Sunday, February 14, 2010

En. Tan

***

Harini aku bersama kakak dan kazen aku pulang ke kampung halaman di utara Malaysia. Pantang dapat cuti mesti nak balik Penang. Keadaan di lebuhraya agak sesak, mana taknya orang cina sibuk nak balik raya kita pun tumpang sekaki.

Pukul 5.30 pagi lagi kami dah beredar dari kota Kuala Lumpur. Jalan yang aku sangkakan lengan hanya angan angan semata mata. Kesesakan berlaku sekitar Tanjung Malim ke Sungkai, Bidor dan sekitar beberapa tempat lagi di Perak.

Sebelum memulakan perjalan jarak jauh, kami berhenti sementara di hentian Rawang untuk menunaikan solat subuh dan mengotakan hajat.

Hajat aku adalah untuk berjumpa dengan En. Tan. Tak sangka ramai juga orang beratur nak jumpa dengan En.Tan. Di situ aku dapat rasakan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk atau dikenali masyarakat berbilang kaum dengan mempunyai misi yang sama pada waktu pagi, 1 Malaysia 1 Tan.

Walaupun kita berbeza dari segi warna kulit, bangsa dan agama tapi kita tetap bersama En. Tan pada waktu pagi.

Akhirnya pintu En. Tan terbuka. Ok sudah tiba giliran aku.

***


Wednesday, February 10, 2010

Jepang

***

Aku tersadar dari tidur lalu melihat kiri dan kanan. Arghh sedap betul tidur. Rupanya aku tidur melintang dalam flight ni. Apa yang pasti ibu dan kakak bersama aku.

Kitaorang di dalam flight JAL dari Kuala Lumpur menuju ke Tokyo, dalam beberapa minit lagi penerbangan ini akan tiba di Narita International Airport. Aku melihat di luar jendela kapal terbang. Kelihatan salji putih mulai turun segan segan silu menutupi setiap bangunan dan jalan raya di bandaraya Tokyo.

Sambil tersenyum gembira dan aku berasa tidak sabar untuk mendarat. Dengan masa yang terluang ini, aku sempat lagi membuka laptop dan melayari facebook. Rutin harian aku mesti memasak di Cafe World dan menerbangkan pesawat-pesawat aku di Airline Manager setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Isyarat memasang tali pinggang telah pun dinyalakan, maka aku terpaksa menyimpan segala barang komputer aku di dalam bag. Aku masih mamai dan fikiran aku mengelamun dengan ketidaksabaran aku untuk menjejak kaki di Narita Airport.

Setelah selesai mendarat, kitaorang bergerak beramai ramai ke terminal. Tiba-tiba aku tersentak lalu teringat. Bag laptop aku tertinggal dalam kapal terbang. Aku mulai gelisah. Banyak khaznah yang terpendam dalam laptop aku itu. Ingin aku berlari menuju ke kapal terbang tapi jaraknya dah semakin jauh. Aku sedih.

Aku dan keluarga segera menuju ke balai ketibaan bagasi. Mungkin kalau bernasib baik, diorang letak bag laptop aku dekat situ. Pergerakan kitaorang terbatas kerana escalator menuju balai bagasi di penuhi masyarakat berbilang kaum. Aku menanti dengan sabar. Setibanya disana, kitaorang di sapa oleh mak cik aku, " Ehh, korang buat apa kat sini?"..

***

Aku terjaga sekali lagi. Aku terpinga pinga dan menyoal diri sendiri "apsal wan yah boleh masuk dalam mimpi aku plak?". Kenapa la semenjak kebelakangan ni aku asyik mimpi pelik pelik saja. SG, PL, SX (ini kerap ar).

***





Monday, February 1, 2010

Kembali

***

Setelah sekian lama menyepi.

Kini aku sudah boleh untuk bermuka buku, berlayar, berborak, berbelog dan macam macam lagi.

Terima Kasih Internet.

Aku Kembali

***



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...