Showing posts with label Alkisah Islam. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Islam. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Kisah & Teladan # Ashhabul Khafi

***

Kisah Ashhabul Kahfi

Kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.

Kisah ini begitu masyhur. Dengan kekuasaan-Nya, Allah s.w.t. menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun.

Allah menggambarkan Ash-habul Kahfi sebagai para pemuda yang beriman dan teguh keimanan mereka kepada Allah. Firman Allah;

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka-mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

Mereka memperlihatkan keIslaman mereka, memahaminya dengan sebenar-benarnya, melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, dan mendakwahkannya dengan semangat, kesungguhan, dan keikhlasan.

Ayat ini bermaksud menetapkan kebenaran Al Quran yang pasti tentang keimanan dan petunjuk, iaitu iman sesungguhnya adalah sebuah pilihan. Jika seseorang telah memilihnya, menerimanya dengan ikhlas, patuh, dan sungguh-sungguh, maka Allah akan menambahkan keimanan kepadanya. Akan tetapi jika ia tidak mengambil dan memilih jalan itu maka Allah tidak akan memberinya petunjuk, apalagi untuk menambahkan petunjuk kepadanya.

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka mengatakan sebagaimana disebut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: Al-Kahfi 14-15. Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)

Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya.


sumber: ensiklopediamuslim.blogspot.com

Ed : Aku memang gemar kisah kisah macam ini sejak kecil lagi. Insyallah aku akan cuba mencari balik kisah kisah Islam yang aku kagum untuk dikongsi bersama. Semoga ia menjadi teladan buat kita semua.

***

Thursday, November 4, 2010

Tafsir Al-Quran # AL-FIL

***

Mulakan terjemahan dengan membaca Al-Fatihah




Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Peringatan:
Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab.
Entri ini bertujuan untuk memahami maksud Surah AL-FIL.
Bagi memahami ayat yang tersirat maksudnya haruslah kita rujuk kepada ustaz-ustaz.

***

KISAH TENTERA BERGAJAH DALAM SURAH AL-FIIL

Surah al-Fiil menunjukkan kepada satu peristiwa masyhur dalam kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini merupakan satu bukti yang besar bagaimana Allah menjaga dan memelihara tempat yang suci itu, iaitu tempat yang dipilihnya sebagai pusat cahaya agama yang terakhir.Surah ini mengisahkan peristiwa seorang Gabenor Habsyah bagi negeri Yaman, Abrahah. Beliau telah membina sebuah gereja di Yaman atas nama Seri Maharaja Habsyah. Gereja itu dihiasi dengan segala macam hiasan dan peralatan yang amat indah dan menarik dengan tujuan untuk mengalihkan tumpuan orang-orang Arab dari Baitul Haram di Makkah ke gereja itu.

Beliau melihat bagaimana penduduk negeri Yaman sendiri yang diperintah oleh beliau turut tertarik kepada Baitul Haram sama seperti kaum-kaum Arab yang lain di kawasan tengah dan utaraSemenanjung Arab itu Ketika inilah Abrahah membuat keputusan tegas untuk meruntuhkan Ka'abah supaya orang-orang Arab tidak lagi tertumpu kepadanya. Beliau telah memimpin satu angkatan tentera yang ramai yang disertai dengan gajah-gajah.

Suku-suku Quraysh, Kinanah dan Huzayl dan penduduk-penduduk di tanah Haram telah berazam untuk melawan angkatan Abrahah, tetapi kemudian mereka membatalkan cadangan itu setelah sedar bahawa mereka tidak berupaya untuk melawan angkatan Abrahah. Kemudian Abrahah menghantar utusannya ke Makkah untuk menemui ketua negeri itu dan menyampaikan perutusan bahawa kedatangan angkatan Gabenor Abrahah bukan untuk memerangi penduduk negeri Makkah, tetapi hanya untuk merobohkan rumah Ka'abah sahaja. Andainya mereka tidak menentang, maka ia tidak lagi perlu menumpahkan darah mereka dan andainya ketua negeri Makkah itu tidak mahu berperang, maka hendaklah ia dibawa mengadap Gabenor. Maka Ketua negeri Makkah iaitu Abdul Mutallib pun berbicara dengan Abrahah, namun Abrahah masih dengan tujuannya menghancurkan Ka`bah.

