Monday, April 30, 2012

Pisang Goreng

***

Terasa lapaq plak petang petang cengini.. kalau dapat pekena pisang goreng pun sodap ni..

Pisang dah ada, tepung dah ada.. kira ngam laa..

Meh belek belek resipi dulu kat internet.. karang salah buat.. nanti ada orang komplen tak sedap plak..

Pegh!! Pisang goreng Cik Bedah !!!

Cik Bedah pun cik Bedah laaa janji senang..

source: google (sekadar hiasan)


Bahan-bahan yang nak kena bahan ialah:

Pisang // ada...
2 cawan tepung
1 biji telur // telur ada 2 biji.. checkk!!
Garam
Kunyit
Sedikit Air Kapur
Air secukupnya




Cara-caranya:
1. Bancuhkan tepung, telur, garam, kunyit, air kapur dengan air sehingga cukup cair
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali sehingga cukup panas.
3. Celupkan pisang dalam adunan bancuhan tepung dan masukkan dalam kuali
4. Gorengkan sehingga pisang kelihatan kuning keemasan
5. Bila dah nampak agak garing, sila angkat dan toskan ia..


Wahh dah jadi pisang goreng..

Wey bro.. hang buat apa tu...


Lor kau man.. terkezut chek.. lain kali bagi la salam dulu sebelum tegur aku..  hang baru balik kerja ka?? Ni haa aku buat goreng pisang.. nah rasa..


Wah rajin ea kau.. bagus ghak kau off day harini.. save la aku.. balik rumah ada orang sediakan mium petang untuk aku.. dah macam suami isteri dah kita ni kan.. hahaha..


Eee geli la aku..tak dak maknanya.. hari ni aku saja terlebih rajin..

Man terus mencapai goreng pisang yang terhidang diatas meja lalu memasukkannya  ke dalam mulut

Hurrmmmm!!!


Amacam.. nice tak???


Nice... tapi...


Tapii...apsal.. apa yang kurang bro.. cer cerita kat aku.. mayb lepas ni aku boleh perbaiki bagi lagi sedap.. ewahhh.. ada gaya boleh masuk Master Chef tak season depan..


Hurmmm.. aku rasa macam something..

apa yang ko rasa tu.. cer citer cer citer..

Aku rasa makan pisang goreng macam makan ayam goreng KFC


Serious ke brooooo

Jap bagi aku taste... hurmmm ye laa bro... nice kan..


Nice juga....








Eh Man.. aku lupa nak habaq kat hang, aku  pakai tepung yang mak ko bagi haritu.. 



Oohh okay..




What the Hack!! itu tepung Kentucky untuk goreng ayam la bro...

***

Sunday, April 29, 2012

Noktah Hitam 1.0

Apa yang korang nampak dalam gambar dibawah?








Noktah hitam itu adalah Aku

Jarang manusia sejagat bercerita pasal sehelai kain putih

Orang lebih gemar mengkritik setitik noktah hitam

Tahukah anda bawah dengan setitik noktah hitam boleh buat keadaan jadi porak peranda?

Tahukah mereka apa sebenarnya noktah hitam itu?

Serious aku cakap

Don't judge a book by its cover

Sejahat jahat aku

Aku tahu agamaku

Aku tahu batas batasku

Aku punya keluarga

Aku punya isteri

Aku punya anak

Terima kasih semuanya

Jangan percaya akan ku lagi

Aku hanya setitik noktah hitam

***

Noktah Hitam 1.0

***

Saturday, April 28, 2012

Oh My English

***

Speak Better English

Lets Improve



Bagi sesiapa yang nak amik chop, hati hati la lepas nie

Gunakan perkataan Stamp tau..


Bapa Alkisah suka buat lawak "Open" ni, tapi dalam versi melayu

contoh:

"Abah tolong buka lampu sat"


"p amik skru drive, baru boleh abah buka lampu"




Haha totally translate BM to English

Alkisah pun sama je,

contoh:

Colgate, Alkisah akan cakap Col-ga-te, cuba eja dalam bahasa melayu

sengalkan

dan

bila time kelas bahasa inggeris

nak tak nak kena cakap bahasa omputih

contoh:

"teacher, i want to throw small water"

tapi tu masa tadika

sekarang tak la bengap macam tu


Jom kita tengok setiap ahad, 10.00am di TVIQ

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...