Monday, December 31, 2012

Makan makan @ Laman Grill

***

Alkisah memang suka layan Master Chef.
Masa tengok Master Chef Season 2.
Chef Zubir ada bawa beberapa perserta yang menang cabaran luar ke restoran beliau.
Katanye....
Nama restoran tu adalah Restoran Laman Grill
dan ianya terletak di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam

Kalau korang tahu, kat situ ada banyak restoran.
Mexican Grill, Coffea Planet, Opah, Killiney Kopitiam, Tutti Fruiti, Mr Steak House dan
banyak lagi..
Tapi Restoran Laman Grill ni
terletak di belakang dari restoran restoran tersebut..

Masa Alkisah pergi, ingatkan tak der orang,
sebab masa pergi makan tu, time tengah bulan.
Rupa rupanya tidak..

Full house babe..
kat dalam full reserved.
Sapa yang datang tanpa booking, kena makan kat luar.
Nasib baik cuaca okey..

Jadi bila makan tu memang terasa best dan syok..
sejuk sejuk dingin malam gitu.

Ternyata makan kat sini memang
High Class..
Terbaik Chef Zubir
Teknik memasak anda cukup hebat
Kukus Grill Panggang, Kukus Grill Panggang
Kukus




Lepas nie Alkisah nak try restoran PickNick
Restoran Nick Michael Imran, salah seorang peserta Master Chef musim pertama.

Yummy Yummy Yummy

***

Tuesday, December 25, 2012

Makan makan @ Bonjour Garden

***

1st time Alkisah try Bonjour Garden
Selalu bila pergi Jaya Grocers kat Bukit Jelutong,
mesti pandang restoran nie.

Ok fine Alkisah mesti coba sekali menu menu dia
Harganye agak berpatutan dengan kuantiti dan rasanya.

Jom layan antara menu menu yang Alkisah coba:

Bonjour Hawaiian Pizza 

Setalam Pizza nie berharga RM18
Pizzanya besar, nipis dan crunchy

Bonjour Steak

Steak dia agak besar, Alkisah tak sure berapa Oz.
tapi sekali makan confirm kenyang,
sebab Dagingnya tebal gitu..


Beef Lasagna 


Paling menarik yang Alkisah nak sangat coba adalah
Bonjour Hazel Crunch
Terbaik Toqq..

Bonjour Hazel Crunch

***

So korang dah try ke blom?
Kalau blom, gaji masyukk, korang pergilah try

Selamat Mencoba
Adios Amigos

***

Monday, December 24, 2012

Alkisah 2nd Anniversary

***

Assalamualaikum

3rd Dec 2012 adalah 2nd Anniversary Alkisah
Wahh Gitu..
Jika tahun lepas, Alkisah tak dapat nak berAnniversary sangat dengan my wife
Apatah lagi nak feel honeymoon.

Ye la..
Lepas kawen terus My Wife bunting pelamin
Then 1st Anniversary, Sofea baru berumur 3 bulan lebih.
So memang tak boleh pergi mana sangat.

Jadi 2nd Anniversary nie,
Alkisah plan nak kasi best skit
Ala ala 1st honeymoon.

Alkisah plan bermalam di Bayview Beach Resort, Penang.
Then dinner di Hard Rock Cafe.

Akceli Alkisah memang dah familiar dengan hotel Bayview.
dari kecik lagi kalau Family Alkisah bercuti, mesti stay kat hotel nie.
 Nice dan Murah.
Hotel Bayview in bersebelahan dengan Hotel Hard Rock Penang.
Jadi jika sesiapa yang nak berjimat,
Boleh la stay kat Bayview dan jalan kaki ke Hard Rock Cafe.

Tips:
Bayview Beach, standard hills view murah, booking online je.

Bila Alkisah tiba kat hotel,
Hotel kasi bilik Superior, dimana ada dua permandangan, Hills dan Sea.
Sebab bilik standard dah penuh.
yang lagi best bilik besar, view cantik tapi harga sama standard room.
Terbaik kot..
Then malam tu plak ada event Jazz Festival kat dalam perkarangan Beach Hotel.
Kira dari bilik Alkisah boleh dengar dan tengok sipi sipi la konsert tu.
Memandangkan Alkisah lebih minat Rock.
Jadi malam tu, Alkisah plan nak dinner kat Hard Rock dan layan Band kat sana.

Jom layan picca picca yang sempat Alkisah shoot semasa bercuti di Penang.





 

Bila nak order makanan kat Hard Rock Cafe, 
Alkisah direkemenkan oleh salah sorang pekerja kat situ untuk mencoba
Legendary 10 oz Burger
Burger Bakar yang agak besar dan nice.
Sangat romantik bila burger tu dikongsi bersama si Isteri pada malam Anniversary.

Band yang menghiburkan kitaorang adalah Deviate.
Best ghak band tu, lebih kurang macam band NRG.
Alkisah memang suka layan band music macam nie.

Sofea plak ditinggalkan bersama Atuk dan Opahnye.
Heheh sian Fea, tak pe, sekali sekala
Papa dan Mama pun nak bercanda.

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...