Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Perang Manifesto Sudah Bermula

***



Semenjak pembubaran Parlimen minggu lepas.

Janji janji manis mula berkumandang.

Masing masing mula jadi expert dalam Manifesto.

Berhujah sana sini, mengalahkan Ahli Politik yang bertanding.

Ada yang buat kiraan matematik dalam masa sejam dalam pengiraan Penurunan Harga Kereta.

Ada juga tetiba rajin merobek arkib arkib negara untuk membuktikan siapa tiru siapa.

***

Kini..

Panji panji parti telah pun tegak berdiri di kawasan kawasan perumahan.

Jangan kita terlalu taksub dengan sesebuah parti

sehinggakan menolak mentah mentah Parti lain.

***

Aku lebih suka membandingkan kedua buah Parti.

Dua dua ada kelebihan dan kekurangan.

***

Kita ada akal untuk berfikir,

"Buang yang Keruh, Ambil yang Jernih, Baru teguh Peribadi" 
- P.Ramlee

***

Benda ini PENTING.

Kerajaan yang kita pilih adalah kerajaan yang bakal memimpin kita ke arah kesejahteraan kita dan anak cucu di masa hadapan.

Aku tak nak pemimpin aku seorang pembunuh, perogol, peliwat, penjenayah, pemberi / penerima rasuah, penyeleweng wang rakyat, dll.

Aku mahu pemimpin negara,

seorang yang boleh memimpin kita ke arah jalan yang Benar dan diredahi oleh Allah.

***

Jadi,

Kuasa ditangan Anda

Selamat Mengundi.

***

Tuesday, February 26, 2013

Poh-Lee-Tick?

***

Kerana ini, negara huru hara
Kerana ini, bangsa berpecah belah
Kerana ini, sedara berbalah

Kerana ini
Aku Benci

Ada apa dengan Poh-Lee-Tick?

Aku tersentap
Bila bangsa lain lebih arif

Aku bangkit
Sedar akan kepentingannya

Tapi Aku,

Aku tetap Benci..

Kerana ini, semuanya permainan
percaturan
kotor
jijik

Pada siapa yang perlu Aku rujuk?

Kini
Aku bagai berada di Siratul Mustaqim
selamanya..

Tolonglah wahai sekalian
Aku buntu

Selama ini
Aku seperti katak bawah tempurung
Lari dari propaganda
Mataku pejam dari segala penipuan
Telingaku pekak dari tohmahan fitnah

Deria otakku berfikir

***

Media
Perlukah Aku percaya pada mu?

Serangan berterbangan berbentuk peribadi
Fitnah bertaburan di sana sini


Putaq Alam..

Bagus!!
Kau buat Aku berfikir
mencari kesahihan

Sangat berbeda..

Aku pelajari sesuatu,
Manusia ini Hipokrit

Kau buat Aku buntu,
Siapa yang benar & Siapa yang salah

Memang..

Memang bukti berleluasa
Tapi
Hanya Allah
Maha Mengetahui


***

Ingatlah wahai sekalian

"Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang 

Nenek moyang kaya-raya 
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa di antara kita 
Kita lenyap di arus zaman 

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya 
Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Kita kan merintih sendiri 
Jangan buang waktu lagi 
Majulah raih sebuah mimpi 
Hapuskan sengketa 
Teruskan usaha 
Kita kan gagah di nusantara 

Kita kan gagah di pentas dunia"


***

Aku tidak mahu
Agamaku diperkotak katikkan

Aku tidak mahu 
Bangsaku mengadaikan tanah sendiri

Yang berkuasa, berleluasa
Yang tidak, ditindas pula

Ingatlah,

Setinggi mana kita terbang
Ke dalam tanah jua kita kembali

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...