Showing posts with label arsenal. Show all posts
Showing posts with label arsenal. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Cerita Arsenal awal musim 2014/2015

***

Hari Sabtu, mesti tak ramai yang datang visit blog aku apatah lagi cerita pasal bola. // ewahh macam la hari hari orang datang visit kan..

Baru-baru ini skuad Arsenal bergabung piala dan pemain bagi sessi fotografi kenang-kenangan pada awal musim. Nampak tak?  belum apa-apa lagi dah ada 3 piala.

 Ini adalah barisan pemain yang baru masuk Arsenal pada musim 2014/15

So far Chambers, Sanchez dan Debuchy sudah main dalam beberapa game pada bulan Ogos yang lalu dan mereka menunjukkan aksi yang memberangsang lagi mengiurkan.Di bahagian pertahanan, Chambers walaupun masih muda tanpa cara permainannya sangat matang, manakala Debuchy pula lebih bersinar dari Sagna. Di bahagian serangan, Sanchez menunjukkan skill kawalan bola dan larian lipas kudung yang sangat awsome boleh membuatkan pemain pertahanan lawan agak goyah, Keeper Ospina masih belum beraksi kerana baru baik injured manakala pembelian minit terakhir Arsenal pada kali ini adalah Danny Welbeck pemain muda Man Utd menjadi tumpuan umum ramai. Sememang Arsenal perlukan striker yang muda, berani, laju dan perkasa. Ini semua gara-gara si Giroud injured selama 4 bulan dan Sanago masih lagi longlai. Pelbagai nama timbul sebelum tarikh tutup pembelian. Akhirnya, Falcao ke Man Utd dan Welbeck ke Arsenal. Rata-rata bekas pemain Man Utd dan England agak kecewa dengan keputusan ini tapi apakan daya Wenger lebih bijak dari segi pembelian pemain. Dari membayar seorang star yang baik injured dengan gaji yang mahal dan statusnya loan, baik melabur sedikit wang untuk membeli player muda yang berpatutan harganya.

Permainan Arsenal masih lagi terumbang-ambing, para pemain masing-masing masih mencari rentak. Ketika ini, ramai juga player yang dah mula pulih dari kecederaan. Semoga mereka-mereka ini fit sehingga May 2015.

Harap-harap game malam ini, Player arsenal memberi persembahan terbaik seperti mereka kalah City ketika community shield.

***

Friday, September 13, 2013

Ohhh Ozil..

***

Sekitar bulan 6,7 dan awal bulan 8, Ivan Gazidis dan Arsene Wenger dikecam hebat oleh media dan peminat arsenal sendiri, atas memberi harapan besar untuk berbelanja besar pada musim baru ini.


Apatah lagi, meberitahu dunia bahawa mereka mampu mampu membeli dan membayar gaji pemain seperti Rooney.


Hari demi hari berlalu, media dan fan digembar gemburkan dengan berita Higuain bakal menjadi pemain arsenal. Ini semua kerana bapa beliau sendiri bawa memberi statement pada media.


Harapan.. harapan menjadi layuuuu - Hyper Act -Harapan

Harga Higuain dinaikan, Arsenal hanya membida £23m, tapi Napoli membida £34m


PencariaN demi pencarian diteruskan, tapi hanya 2 free player juga Arsenal dahulukan

Yaya Sanogo: Arsenal sign French Under-20 striker from Auxerre

Mathieu Flamini: Midfielder returns to Arsenal on free transfer


Yaya Sanago who?? aku tak kenal pun, ok abaikan

Flamini, bagi aku bagus, atas sebab kerajinan beliau diatas padang. Amat berguna jika player seperti Arteta injured dan Diaby yang sememangnya terkulai

***

Persembahan Arsenal ketika friendly di Asia amat memberangsangkan tapi apabila mengharungi piala Emirates, mereka gagal membuktikan sesuatu. Cuma friendly terakhir, mereka berjaya menundukkan Man City di Helsinki.

***

17 September 2013, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 3-1 ke atas Aston Villa di laman sendiri.


Perasaan Fans mula gelisah, dengan keadaan ramai player injured dan dijual. Board dan AW masih berdiam diri dan focus pada perlawanan Champions league. Baginya kekalnya team Arsenal di Champions league adalah faktor kehadiran pemain ke Arsenal.

