Sunday, May 31, 2009

RUKUN

RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikuan solat 5 waktu
3. Membayar zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Mengerjakan haji bagi yang mampu


RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-kitab
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


RUKUN SEMBAHYANG
1.BERDIRI BETUL jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.


RUKUN NEGARA
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan


RUKUN NIKAH
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul


detik hatiku: saja ingat mengingati. aku pun kadang-kadang terlupa juga. hehe

Saturday, May 30, 2009

14 Jam

Ntah nie rekod ke tak aku pun tak tau. Hari khamis malam jumaat, aku rasa tak sempat nak malam pun, aku terus lena di ulit selimut. Bak kata orang dah kahwin, kalau balik awal dari opis petang tue atas sebab nak tido awal, maksud dia ada udang di sebalik mee. Tapi aku hanya ada letih dalam kepala otak. Berat mata memandang, berat lagi badan nak bangun. Berbekalkan donut yang sedap dan burger malaysia berisikan sambil ikan bilis, aku mengisi perut aku sebelum melabuhkan badan di kamar bahtera.

Aku separuh sedar bila kawanku mengajak untuk pergi makan, tapi aku jawab "tak nak". Sedar tak sedar, pukul 12 lebey aku terjaga. perghh layan juga. Aku lihat beberapa rakan aku masih tidak reti nak tido. Aku dahaga lalu aku meminum air. Keletihan membuat aku ke kamar semula, lalu aku tido. Tiba-tiba, lektrik plak takdak, suasana menjadi sedikit gamat tambah (+) sedikit kepanasan sama dengan (=) tak berapa boleh nak tido. Kawan-kawan aku kecoh, diorang pun check rumah jiran. Rupa-rupanya, jiran kitaorang pun tak der letrik. Tidak lama kemudian, letrik pun kembali dengan riangnya membekalkan kipas aku dengan tenaga bagi memudahkan kipas aku berpusing menyejukkan aku, lalu aku tido.

Akhirnya aku tersedar pukul 8 pagi. Aku bangun dan aku melihat jam lalu mengira dah berapa lama aku tido. Plus Minus 14 jam.

detik hatiku: wahh bestnye tido..

Wednesday, May 27, 2009

Pecah Penjara

Berakhir la sudah siri pecah penjara, tak sangka cerita yang mula2 aku jeling2 dari jauh ke pc bob ni menjadi siri drama kegemaranku. Aku start tengok siri pecah penjara nie semenjak aku belajar dekat melaka sampai laa aku pindah belajar kat kl ni dan sampai aku dah bekerja nak setahun jagung. Tak sangka aku boleh layan cerita ni sejak scofield dari luar penjara masuk ke fox river nak selamatkan abangnya sampai laa diorang kuar penjara bersama-sama rakan mereka lari serata amerika hingga la masuk penjara panama dan kuar dari situ dan jadi agent company dan hanya semata-mata nak cari scylla (bukan restoran sila oh sila taww). Nak jadi kan cerita, semalam aku tekad tengok siri tue dari Musim4 Episod 19-Episod22 (kira one shot ar nie). Bayangkan aku tido pukul 4.30 pagi tadi, pergh.. selamba saja.. bangun pagi tadi pun macam nak tak nak, hidung pun rasa panas2 je. Walauapapun, siri pecah penjara nie tetap dihati aku ar, sedih plak tengok ending dia cam tue,tersentuh ghak laa hatiku yang comel nie. Aku rekemen laa korang semua tengok siri nie.

Antara part2 klimaks yang aku suka semalam:

Part Burrows bukan abg Scofield
Kristina: Burrows tu bukan abang hang, Mak Bapa dia kerja kat company juga tapi mati kat manila. Kami yang menjaganya.
Scofield: Ohhh tidak (sambil memengang kepala, sedih dan pening2), tapi Burrows telah jaga aku dari kecik, sekolahkan aku sampai aku jadi pandai cam nie. Bukan macam mak.


Script ini telah diterjemahkan dalam bahasa utara, ayat2 dia lebey kurang cam tue la.. sorry laa kalau ada salah dan silap, banyak lagi part2 best yang tak dapat diterjemahkan dalam blogs ini. Korang kena layan sendirik k..

Part yang tak der dalam siri Pecah Penjara
Scofield: Mak, Cek dah terlanjur.
Kristina: Dengan siapa?
Scofield: Sara mak.
Kristina: OOhh!! mak faham, mak dulu pun terlanjur dengan bapa hang juga.
Scofield terkesima lalu memeluk mak dia sambil nyanyi lagu "Terlanjur Cinta" nyanyian rossa feat pasha.



detik hatiku: siri apa plak aku nak layan lepas nie.




