Showing posts with label finger linkin' good. Show all posts
Showing posts with label finger linkin' good. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

Finger Linkin' Good #2

***

Kita lupakan cerita pasal Customer gaduh kat KFC

Kita lupakan cerita pasal sapu Ayam KFC kat tapak kasut

Kita lupakan cerita pasal voucher KFC yang sepatutnya valid sampai January 2012 tapi habis stock sehari selepas voucher itu keluar.

Hari ini Alkisah nak cerita

pasal 2 orang sahabat Ahmad dan Abu (bukan nama sebenar)

Cerpennya bermula begini

***

Matahari kian memuncak menyinari terik dari langit memancar cahaya menyembah ke bumi. Langit biru tenang dan lapang tanpa sebarang awan awan nano kelihatan. Suasana agak riuh rendah disekitar kawasan pejabat Ahmad dan Abu dengan bunyi deringan phone tanpa henti.

Perut Ahmad tiba tiba berkeroncong. Ahmad toleh rakan sebelahnya iaitu Abu yang sibuk melayari facebook.

Ahmad jabb Abu di office communicator .

Ahmad: Bro ko tak lapaq ka
Abu: Lapaq ghak. jom p makan
Ahmad: Jom

Lantas segara Ahmad dan Abu keluar untuk makan tengahari bersama. Seperti biasa, sambil menuju ke kereta Ahmad, mereka pasti akan berbincang pasal.....

Ahmad: Bro nak makan mana harini
Abu:  Apa kata kita makan KFC harini
Ahmad: Oraite ghak tu, asyik makan nasi tiap tiap hari, boring ghak.

Sementara menuju ke restoran KFC, mereka banyak menghabiskan masa dengan berborak kosong mengenai bola sepak tempatan dan luar negara. Borak punya borak punya borak diorang tiba di restoran KFC tanpa sempat nak bergosip tentang nama baru artis Shahrizal Jaszle.

Kaunter KFC nampak lengang, Ahmad dan Abu jalan bersahaja ke kaunter yang ada awek cun bernama Anis (bukan nama sebenar)

Anis: Hai selamat tengahari, nama saya anis, Abang nak makan sini or takeaway
Abu: Ermm, makan sini

Mata Abu dan Ahmad meliar melihat offer dan meal yang tertera pada kaunter.

Abu: Bagi abang, set zinger burger satu, air kasi Miranda Strawberry
Anis: Ok.. Abang plak
Ahmad: Abang nak set snack plate, air Pepsi.
Anis: OK total dia....

Ahmad dan Abu pun sambung berborak sambil Anis menyediakan makanan mereka.

Tiba tiba Ahmad memanggil Anis dengan suara yang kuat.

Ahmad: Dik dik dik.. Abang tak nak Peha, Abang nak 2 Tetek Ayam..

Suasana di KFC tersentap dan sunyi seketika diselangi bunyi cengkerik. Anis toleh lalu merenung tajam mata Ahmad, mata mata liar kelihatan dari dapur KFC, kerusi sang supervisor terundur sambil mata si supervisor memandang muka Ahmad dengan senyuman sinis.

***

Based on true story, tapi ditokok tambah bagi menyedapkan jalan cerita

Kalau cerita ini tak sedap, sila abaikan nota diatas

***


Wednesday, February 8, 2012

Finger Linkin' Good


***

Kecoh kecoh kecoh

satu malaysia

pasal isu budak KFC belasah Customer

sebab musabab hanya orang yang ada kat situ saja yang tahu

Bukan dapat rasa

Finger Linkin' Good

tapi dapat rasa

Punch Lookin' Good

***

Bagi Alkisah

yang pernah kerja dekat fast food restoran

benda benda ni normal

kedua dua pihak boleh jadi baran

kalau ada benda tak kena

salah satu pihak haruslah mengalah

kalau tak

memang gaduh yang kita nampak

***

Customer is always right 

tapi tak perlu maki maki depan orang ramai kalau tak puas hati

Based on pengalaman Alkisah

Kalau service lembab nak mampus

Senang saja

kitaorang pergi kaunter terus bayar apa yang kitorang dapat & makan

Makanan tak sampai

walaupun diorang cakap tengah masak

kitaorang buat bodo,

yang penting bayar dan blah

boikot terus kedai tu

akceli pakcik kedai tu salah sebab tertinggi suara kat salah sorang member Alkisah

memang silap la

masa tu kitaorang darah muda 

hati cepat panas kalau tersentap

Last last kedai tu tak maju dan tutup

***

Bagi pihak pekerja fast food or slow food or what so ever

nak tak kena senyum

kalau tak puas hati sangat sangat 

Yang kaki gaduh boleh

tarik pergi lorong belakang

yang kaki silent killer

makanan Customer akan rasa ludah pekerja

Wohaa

Beware !! Dont be so fussy

***

Walau apapun Alkisah nak balik makan kat rumah

Mywife masak sambal sotong

Dont be jelous 

okay

Haaa sapa suruh korang tak kawen 

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...