Tuesday, October 5, 2010

Penanggah

***

Harap korang tak salah tengok, ini Penanggah bukan Penanggal Okey..

Ahad lepas member aku ada tanya, "Ed hang dengar Hotfm tak?". Aku cuma mengelengkan kepala. Member aku sambung lagi, " Tadi pagi aku dengar Hotfm, dia buka peraduan Penanggah, hang try la masuk, kot kot menang dapat p Turkey." tambah beliau sebagai pembakar semangat. Aku apa lagi terus buka website Hotfm, tapi tak jumpa apa apa pasal penanggah.

Okey fine.. aku cool dulu..

Hari ini aku boring. Aku baca status wall kat facebook. Tiba tiba aku nampak link Penanggah dari facebook Hotfm. Aku baca, aku lihat, aku konker..





//Pernahkah anda terfikir AM Krew akan bekerjasama di hari perkahwinan anda?

Inilah kesempatan bagi anda untuk mendapatkan bantuan dalam persiapan perkahwinan anda! Dan ia adalah secara percuma!

Kali ini, AM Krew serta 3 pendengar yang terpilih akan menghadiri majlis perkahwinan anda bukan sebagai tetamu, tetapi sebagai 'Penanggah' yang membantu anda seperti mencuci piring, penyambut tetamu dan sebagainya. Apa yang anda harus lakukan :

Hantarkan gambar percintaan anda yang menarik dengan bakal suami atau isteri beserta slogan "Mengapa anda dan pasangan dipilih dan mengapa Hot FM harus membantu sepanjang perkahwinan anda?

Jika anda adalah pasangan yang terpilih, anda akan memenangi percutian ke Istanbul (penerbangan & penginapan sahaja) sebagai hadiah perkahwinan anda. // ayat ini dipetik dari website Hotfm.

"Menarik menarik," detik hatiku kegirangan. Kalau ada rezeki tak kemana bukan, Maka dengan itu, aku aku masuk contest ini... Huahahaha..

Okey start cari gambar sekarang lalalala.

***



2 Blogger kasi response. .

Iz Author
October 5, 2010 at 6:49 PM

aku harap ko berjaya ed

Reply
Sofea Author
October 6, 2010 at 2:56 PM

hehe tq aiza..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...