Wednesday, February 10, 2010

Jepang

***

Aku tersadar dari tidur lalu melihat kiri dan kanan. Arghh sedap betul tidur. Rupanya aku tidur melintang dalam flight ni. Apa yang pasti ibu dan kakak bersama aku.

Kitaorang di dalam flight JAL dari Kuala Lumpur menuju ke Tokyo, dalam beberapa minit lagi penerbangan ini akan tiba di Narita International Airport. Aku melihat di luar jendela kapal terbang. Kelihatan salji putih mulai turun segan segan silu menutupi setiap bangunan dan jalan raya di bandaraya Tokyo.

Sambil tersenyum gembira dan aku berasa tidak sabar untuk mendarat. Dengan masa yang terluang ini, aku sempat lagi membuka laptop dan melayari facebook. Rutin harian aku mesti memasak di Cafe World dan menerbangkan pesawat-pesawat aku di Airline Manager setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Isyarat memasang tali pinggang telah pun dinyalakan, maka aku terpaksa menyimpan segala barang komputer aku di dalam bag. Aku masih mamai dan fikiran aku mengelamun dengan ketidaksabaran aku untuk menjejak kaki di Narita Airport.

Setelah selesai mendarat, kitaorang bergerak beramai ramai ke terminal. Tiba-tiba aku tersentak lalu teringat. Bag laptop aku tertinggal dalam kapal terbang. Aku mulai gelisah. Banyak khaznah yang terpendam dalam laptop aku itu. Ingin aku berlari menuju ke kapal terbang tapi jaraknya dah semakin jauh. Aku sedih.

Aku dan keluarga segera menuju ke balai ketibaan bagasi. Mungkin kalau bernasib baik, diorang letak bag laptop aku dekat situ. Pergerakan kitaorang terbatas kerana escalator menuju balai bagasi di penuhi masyarakat berbilang kaum. Aku menanti dengan sabar. Setibanya disana, kitaorang di sapa oleh mak cik aku, " Ehh, korang buat apa kat sini?"..

***

Aku terjaga sekali lagi. Aku terpinga pinga dan menyoal diri sendiri "apsal wan yah boleh masuk dalam mimpi aku plak?". Kenapa la semenjak kebelakangan ni aku asyik mimpi pelik pelik saja. SG, PL, SX (ini kerap ar).

***





2 Blogger kasi response. .

Unknown Author
February 13, 2010 at 1:52 AM

lepas mimpi..terus la bgn g mandi wajib..

Reply
Sofea Author
February 14, 2010 at 10:22 AM

hahaha sure lor..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...