Sunday, March 29, 2009

CapSquare, KL Design Week

Aku kat parking luar CapSquare

G-Bum bersama orang punya Artworks bukan dia punya
Aku depan Artworks MuidLatif dan Kukubesi
Budak2 PixelProduction
Antara toys yang ada kat pameran nie


Gambar2 bawah nie antara gambar yang aku minat. Diorang Memang Gempaks Habes...



detik hatiku: Memang syok tgk Artworks orang.

Di Suatu Petang..

Hari ni aku g jalan2 ke CapSquare, Dang Wangi sambil melihat kehebatan para Designer menunjukkan Karya mereka masing-masing di KL Design Week. Aku g sana ngan member aku (G-bum) dia budak segamat tapi dia bukan budak Shuffle ar. Lepas saja kami tengok hasil karya designer2 tue aku pun balik sambil menyinggah minum petang dekat Shazana Cafe, Kampung Baru. Setibanya aku kat kampung baru, aku dapat lihat sepanjang jalan di banjiri dengan poster PAKLAH dan bendera UMNO. Rupanya2 esok PAKLAH nak rasmi tapak untuk projek apa ntah kat sini. Arghh tak kisah la, janji aku nak g minum petang.

Sampai kat Shazana Cafe nie, aku pun order Laksa Penang ngan Milo Ais dan G-bum order makanan dia la. Kami pun borak kosong yang tak berisi info penting pun kalau korang nak tahu. Dekat setengah jam kami makan dan borak, Kami pun beransur pulang sebab dah dekat magrib dah nie lagipun hujan pun dah mula renyai2 turun. Sampai je kat kaunter:

Kaunterman: Abang makan apa?
Aku: Laksa satu, milo ais satu..
Kaunterman: rm 5.80
G-Bum: Saya MEE KHAIRY..
Kaunterman & Aku terkejut.
G-Bum: Ehh silap aku nak cakap Mee kari ngan Laici la..
Aku hanya mampu tergelak dan senyum je la..


detik hatiku: Hek eleh mamat nie..tau la PakLah nak mai esok..

Saturday, March 28, 2009

Futsal IBIL


TEAM HARAPAN TINGGAL KENANGAN ( HTK)

Dibarisi Pemain:
Saed
Fahmi
Shamsul
Afzel
Fadli
Muzamer
Dasuki

Kitaorang diletak bersama2 team handalan dari MK (Belly Master), BJ (M16) dan CBJ (Juara Tomyam). Di Peringkat kumpulan kami hanya berjaya menewaskan Belly Master tetapi hanya seri dengan team Juara Tomyam. Manakala team HTK kalah teruk dibelasah team M16 kerana mereka menggunakan senjata M16 yang tidak sepatutnya digunakan dalam sukan Futsal ini.

Harapan untuk mara ke peringkat seterusnya malap, setelah team HTK tumpas kepada M16 tetapi Malam Jumaat itu menjadi rezeki team kami apabila team Belly Master berjaya menumpaskan team Juara Tomyam lantas melayakkan Team HTK ke peringkat Semi-Final.

Team HTK bertemu Team Sexy United juara peringkat kumpalan A di peringkat Semi-Final. Setelah berhempas pulas, akhirnya Team HTK berjaya melangkah ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Team Sexy United. Team HTK akan bertemu "RIVAL"nya iaitu team M16 di peringkat akhir piala IBIL.

Team M16 menyempurnakan peluang yang baik bagi mendahului Team HTK dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama tetapi barisan muda HTK berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada separuh masa kedua. Akan tetapi Team HTK tak sempat nak rasa happy, Team M16 dah rembat masuk gol ketiga beberapa minit kemudian. Akhirnya team HTK tumpas lagi dengan team M16 dengan jaringan 3-2. Apapun ucapan tahniah untuk team M16.


Afzel Team HTK sedang berkata sesuatu pada Padil Team M16

Aku sebagai keeper Team HTK

Team HTK menanti peluang ke FINAL


detik hatiku: Lepas nie kena praktis betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...