Abrahah pun berlepas dengan bala tenteranya serta gajahnya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Ka'abah, tiba-tiba gajah itu terterum sebelum sampai ke Makkah dan tidak mahu masuk ke Makkah. Askar-askar Abrahah cuba memaksa gajah itu supaya bangkit merempuh ke Makkah, tetapi usaha mereka gagal.

Tepat dengan iradat-Nya hendak membinasakan bala tentera itu bersama pemimpinnya Abrahah, Allah telah melepaskan pasukan-pasukan burung yang melontar ke atas mereka anak-anak batu yang membinasakan mereka seperti daun-daun kering yang reput sebagaimana diceritakan oleh al-Qur'an.Tubuh Abrahah sendiri telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersamasama tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya.


Sumber:
youtube,
alquran-melayu.com
internet

Alkisah memang gemar kisah kisah macam ini sejak kecil lagi. Insyallah Alkisah akan cuba mencari balik kisah kisah Islam yang Alkisah kagum untuk dikongsi bersama. Semoga ia menjadi teladan buat kita semua.

***

Thursday, October 28, 2010

Tafsir Al-Quran # AT-TAKWIIR

***

Mulakan terjemahan dengan membaca Al-Fatihah




Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);

Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -

Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

Dan apabila Syurga didekatkan;

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

Dan malam, apabila ia hampir habis,

Dan siang, apabila ia mulai terang;

Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);

Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.



Peringatan:
Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab.
Entri ini bertujuan untuk memahami maksud Surah AT-TAKWIIR.
Bagi memahami ayat yang tersirat maksudnya haruslah kita rujuk kepada ustaz-ustaz.

Sumber:
youtube
alquran-melayu.com

***

Monday, October 25, 2010

Taklik

***

Bagi sesiapa yang berkahwin dengan anak gadis Johor, anda perlulah membuat persiapan untuk membaca taklik. Mungkin dalam rumi mahupun jawi.

Jadi..

Mari menghafal dan mengerti ayat tersebut:

"MANAKALA saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut ATAU lebih dengan sengaja ATAU paksa dan saya ATAU wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya ATAU saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya ATAU kehormatannya ATAU harta bendanya, kemudian ia mengadu ATAU wakilnya mengadu kepada kadi dan MANAKALA sabit aduannya di sisi kadi ATAU mahkamah syariah dan ia ATAU wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu TERTALAKlah ia dengan satu "TALAK KHULU", ATAU saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun ATAU lebih, jika ia ATAU wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya MANAKALA bersabit aduannya, nescaya TERTALAKlah ia satu TALAK, demikian lafaz TAKLIK saya".

مانکالا ساي تيڠݢلکن استري ساي.....﴿نام استري﴾.....سلاما 4 بولن هجرة برتوروت-توروت اتاو لبيه دڠن سڠاج اتاو ڤقسا دان ساي اتاو واکيل ساي تياد ممبري نفقه کڤداڽ سلاما ماس يڠ ترسبوت ڤدحال اي طاعةکن ساي اتاو ساي لاکوکن سبارڠ مضرة کڤد توبوه بادنڽ اتاو کهورمتنڽ اتاو هرتا بنداڽ، کمودين اي مڠادو اتاو واکيلڽ مڠادو کڤد کادي دان مانکالا سابيت ادونڽ د سيسي کادي اتاو محکمه شرعية دان اي اتاو واکيلڽ ممبري کڤد کادي باݢي ڤيهق ساي $1.00 مک کتيک ايت ترطلاقله اي دڠن ساتو "طلاق خلو"، اتاو ساي غائب درڤد استري ساي يڠ ترسبوت سلاما ساتو تاهون اتاو لبيه، جک اي اتاو واکيلڽ مڠادو کڤد کادي دڠن برکات اياڽ تيدق ترتوڠݢو لاݢي اکن ساي مانکالا برسابيت ادونڽ، نسچاي ترطلاقله اي ساتو طلاق، دمکين لفظ تعليق ساي.


sumber dari Buku Panduan Kahwin dan Kekeluargaan Dalam Islam, terbitan Jabatan Agama Johor.

***

Sunday, May 31, 2009

RUKUN

RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikuan solat 5 waktu
3. Membayar zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Mengerjakan haji bagi yang mampu


RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-kitab
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


RUKUN SEMBAHYANG
1.BERDIRI BETUL jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.


RUKUN NEGARA
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan


RUKUN NIKAH
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul


detik hatiku: saja ingat mengingati. aku pun kadang-kadang terlupa juga. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...