Showing posts with label Siri Meremang Bulu Roma. Show all posts
Showing posts with label Siri Meremang Bulu Roma. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Siri Meremang Bulu Roma #3

***

Kisah ini terjadi pada ahad lepas. Real tak tipu punya cerita.

Pada siang hari, aku rasa kurang sihat. Semenjak letusnya Gunung Berapi Merapi, aku rasa diri aku lemah badan, demam, batuk dan juga selsema secara tiba tiba. Aku rasa antibodi dalam tubuh badanku tidak cukup kuat untuk menggalas tugas harian aku sebagai manusia.

Tinggal beberapa minggu lagi aku akan bakal mendirikan masjid. Jadi aku perlu bersiap sedia melengkapkan diri aku dari segi fizikal dan mental.

Tunangku ingin melangsaikan hajatnya untuk membeli hantaran untukku. Jadi dari awal pagi lagi aku dengannya bertolak ke Kotaraya untuk membeli belah. Terbelah juga kad bank dia sebab beli barang hantaran sekali gus. Kami memilih untuk ke Sogo dan tiba di Sogo dalam pukul 9.50 pagi. Sogo pun tak buka lagi ketika itu, tetapi ramai juga orang sudah menanti di luar. Tak sangka betul. Korang pernah pergi Sogo masa dia buka pintu jam 10 pagi tak?. Special babe. Ada dua minah Sogo akan keluar berdiri di depan pintu Sogo sambil berkata " Selamat Datang ke pusat membeli belah Sogo, dan....." sambil tunduk ala ala pramugari jepun. Ada style la.. Respon Relaks Respek pada Sogo, menghargai pelanggan yang tiba awal. Arigto.

Proses pertama adalah membeli Perfume kemudian Belt dan akhir sekali baju. Selesai juga akhirnya, walaupun kitaorang dalam keadaan kurang sihat. Hantaran tetap diutamakan.

Aku kepenatan lalu, jadi aku pulang awal.

Sampai saja dirumah, aku merebahkan badanku di atas katil dan sekali gus terus di buai mimpi.

Aku tersedar bila kakak aku call, tanya aku "Elo, hang nak makan apa?, aku kat Vichuda".

Aku cuma cakap nasi goreng paprik, lantas aku melenakan diri semula.

Tiba tiba..

Aku dengar ada orang masuk dalam rumah. Kedengaran ia seolah olah jalan terhegeh hegeh ke depan pintu bilikku lalu ia membuka pintu sambil berkata,

"Hang ok tak? nasi ada kat dapuq". Rupanya kakak sudah pulang.

Aku bangun cuci muka dan terus ambil nasi dan makan. Aku hanya mampu makan suku daripada nasi goreng itu. Tampak jelas aku tiada selera untuk makan.

Aku minum segelas air dengan sebiji pil panadol lalu aku baring semula.

Aku cuba merehatkan mataku sambil memeluk bantal didadaku.

Tiba tiba..

Kedengaran angin meniup kencang.. tin kosong terperlanting di muka bumi dan aku dapat rasakan ada sesuatu masuk melalui tingkap bilikku.

Lalu aku rasa seperti bantal putih menutupi dahiku.

Aku cuba toleh ke tingkap tetapi tidak berjaya.

Aku cuba mengalihkan benda di atas kepalaku juga tidak berjaya.

Lantas aku azan sekuat hati ku.

Aku bersyukur ke hadrat illahi. Akhirnya aku pulih seperti biasa. Kedengaran kesayupan suara azan aku di telinga.

Nampaknya aku dihimpit lagi.



Tips # Jikalau terjadi pada anda, cuba tenang dan azan. Insyallah Allah akan membantu anda.


***

Thursday, April 22, 2010

Siri Meremang Bulu Roma #2

***

Pada suatu malam, aku di paksa menemani tunangku di spital. Lumrah seorang perempuan yang sentiasa perlukan perhatian. Jadi aku dengan selamba dengan berbekalkan apa yang ada, aku teman dia.

Terima kasih kepada G-bum dan Qiah kerana sudi melawat kitaorang di spital. Tak kering gusi kitaorang berborak. Macam macam cerita keluar kalau kitaorang jumpa. Kalau tak anyam ketupat memang tak sah, diselit pula dengan cerita rahsia kerajaan dan "File yang Hilang".

