***
Semalam, Alkisah keluar makan bersama keluarga terchinta, sempena sambutan Anniversary Mak dan Abah Alkisah
Alkisah bawa diorang makan di Mr Steak House Sect 13 Shah Alam.
On The Way nak parking kat Laman Seri Business Park,
Tetiba...
Ada plak kereta Audi putih nak keluar secara mengejut
Apa lagi kitaorang semua pandang mamat dalam kereta dengan muka nak bengang
Tapi....
"Eh.. Anuar Zainnnnn..."
Masing masing jerit dalam kereta..
Semua tak jadi bengang
Malah
Siap senyum lagi..
Apa lagi Anuar Zain yang mula mula terkejut sebab kereta Alkisah lalu
balas senyuman tersipu sipu malu.
***
Bila dah duduk kat meja
Alkisah saja buka cerita pasal Anuar Zain
Alkisah: Ishh kalau lah Anuar Zain terlanggar kereta aku kan best..
My Wife: A'a.. confirm I akan cakap kat Anuar Zain "Sorry My Husband yang Salah".
Akak Alkisah: A'a Sorry Adik I salah bawa kereta tak pandang kiri kanan.
ApekaH!!
Huh
Dasar Wanita
Alkisah hanya mampu sengih senipis nipisnya
***
Abah Alkisah: Kalau dia langgar kereta Abah, confirm Abah tak kenal sapa dia tu..
***