Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Maal Hijrah 1435

***

 

Hidup kita mesti ada hala tujuan,
Tanpanya,
kita akan "Lost"
 
Di pejabat,
Setiap tahun kita harus set goals.
Dalam masa setahun, kita bertungkus lumus kerja keras untuk mencapai kpi yang ditetapkan.
Dan itulah jarak pengukur, sama ada kita akan terima imbuhan atau sebaliknya.

Begitu juga dalam hidup aku.
Tahun lepas, aku berazam behijrah tempat kerja.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
cuma aku belum cukup 100% capai kpi yang aku tetapkan.
dan
Tahun ni, aku berharap agar dapat,
Penuhi setiap kekosongan dengan pengisian,
Yang mana tumpul, akanku tajam,
Yang mana kurang, akanku tambah,
Yang mana pendek, akanku panjangkan,
Yang mana lambat, akanku cepatkan,
Yang mana lebih, akanku kurangkan,
Yang mana semak, akanku kemaskan,
Yang mana hodoh, akanku cantikkan
Yang mana gugur, akanku siram,
Yang mana rosak, aku perbaiki.

Doakan aku dapat berhijrah.
Berhijrah ke arah kebaikkan
Insyallah

Sekian,

XOXO

***

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

***


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

***

So apa Azam tahun baru korang?

Azam Alkisah update resume
Ada rezeki berhijrah la kita Yob...

kekeke

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...