Arsenal mula bangkit dan bersinar dengan ketejaman Giroud, keserasian beliau bersama Walcott dan kelincahan Ramsey mula membuka mata Fans, apabila Arsenal berjaya layak ke peringkat kumpulan setelah menewaskan Fenerbahce dan juga berjaya menewaskan Fulham di EPL. Jarak masa permainan sungguh ketat tapi mereka berjaya melakukannya dengan baik. 

Sebelum melabuh tirai "Transfer Window" spekulasi demi spekulasi dipaparkan oleh media. Akhir perlawanan North London Derby, AW memberi ayat "Maybe we’ll have a good surprise for you.” berserta dengan senyuman sinis.


***

Akhirnya, Arsenal berjaya mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Mesut Ozil, setelah Bale sah menjadi milik Real Madrid.

Kini terbukti, Arsenal mampu berbelanja besar tanpa berhutang.




"Jaga cik Salmah"

Tak sabar aku nak tengok game hujung minggu nie

Wehuu

"Come on You Gunners"

***

Saturday, July 14, 2012

Football Jersey 2012/13 - Failed

***

Ini adalah Jersey Bola yang bagi Alkisah agak Serr...




Dah macam kain pelikat

boleh pakai untuk raya nanti




Kaler tak boleh handle


***

Musim 2012/2013

Kenapa diorang suka color maroon ??



***

Adus failed..

Thursday, June 14, 2012

Cerita Arsenal 2012/2013 #1

***


Walaupun orang dok sibuk pasal EURO 2012

tapi Alkisah tidak lupa akan latest update dari kem Arsenal.

Sebagaimana yang kita tahu, Arsenal telah mendapatkan khidmat Podolski untuk beraksi

pada musim hadapan

Akan tetapi, Van Persie tetap memberi tanparan hebat pada board Arsenal dengan tidak menandatangani kontrak baru walaupun dah ada Podolski depan mata.

Semalam Chairman Arsenal, Peter Hill Wood telah pun bersuara;

"He is vital to us and has been an extremely good captain," 


"But if somebody comes along and offers Robin £250,000 a week then I am afraid we cannot compete with that."


"With players, you never know what they are going to do. Some players say they want silverware but when they have the chance to earn extraordinary money that has been pumped into the game, then you just have to hope they will stay because they are happy and loyal where they are"


"There are players like Ryan Giggs and Paul Scholes at Manchester United who have been loyal to one club but players like that are few and far between."


"Hopefully we can reach agreement with Robin and ideally he will extend his contract."

***

Disitu dah nampak kebangangan Board Arsenal

Mereka telah surrender awal pasal Van Persie.

Jelas apa yang Van Persie mahukan adalah Kejuaraan.

Nampak macam simple tapi mendalam maksudnya.

Untuk menjadi juara, kelab harus melabur.

Melabur dengan membeli player player yang mampu menggalas team untuk menjadi Juara.

Kalau nak ikutkan Manchester City, pelaburan yang berjuta juta pound telah membuahkan hasilnya.

tetapi Arsenal masih berpegang pada polisinya.

Melabur Seringgit, Mau Untung berjuta juta

***

Bagi Alkisah,

Arsenal macam sebuah company yang hanya mahu untung tapi tak peduli tentang harapan pekerjanya.

Alkisah bagi contoh:

"Company A untung, tapi baru baru ini orang atasan memberi tahu pengambilan pekerja baru dibekukan.


Jadi sesiapa yang keluar dari Company A, maka tiada pengambilan baru untuk menggantikan tempat pekerja itu.


Jadi, bila ramai expert dah keluar, Company A akan untung lagi besar, sebab income tetap sama, tetapi bayaran gaji kurang. Maka disitu, Company A untung berlipat kali ganda.


Apa yang senak adalah perkerja bawahan yang bertungkus lumus berusaha, dah la pekerja kurang, workload bertambah.


Orang atas bukanya kisah pun, Apa yang diorang tengok setiap kali meeting, hanyalah chart keuntungan.


Bila rugi, diorang akan fikir macam mana nak untung.


Bila dah untung, diorang akan fikir macam mana nak lagi untung.


Bila pekerja bawahan tanya pasal bonus, Orang atasan pekakkan telinga


Kadang kadang pekerja ni bukanlah nak bonus sangat.


tetapi diorang nak perhatian, Adakah orang atasan ni, hargai mereka atau tidak


Kalau ada bonus, itu dikira memberi impak positif pada pekerja itu sendiri.


Kalau tak, pekerja akan buka jobstreet cari kerja lain.


Jadi bila pekerja dah bosan dengan orang atasan,


Dah lah pekerja yang Expert blah, diorang tak counter.


Apatah lagi nak counter pekerja yang tak expert.


