Friday, November 30, 2012

Work From Home a.k.a WFH

***

abaikan, rumah semak dengan  mainan cik fea

Work from Home a.k.a WFH
atau lebih dikenali sebagai berkerja dari dirumah

Kebanyakkan orang yang WFH adalah golongan professional
arkitek, board of director, komposer, engineer dan etc
kerja kerja diorang dibolehkan untuk bekerja dirumah.
Sebab apa?
sebabnya kerja kerja mereka perlu diselesaikan mengikut timeline yang ditetapkan.

Bagi Alkisah ada Pros and Cons nye

Pros
Jimat minyak dan tol.
Tak perlu tempuh kesesakkan jalan raya.
Flexible.
Kalau kerja start kul  8, kul 7.30 masih boleh bangun tido.
Sambil kerja, kita boleh buat breakfast/lunch kat dapur.
Tak perlu mandi awal.
Boleh buat kerja sambil tengok tv.
Berkerja dengan hanya memakai boxer.
Kalau snake around a.k.a mengular boss tak nampak.

Cons
Bil eletrik tinggi, company tak cover.
Tak  dapat bersosial bersama rakan sejawat.
Kalau ada conference call, kena hati hati, mana tahu tetiba internet down. masak kau

***

Seriously Alkisah lebih suka bekerja kat opis
Sonang
Boleh concentrate buat kerja.


Kalau hari minggu kat opis.
kadang kadang kitaorang makan besar.
tengok movie sama sama.
merapu ngan opis mate.

Awesome.

***

Kalau kerja operation, lebih baik kerja di opis.
Lainlah kalau kerja kita based on project..

***

Selamat Bekerja Semua
Chillax. hari dah jumaat
Yehaaa..

***

Thursday, November 29, 2012

Kuah & Nasi Durian

***

Seriously, Alkisah dah lama tak makan durian.
Ini semua gara gara my wife tak suka dan tak tahan bau durian.
Alkisah plak jenis tak kisah, kalau ada, Alkisah makan, kalau tak der, tak kempunan pun.

***

Beberapa miggu lepas, parent Alkisah datang ke rumah.
Diorang bawa satu tupperware besar penuh dengan isi durian
Bila masuk rumah, memang bau dia "Tak Hingaattt"

***


"Aik mak, durian dalam tupperware"

"A'a, mak beli kat RnR, suruh orang tu kopekkan, then isi letak dalam tupperware"

"Oo macam tu pun boleh ke?"

***

Bila dah lama tak makan,
Jadi amik la beberapa ulas makan secukup rasa.
Memandangkan  isi durian ni still banyak
Jadi mak Alkisah nak buat kuah durian

"Hang p beli mak santan setengah kilo, gula merah, lepas tu pi petik daun pandan."

"Tapi mak, pokok pandan kat belakang rumah kan dah mati"

"kalau cam tu p beli la.. kalau ada jual"


Bahan-bahan
Isi durian
Santan pekat
Air
Secubit garam
Gula (mak alkisah pakai gula merah)
Daun pandan

Cara-cara
masukkan kesemua bahan...gunakan api yang sederhana...
kacau sehingga mengelegak ( jangan tinggalkan kuah sentiasa kacau agar santan tidak berkepala )
Antara 15-25min ( jgn pulak smpi pecah minyak nnti kuah jdi xsedap )...tutup api Sedia utk dihidangkan

sumber dari myresipi.


Kuah durian ini sangat sodap kalau dimakan dengan roti gardenia, roti bangali, roti jala, roti canai atau roti nan.. (roti yang dihighlighted tu yang alkisah pernah try, bab roti lain... alkisah blom try)

***

Itu baru kuah durian,
Kalau dulu, masa Alkisah kecik kecik
Bapa Alkisah suka buat nasi durian

Bahan-bahan
Nasi
Isi Durian
Santan
Garam dan Gula

Cara-Cara
Gaul nasi dan isi durian sama rata.
tuangkan santan dan taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Gaul gaul gaul bahan sehingga sesedap rasa
lepas tu Ngap..

***

Last but not least,
Selamat mencoba
&
Selamat berDurian

Monday, November 26, 2012

Fear Factor Malaysia Bersama Aaron Aziz

***


Fear Factor Malaysia bersama abang Aaron Aziz

dan korang nak menang hadiah hadiah lumayan berupa


Grand Prize
Apple MacBook Pro 13-inch 2.9GHz AND RM1,500 Cash

1st Runner Up 
Canon EOS 650D kit (EFS 18-55 IS II)

2nd Runner Up 
The New Apple iPad 64GB

Best Buzz Blogger
Apple iPad 2 AND RM1,000 Cash

Wow
Chaner nak menang?

1. Write a blog post and tell us “What your biggest fear is and how it affects your life?”
2. Mention about Astro’s Fear Factor Malaysia and share with us your thoughts for this season (exp. Who will win? Who’s your favourite artist? Etc).
3. Include the tagline “Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”
4. Once you’re done with the blog post, kindly fill in the details in the form at http://blog.nuffnang.com.my/2012/11/21/dominate-your-fears-at-astros-fear-factor-house/
5. 30 of the most interesting entries would be chosen to participate in the Fear Factor House challenge! 
6. Deadline to submit your entry is 5.00pm, 9 December 2012 (Sunday)

TERMS & CONDITIONS:
1. This contest is open to Glitterati Nuffnangers and NuffnangX users only.
2. Judges’ decisions on the selection of participants are FINAL.
3. Blog post entries can be submitted in both English OR Malay.
4. One entry entitles the participation of one participant only.

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...