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30mlm. G-bum dan Qiah masing nak mengundurkan diri. Mereka tampak keletihan kerana datang melawat kitaorang selepas waktu kerja Kini, tinggallah kitaorang berdua bersama makcik kat sebelah yang tengah asma.

Seronok plak aku duduk kat spital nie. Aku dapat tegok cerita Adamaya, Asamaradana, Hotel Mania, Senario dan last sekali tengok Supernatural. Tengok cerita last tu dah siap terpejam pejam lagi mata aku. Jadi aku ambik keputusan untuk tutup je TV.

Sedar tak sedar aku dah pejam mata dan aku rasa jam belum lagi menunjukkan pukul 12 malam. Bilik kat spital kat situ memang gelap.

Sedap aku layan mimpi. Tiba tiba...

Aku tersedar.

Aku memandang ke arah tunangku.

Aku memanggilnya tapi suara aku tak lepas.

Aku cuba menggapainya tapi tangan tak sampai.

Aku seolah olah dihimpit macam nasi himpit.

Aku terus azan menggunakan hatiku lalu aku terus terlena.

***





Monday, November 16, 2009

Siri Meremang Bulu Roma #1

***
Malam hari itu seperti biasa. Aku bersama rakan bersantai di rumah. Kami tak ke mana pun pada hari tersebut. Kami cuma membuat hal masing-masing seperti bermain game, berchatting dan berfacebook.

Hujan mulai turun renyai-renyai membuatkan suasana menjadi suram sejuk. "Syok nya kalau tido time nie" detik hatiku.

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Kedua-dua rakanku telah pun melabuhkan diri mereka dikamar masing. Tinggal la aku kesorangan yang masih leka bersurfing di dunia internet yang serba maya ini. Penuh dengan gosip,gambar dan hidupan liar. Tak cukup dengan itu. cerita ceriti blogger banyak menarik minat aku untuk membaca.

Bak kata Pie "Mata macam ada gam". Aku dah tahan lagi. Bantal aku dah memanggil manggil. Aku terus dakap bantal yang agak masam itu lalu tido kat tempat Bob.

Setelah 5 minit aku baring di tempat Bob, rupanya aku masih lagi tidak dapat tido, terasa diri aku macam ada penyakit insomnia la plak. Aku berpusing ke kiri dan kanan tapi masih lagi tidak dapat tido. Aku cuba pejamkan mata sambil mendiamkan diri dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa yang boleh membuatkan adik aku bangun.

Tiba-tiba..

Aku terdengar sesuatu yang agak-agak korang pun tak nak dengar. "Alamak bunyi apa plak nie" detik hatiku yang terdengar sesuatu di dapur rumah sewaku. Aku bukakan mata dan mahu memandang ke arah dapur tapi aku enggang berbuat demikian kerana terlintas aku terkenang cerita Jangan Pandang Belakang dimana neneknya sedang makan nasi dengan gelojoh ketika Darma ke dapur, lantas terus melupakan hajat aku itu. Bunyi seperti benda mencakar semakin kuat kedengaran. Aku memandang rakanku di sebelah dan ingin mengejutkannya tapi keegoan aku setinggi KLCC, lalu aku pejamkan mata sambil menutup mukaku dengan bantal.

Suasana hujan renyai ini membuat kaki aku terasa sejuk.

Hati aku gundah gulana. Aku merasakan sesuatu sedang bergerak mendekatiku. tapi aku buat-buat tak faham. Aku cuba berfikiran positif. Semakin lama semakin dekat benda itu meniti menghampiri aku....

Zaapppp...

Ada sesuatu hinggap di atas kaki ku.

Aku lantas bangun sambil hati aku berdegup selaju 240km/j.

Aku terkejut kerana ada seekor benda putih sedang berada dia atas kaki ku ini. Aku bertentang mata dengannya lalu ia mengalah sambil mengeluarkan bunyi..

Miawww...

Seram sejuk aku masa itu. Terasa macam gampang pun ada. Selamat kucing putih yang duduk atas kaki aku kalau kucing hitam mau pengsan aku masa tu. Aku bangun dan terus membuka pintu sambil menghalau kucing putih itu keluar. Aku cuba periksa dan mendapati tingkap di bilik depan terbuka luas. Haishh sambil menarik nafas lega.

***

moral of the story: jangan lupa tutup tingkap sebelum tido.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...