Mesti perkerja lain pun akan frust, lalu angkat kaki ke Company lain yang lebih bagus.


Hanya yang tinggal, perkerja fresh graduate


Bayaran gaji murah, workload tinggi, untung banyak tapi Company dalam keadaan berisiko"

***

Begitulah ceritanya

Sama je pemain bola dengan pekerja Company A

Mungkin sesetengah berpendapat bahawa Arsenal bagus

sebab dengan budget yang kurang mereka tetap berada di tangga ke-3 liga

lalu masih mampu melayakkan diri ke Champions League

Ye, memang betul

kita sebagai peminat tidak rasa apa yang player rasa

Mereka bermati matian bermain untuk archive target.

Mereka juga mahu bersorak kemenangan

seperti mana Chelsea dan Man City buat musim lepas.

Pusing satu town, naik bas tayang piala

Minum beer beramai ramai sambil menyanyi lagu Queen "We Are The Champions"

Tapi bila Chairman awal awal lagi dah surrender

dan kini, hanya tinggal adalah keputusan Van Persie

maka dengan confirmnya Alkisah yakin Van Persie akan blah lepas EURO 2012

tunggu dan lihat sajalah.

Ada ura ura mengatakan bahawa Olivier Giroud akan join Arsenal.

Sapakah dia tu?

Adakah kebolehan beliau boleh menarik minat Van Persie untuk stay

Atau beliau mampu menggantikan tempat Van Persie bila dia dah blah nanti

***

Apa yang Alkisah harapkan

Board Arsenal akan buat sesuatu supaya Van Persie stay dengan Arsenal

cukuplah dengan pemergian kapitan Viera,  King Henry, dan Fabregas.

Morale player lain boleh down bila Kapitan mereka blah dari pasukan

Then mereka perlu mengambil masa untuk serasi dengan Kapitan baru nanti

***

Just My Thoughts

Jumpa lagi dalam next entri pasal Arsenal 2012/2013 #2

***

Thursday, May 17, 2012

Podolski at Arsenal

***
source: Arsenal.com


***

Good Luck Lukas

See you in Malaysia

Wehuu !!

***

Monday, May 7, 2012

ARSENAL'S NEW HOME KIT

***

source: Arsenal.com

Amacam, cantik tak jersey baru Arsenal untuk next season?

Serious Alkisah cakap

Tang tangan tu dah cun

cuma tang koler tu macam tak berapa nak berkenan

itu cuma pendapat Alkisah, tapi kalau hangpa berminat

hangpa boleh layari : Arsenal Reveal Home Kit 2012


***

Sesungguhnya, Arsenal punya misi yang lebih penting dari cerita pasal jersey untuk next season

Apa yang penting, kukuhkan position di tempat ke-3 dan layak ke Champions League

***

Meskipun, pada sabtu lepas

Dah terang lagi bersuluh, Arsenal mensia-siakan peluang yang terhidang di depan mata

Sekadar seri di Emirates bukan sesuatu yang baik.

Takkan nak harapkan team Spurs dan Newcastle drop point juga.

Ini kerja gila namanya.

Tetapi

sebagaimana yang kita tau

Semalam

Newcastle tewas 2-0 kepada Man City dan Spurs seri dengan Aston Villa


sekali gus membuatkan ranking liga EPL tidak berubah

nasib masih menyebelahi Arsenal untuk kekal ditempat ke-3

Bagi tempat 1&2

Man City & Man Utd masing masing masih merebut peluang untuk menjulang piala EPL


13 Mei 2012

menjadi penentu segalanya

Team manakah yang bakal layak menjulang piala EPL?

Team manakah yang layak untuk menyertai Champions League?

dan

Team manakah yang bakal relegate?

***

Come On You Gunners

***

Friday, May 4, 2012

Akhir Musim EPL 2012

***

Takala La Liga telah pun kita ketahui Juaranya


Begitu juga dengan Eredivisie


dan juga Bundesliga 


tapi di EPL

Pialanya masih tercari cari lagi

Kelab manakah yang layak menjulangnya



Ranking 1 & 2 , di antara kelab Man Utd dan Man City, kedua duanya mempunyai point yang sama tetapi mereka dibezakan dengan jaringan gol. Jadi diantara ke-dua dua kelab nie, Hang pa rasa, siapa yang layak menjuarai liga EPL?

