka tidak tergolong diantara 3 kelab tercorot EPL. 

Perebutan tempat ke 3 & 4, memang dah macam pisang goreng panas. Arsenal, Spurs, Newcastle dan Chelsea, masing masing perlu menang kedua dua baki perlawanan. Kalau tidak, punah harapan mereka. Arsenal dan Spurs mempunyai jalan mudah, tetapi tidak semudah yang boleh kita sangkakan, karang lain pulak jadinya. 

Bagi Newcastle, perlawanan menentang City adalah penentu segalanya, Selepas mereka membelasah Chelsea tempoh hari, pretasi mereka kita tidak boleh ambil remeh. Lawan tetap lawan.

Chelsea pula tidak kurang hebatnya, walaupun bakal menentang Liverpool pada perlawanan ke-37 yang belum tahu apa kesudahan, menang atau tidak, sama sama lah kita tengok nanti. Kalau Chelsea kecundang, mereka masih mempunyai FA Cup, dimana Finalnya menentang Liverpool.

Hurrmm Liverpool lagi..

Tapi apa ada hal, Liverpool dah menang satu cup musim ni iaitu League Cup. At least won something rather than nothing kan.. YNWA..

Chelsea plak mempunyai extra cup untuk dijulangnya iaitu Champions League. Lawannya pulak bukan calang calang team, dah la lawan Bayern Munich dan tempat perlawanan akhir tu plak dengan Home ground Bayern iaitu Fußball Arena München. So apa prediction korang?

Andai kata, Chelsea tidak tergolong dalam golongan top 4 EPL, tetapi jika mereka menjuarai Champions League Cup, sesungguhnya mereka akan layak secara automatik dan team yang berada di ranking ke-4 bakal menyertai Europa League manakala team ke 5 hanya boleh berputih mata.

Menarik bukan EPL musim ini? lagi 2 game je tinggal. Alkisah rasa tarikh 13 Mei adalah penentu segalanya.

Jom sama sama 

Kita

Duduk dan Tonton

EPL 2012

pada 

13 Mei 2012



Harap harap Arsenal kekal tempat ke-3

Come On You Gunners !!

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...