Milik Siapakah Gadis Ini


photo //ed
edited // ed
camera // canon 400d + 50mm f/1.8


detik hatiku: sessi tembak luar pintu..saja nak test lens baru aku..

Tuesday, May 26, 2009

Nur Aleesya Zahra

Wah.. sedap nama tue.. tapi tue bukan nama awek aku, mahupun anak aku, tapi tue nama baby girl fikri a.k.a kecik. Ni rombongan aku dan rakan2 ke rumah kecik pada hari jumaat 15 May 2009. So yang best kecik jamu muffin coklat tue.. sedap ghak.. pandai kecik masukkan muffin tue dalam microwave. hehe. ok tahniah fikri dan diana. Semoga korang berbahagia hingga ke anak cucu. Amin.


model // Nur Aleesya Zahra
photo // ed
edited // ed

detik hatiku : anak aku ermm erkkk bila e'??

Thursday, May 21, 2009

Jangan Kau Lepas


E B C#m
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
B A B E
dan jangan kau lepaskanku darimu

E
Ku takkan pernah tertawa
B
Ku takkan pernah bahagia
C#m
Ku takkan pernah merasakannya
A B
Bila kau tak di sini
E
Ku takkan pernah tertawa
B
Ku takkan pernah sempurna
C#m
Ku takkan pernah merasakanmu
A B
Bila kau tak di sini

A B
oh.. Izinkan aku berlutut mengharap
E B C#m B
kau tuk kembali
A B
Izinkan aku berharap dirimu
A
kembali Dan kembali
B
Dan kembali lagi

[chorus]
E B C#m
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
B A B E
dan jangan kau lepaskanku darimu
E B C#m
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
B A B E
dan jangan kau lepaskanku darimu


detik hatiku: best lagu nie.

Monday, May 4, 2009

Real Madrid vs Barcelona

Kul 1.55 pagi, aku saja baring2 tgk t.v. lepas tgk game arsenal, tetiba plak check info kat astro ada game Real Madrid vs Barcelona. Aku pun layan je, tapi yang aku ingat 5 minit game aku dah padam dah. Apa lagi, aku pun lari naik atas katil. tetiba dengar gol.. mak ai.. real goal dah.. tapi apakan daya mata aku tak leh buka dah. Esok aku ada job. Arghh tido je la..

Esoknya aku bangun pagi. result game semalam Real Madrid 2 - 6 Barcelona. Apa lagi, jom layan highlight kat bawah nie:





detik hatiku : tak sabar tunggu champions league mgg nie..
antara kalah or menang..apapun redha saja

Sunday, May 3, 2009

Zoo Negara

Zoo Negara. Aku ingat boleh laa jumpa Alex, Gloria, Marty dan Melmen. Tapi, Melman je aku aku dapat snap. Alex plak sombong dok lepak je, tak nari2 pun. Gloria plak dok bercanda ngan Moto Moto dalam air tak kuar2. Diorang tengah buat projek dalam air kot. Marty plak dok jauh nun kat Savannah Park, biasa ar bila dah jumpa geng kita memang dia tak layan.

Tapi apakan daya terasa besarnya lautan di dunia ini, aku hanya dapat merasa setitik darinya. Banyak lagi perlu aku asah. Huhu takpa laa. Sapa2 nak komen hasil kerja aku silakan, aku terima dengan hati yang terbuka. Sekian dan sedia menerima kritikan.


Melman

Iguana

Tygra

Hornbill

Bambi

Michelangelo


photo // ed
edited // ed


detik hatiku: banyak lagi kena belajar, tunjuk ajar ku sifu..




Saturday, May 2, 2009

Sea Walking At Sapi Island

Ayaa.. gara-gara tengok Zoom Sabah kat tv3, Aku mengidam plak nak p Sabah nak merasa sea walking kat Sapi Island. Tak reti berenang pun tak pa, kita akan pakai "Sea Trek Underwater Helmet Diving System". Aduyai.. kawan2 jom.. ada bran tak..

Untuk maklumat lanjut sila rujuk:
Sea Walking At Sapi Island

detik hatiku:
saiko tul, nak tak nak kena kumpul duit.

Taman Tasek Metropolitan

Pagi yang gelap kini sudah cerah, apa lagi tunggu aku pun sambar camera, lepak makan ngan joe dan apek lepas tue terus g taman tasek metropolitan a.k.a tasek orang main layang2 kat kepong. Aku pun tak der idea sangat pun nak ambil gambar apa, just try and error je semua gambar nie. tapi takpa esok aku ada mission penting iaitu tembak luar pintu kat zoo negara, yeah..



photo // ed
edited // ed
model // apek

detik hatiku : best nye cuti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...