Bagi Alkisah, kalau nak ikutkan performance, Man Utd layak menjadi juara kerana 2 baki terakhir perlawanan mereka adalah menentang Sunderland dan Swansea. Ye perlawanan mudah buat Man Utd berbanding Man City, dimana mereka perlu mengharungi perlawanan sukar yang memaksa mereka berhempas pulas menentang Newcastle pada hujung minggu ini. Newcastle juga mahu tidak mengalah merebut tempat ke 3 atau ke-4. Perlawanan terakhir Man City tidak kurang hebatnya iaitu QPR. QPR juga mahu menentang habis habisan supaya mereka tidak tergolong diantara 3 kelab tercorot EPL. 

Perebutan tempat ke 3 & 4, memang dah macam pisang goreng panas. Arsenal, Spurs, Newcastle dan Chelsea, masing masing perlu menang kedua dua baki perlawanan. Kalau tidak, punah harapan mereka. Arsenal dan Spurs mempunyai jalan mudah, tetapi tidak semudah yang boleh kita sangkakan, karang lain pulak jadinya. 

Bagi Newcastle, perlawanan menentang City adalah penentu segalanya, Selepas mereka membelasah Chelsea tempoh hari, pretasi mereka kita tidak boleh ambil remeh. Lawan tetap lawan.

Chelsea pula tidak kurang hebatnya, walaupun bakal menentang Liverpool pada perlawanan ke-37 yang belum tahu apa kesudahan, menang atau tidak, sama sama lah kita tengok nanti. Kalau Chelsea kecundang, mereka masih mempunyai FA Cup, dimana Finalnya menentang Liverpool.

Hurrmm Liverpool lagi..

Tapi apa ada hal, Liverpool dah menang satu cup musim ni iaitu League Cup. At least won something rather than nothing kan.. YNWA..

Chelsea plak mempunyai extra cup untuk dijulangnya iaitu Champions League. Lawannya pulak bukan calang calang team, dah la lawan Bayern Munich dan tempat perlawanan akhir tu plak dengan Home ground Bayern iaitu Fußball Arena München. So apa prediction korang?

Andai kata, Chelsea tidak tergolong dalam golongan top 4 EPL, tetapi jika mereka menjuarai Champions League Cup, sesungguhnya mereka akan layak secara automatik dan team yang berada di ranking ke-4 bakal menyertai Europa League manakala team ke 5 hanya boleh berputih mata.

Menarik bukan EPL musim ini? lagi 2 game je tinggal. Alkisah rasa tarikh 13 Mei adalah penentu segalanya.

Jom sama sama 

Kita

Duduk dan Tonton

EPL 2012

pada 

13 Mei 2012



Harap harap Arsenal kekal tempat ke-3

Come On You Gunners !!

***

Sunday, March 25, 2012

Arsenal terus bangkit

***

Arsenal mengambil kesempatan apabila keputusan perlawanan antara Chelsea dengan Tottenham terikat seri 0-0, lalu memberi jalan mudah untuk Arsenal untuk mengukuhkan tempat ketiga dalam Liga Perdana. 

Kieran Gibbs menjaringkan goal pertama pada minit ke-16 dan Theo Walcott menambah untuk gol kedua sebelum sepakan percuma Mikel Arteta pada minit minit terakhir perlawanan lalu melenyapkan harapan untuk Aston Villa bangkit.

 
 


Barclays Premier League table 2011-2012

PosTeamPWDLFA+/-Pts
1Manchester United29224373274670
2Manchester City29223471215069
3Arsenal30184861392258
4Tottenham Hotspur30167753351855
5Chelsea30148849341550
6Newcastle United2913884141047
7Liverpool30119103631542
8Sunderland30117123934540
9Everton30117123032-240
10Swansea30109113436-239


Wohaa, Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-3 liga lalu menjurangkan team Arsenal sebanyak 3 mata dengan Spurs.

Pabila Alkisah tengok baki 8 perlawanan Arsenal untuk musim ini, ada kemungkinan Manchester City dan Chelsea yang akan membuatkan Arsenal drop point, tapi tahap keyakinan Alkisah tinggi dan berpendapat bola itu bulat, apa apa pun boleh terjadi, yang penting Arsenal maintain fokus setiap perlawanan sehingga titihan peluhan terakhir pada 13 May.


31SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAQPR

April



08SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHManchester City

11WedAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAWolverhampton W.

16MonAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHWigan Athletic

21SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHChelsea

28SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAStoke City

May



05SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHNorwich

13SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAW.B.A.


***

We Love you Arsenal, We Do
We Love you Arsenal, We Do
We Love you Arsenal, We Do
OOOh Arsenal We Love you

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...