Showing posts with label Running Man. Show all posts
Showing posts with label Running Man. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Running Man mai Malaysia 1st Nov 2014

***





Race Start Season 2 in Malaysia 

Mereka kembali ke Asia setelah kejayaan yang menakjubkan ketika Race Start Running Man bertemu peminat di kota Singa tahun lepas. Kini ONE HD mempersembahkan Race Start Season 2 di Malaysia dalam bulan November. Buat pertama kalinya, 4 anggota dari the urban variety show – Kim Jong Kook, HAHA (Ha Dong Hoon), Song Ji Hyo and Ji Suk Jin, akan berkumpul di Kuala Lumpur selama 2 jam. Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik akan berlangsung. 

Pemegang ticket VIP (RM729) akan menerima pass autograph secara ekskulusi, dimana mereka berpeluang untuk berjumpa dengan artis Running Man dengan lebih dekat. 

Race Start Season 2 in Malaysia dianjurkan oleh ONE HD & Urbanworks Multimedia & Entertainment, dengan sokongan dari Red Bull No.1 Energy Drink di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Race Start Season 2 in Malaysia, rajin rajinlah layan ONE HD on Astro Ch 393; log on the ONE website: www.onetvasia.com; or follow ONE on Facebook:www.facebook.com/ONETVASIA and Twitter: www.twitter.com/ONEtvasia.



***

Bila tengok harga tiket, persembahan mereka selama 2 jam dan bukan semua anggota Running Man yang datang. Ini cuma Race Start, bukan Running Man race. Jadi aku pesan kat My Wife "Kita pi airport je la tunggu Jong Kook datang". 

***

Friday, June 6, 2014

Terjebak tengok Running Man

*** 



Running Man (Bahasa Korea: 런닝맨, makna harfiah: "Orang Berlari") adalah satu Game Show dari Korea Selatan ala ala Amazing Race. Rancangan ini bersama dengan K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS. Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai Game Show aksi urban, satu genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand. 

Kini Running Man telah menghantui family kitaorang. Huhuhu

***

Akceli, I kurang gemar menonton cerita korea, dulu I lebih tertarik dengan drama bersiri Jepun especially Takuya Kimura berlakon. I siap beli satu set episod cerita Good Luck kot, ye la zaman tu bercita cita nak jadi Pilot. :P

I tak berapa nak boleh 'IN' dengan cerita cinta korea macam Winter Sonata yang agak famous suatu ketika dulu. Kini, Fashion dan Hiburan Korea telah menusuk masuk dalam negara kita dengan lagu dan Band K-Pop. Ok ini pun aku tak berapa nak 'IN'.

Sejak 2010 lagi, Member member dah hasut suruh tengok game show ni,  tapi aku keras hati tak nak terjebak.

Tapi..  ntah macam mana, dalam sekitar  December tahun 2013, kazen wife aku tunang, aku plak kena tidur ramai ramai kat rumahnya. Bila berhimpun, tidur depan TV, nak tak nak kena layan cerita yang diorang tonton sebelum tidur, Running Man episode SuperHero.


Ok Fine. I jadi terjebak lepas tengok episode tu. Hehehe..

Bila I dok layan, siap record episode kat Astro setiap malam Jumaat dan Sabtu. My Wife yang tak layan jadi terus peminat tegar. Gelak terbahak bahak tengok Game Show ni.

Walauapapun ianya Lagho tapi best.. 

Rasa macam nak pergi Korea plak jalan jalan melawat kawasan.

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...