Sunday, May 31, 2009

RUKUN

RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikuan solat 5 waktu
3. Membayar zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Mengerjakan haji bagi yang mampu


RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-kitab
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


RUKUN SEMBAHYANG
1.BERDIRI BETUL jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.


RUKUN NEGARA
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan


RUKUN NIKAH
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul


detik hatiku: saja ingat mengingati. aku pun kadang-kadang terlupa juga. hehe

Saturday, May 30, 2009

14 Jam

Ntah nie rekod ke tak aku pun tak tau. Hari khamis malam jumaat, aku rasa tak sempat nak malam pun, aku terus lena di ulit selimut. Bak kata orang dah kahwin, kalau balik awal dari opis petang tue atas sebab nak tido awal, maksud dia ada udang di sebalik mee. Tapi aku hanya ada letih dalam kepala otak. Berat mata memandang, berat lagi badan nak bangun. Berbekalkan donut yang sedap dan burger malaysia berisikan sambil ikan bilis, aku mengisi perut aku sebelum melabuhkan badan di kamar bahtera.

Aku separuh sedar bila kawanku mengajak untuk pergi makan, tapi aku jawab "tak nak". Sedar tak sedar, pukul 12 lebey aku terjaga. perghh layan juga. Aku lihat beberapa rakan aku masih tidak reti nak tido. Aku dahaga lalu aku meminum air. Keletihan membuat aku ke kamar semula, lalu aku tido. Tiba-tiba, lektrik plak takdak, suasana menjadi sedikit gamat tambah (+) sedikit kepanasan sama dengan (=) tak berapa boleh nak tido. Kawan-kawan aku kecoh, diorang pun check rumah jiran. Rupa-rupanya, jiran kitaorang pun tak der letrik. Tidak lama kemudian, letrik pun kembali dengan riangnya membekalkan kipas aku dengan tenaga bagi memudahkan kipas aku berpusing menyejukkan aku, lalu aku tido.

Akhirnya aku tersedar pukul 8 pagi. Aku bangun dan aku melihat jam lalu mengira dah berapa lama aku tido. Plus Minus 14 jam.

detik hatiku: wahh bestnye tido..

Wednesday, May 27, 2009

Pecah Penjara

Berakhir la sudah siri pecah penjara, tak sangka cerita yang mula2 aku jeling2 dari jauh ke pc bob ni menjadi siri drama kegemaranku. Aku start tengok siri pecah penjara nie semenjak aku belajar dekat melaka sampai laa aku pindah belajar kat kl ni dan sampai aku dah bekerja nak setahun jagung. Tak sangka aku boleh layan cerita ni sejak scofield dari luar penjara masuk ke fox river nak selamatkan abangnya sampai laa diorang kuar penjara bersama-sama rakan mereka lari serata amerika hingga la masuk penjara panama dan kuar dari situ dan jadi agent company dan hanya semata-mata nak cari scylla (bukan restoran sila oh sila taww). Nak jadi kan cerita, semalam aku tekad tengok siri tue dari Musim4 Episod 19-Episod22 (kira one shot ar nie). Bayangkan aku tido pukul 4.30 pagi tadi, pergh.. selamba saja.. bangun pagi tadi pun macam nak tak nak, hidung pun rasa panas2 je. Walauapapun, siri pecah penjara nie tetap dihati aku ar, sedih plak tengok ending dia cam tue,tersentuh ghak laa hatiku yang comel nie. Aku rekemen laa korang semua tengok siri nie.

Antara part2 klimaks yang aku suka semalam:

Part Burrows bukan abg Scofield
Kristina: Burrows tu bukan abang hang, Mak Bapa dia kerja kat company juga tapi mati kat manila. Kami yang menjaganya.
Scofield: Ohhh tidak (sambil memengang kepala, sedih dan pening2), tapi Burrows telah jaga aku dari kecik, sekolahkan aku sampai aku jadi pandai cam nie. Bukan macam mak.


Script ini telah diterjemahkan dalam bahasa utara, ayat2 dia lebey kurang cam tue la.. sorry laa kalau ada salah dan silap, banyak lagi part2 best yang tak dapat diterjemahkan dalam blogs ini. Korang kena layan sendirik k..

Part yang tak der dalam siri Pecah Penjara
Scofield: Mak, Cek dah terlanjur.
Kristina: Dengan siapa?
Scofield: Sara mak.
Kristina: OOhh!! mak faham, mak dulu pun terlanjur dengan bapa hang juga.
Scofield terkesima lalu memeluk mak dia sambil nyanyi lagu "Terlanjur Cinta" nyanyian rossa feat pasha.



detik hatiku: siri apa plak aku nak layan lepas nie.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...