Monday, October 25, 2010

Tiga Kosong

***

Ok malam semalam Alkisah menonton perlawanan Arsenal vs Man City bersama Arsenal Football Club Supporters Of Malaysia di Eckywoobee Sports Cafe, Taman Tun. Kenapa Alkisah join kelab ini? Sebab utamanya ialah perlawanan Arsenal selalunya akan di anak tiri. Kedai mamak mesti pasang Man Utd dan Chelsea kalau perlawanan itu bertembung sama waktu dengan Arsenal, jadi bila MatchView bersama AFCSM, sudah semestinya Big Screen tunjuk perlawanan Arsenal. Kalau gol boleh sorak kaw kaw sebab dah tentu semua penyokong Arsenal disitu. Sorak dan nyanyi macam dalam Stadium Emirates. Suasana yang amat menarik bagi penyokong Arsenal kat sini. Terbaek. Bagi peminat Arsenal, korang boleh join AFCSM. Banyak aktiviti yang dijalankan dalam kelab ini. Tak rugi kalau korang join.

Alkisah tiba dalam keadaan hujan renyai renyai. Peminat pun ada beberapa kerat sahaja. Mungkin ramai yang lepak di dalam. Alkisah senang untuk lepak di luar sahaja sambil menghirup coke dan juga udara segar embun pagi.

Arsenal memulakan perlawanan dengan baik sekali dan penuh semangat kesukanan. Para penyokong AFCSM pun mulai datang meramaikan majlis.

***

1" - David Silva hampir menjaringkan gol dengan menggunakan teknik back heel setelah mendapat hantaran cantik dari Tevez setelah melepasi halangan dari Djorou, tetapi malangnya, bola itu dapat ditepis dengan selambanya oleh Fabianski.

4" - Fabregas melorong cantik kepada Chamakh tetapi ditackle oleh Boyata. Alamak, reff memanggil Boyata dengan muka yang serious. Beliau adalah lastman ketika itu. Reff mengeluarkan kad Merah. Sekali lagi Chamakh tidak minta, tapi reff yang memberi.

19" - Arsenal mengawal keseluruhan permainan selepas Man City kekurangan seorang pemain pertahanan. Nasri mengawal bola lalu memberi kepada Arshavin yang berada di dalam kotak penalti. Tiada siapa yang menganggu Arshavin, kelibat Nasri berlari masuk dapat diperhatikan oleh Arshavin, mudah bagi beliau memberi balik bola tersebut kepada Nasri. Teknik one-two dipraktikkan dan Nasri merembat kencang kedalam gawang. Gooollllll... gol pertama pada malam ini.

39" - Fabregas dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Kompany. Penalti diberikan kepada Arsenal. Mungkin ini gol yang ke-2 dicari. Fabregas sebagai kapitan diberi penghormatan untuk mengambil sepakan tersebut. Fabregas berlari lalu menyepak ke sebelah kanan pintu gol, tetapi berjaya di tepis oleh Joe Hart. Jelas kelihatan kekecewaan pada wajah Fabregas dan juga para penyokong. Ada yang juga menyebut, "Rugi point fantasy aku malam nie".

Halftime

Man City membawa masuk Yaya Toure dan juga Adebayor bagi memecah jaring Arsenal. Adakah mungkin ini terjadi?

66" - Permainan cantik diantara Nasri dan Fabregas, walaupun mereka ini agak kecik dalam EPL tapi mereka berjiwa besar. Fabregas mengawal bola mencari Chamkh tetapi berjaya dihalang oleh pemain Man City.

Tiba tiba..

Bola datang kepada Song, tanpa fikir panjang Song merembat bola terus ke gawan Man City. Gooollllll.... gol dijaringkan oleh Song didalam kotak penalti. 2 tahun lepas, Alkisah memang kutuk mamat ni, tetapi kini beliau semakin meningkat naik. Syabas.

Man City dan Arsenal membawa tenaga baru masuk ke dalam padang. Arshavin, Chamakh dan Fabregas dikeluarkan dan dimasukkan Walcott, Rosicky dan juga Bendtner manakala Mario Balotelli dimasukkan mengantikan Garreth Berry.

88" - Kalau cina tengok nombor nie dia suka tau. Kaya kaya. Berbalik pada cerita atas padang. Nasri melorong masuk ke sebelah kiri padang dan disambut baik oleh Bendtner lalu dibawa masuk dalam kota penalti. Goollllllll.....rembatan ke kanan pintu gawang Man City berjaya menewaskan Joe Hart.

Fulltime

Arsenal berjaya menewaskan Man City di Eastland dengan jaringan 3 -0.


Gambar dipetik dari facebook AFCSM



untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.

***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...