Showing posts with label Alkisah Raya. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Raya. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Korban

***

Tahun ini Alkisah banyak kena berkorban. Memang tahun korban buat Alkisah, tapi belum tahap Alkisah terkorban lagi.

Tahun ini Alkisah bakal membina sebuah masjid. Jadi dari situ Alkisah terpaksa berkorban hawa nafsuku dengan membekukan pembelian barangan impian seperti PS3, Mac Book, Gadget SLR dan TV LCD.

Alkisah juga berkorbankan wang ringgit untuk membeli perkakas untuk membina masjid dan menyimpan sedikit untuk persediaan selepas pembinaan masjid.

Dan esok Alkisah memaksa diri untuk mengorbankan Raya Aidiladha dengan bekerja demi memberi ruang untuk Alkisah cuti panjang kelak.

Terimalah ucapan dariku:

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

UNTUK


MAK AYAH DI KAMPUNG


SEDARA MARA


&


RAKAN RAKAN SEKALIAN



***

Sunday, September 12, 2010

Picca Picca Raya

***

Hidangan Hari Raya Ke-2

Nasi Beryani Pakistan yang dimasak oleh mak aku.

Udang Masak Merah

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Rendang

***

Picca Family Raya


Like Father Like Son


Katil & Bilik Raya

***


Raya Datang Lagi

***



source : footytube & dailymotion

***

Friday, September 10, 2010

Edisi Raya #1

***

1 Syawal 1413 Hijriah, Di pagi raya yang hening.

Alkisah bangun pagi agak lewat seperti biasa. Selalu Alkisah akan bangun bersahur, tapi hari ini tidak. Alkisah bangun sambil di kejutkan oleh pekikan pekikan keluarga yang menyuruh Alkisah bangun. Alkisah memerhatikan jam di telefon bimbitku. "Awal ghi nie" detik hatiku.

Bebelan demi bebelan bertali arus masuk ke telinga Alkisah tanpa henti membuatkan Alkisah lantas bangun lalu mengapai tuala di persidaian. Mataku masih kuyup, Alkisah berjalan dengan penuh kemalasan. Alkisah lihat ibu dan bapaku masing masing masih tidak mandi lagi. Jadi Alkisah kembali ke bilik lalu memulakan pagi ini dengan melogin facebook. "Arghh tiada siapa comment di pagi raya, comment la kat wall aku wei.." bebel Alkisah seorang diri.

Dengan muka yang agak cemeh ini, Alkisah turun untuk mandi dibilik air bawah. Tekanan air bilik air bawah lebih laju berbanding di atas. Sedap sikit Alkisah bersiram dipagi raya sambil memasang niat "Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah taala". Shower Alkisah pasang kasi suam suam kuku. Pergh nikmat nikmat. Baru segar bugar Alkisah di pagi raya.

Setelah bersiram, Alkisah memakai wangi wangian lalu menyarung baju melayu berwarna hijau daun pisang. Kalau Alkisah berdiri di sebelah pokok pisang, sudah tentu korang tak akan perasan akan Alkisah ada di sebelah sana. Ingat "Banana not fruit two times".

Setibanya di masjid, Alkisah bersama umat islam yang lain bertakbir raya. Masing masing bersemangat dengan bersampin dan berbaju baru. Segak bergaya ala ala model dalam majalah URTV. Jam menunjukan pukul 9 pagi. Seorang anak qariah memperingati kepada umat islam yang lain cara cara solat sunat aidilfitri sebelum memulakan acara seterusnya. Kisah selepas itu biarlah mereka yang ada di masjid yang tahu.

Selesai sahaja solat, Alkisah pulang ke rumah. Ketupat, kuah kacang dan rendang daging setia menanti di meja makan. Perutku sering kali memberi amaran, "bang arini tak posa, isi lah aku".
Serious, masakan mak Alkisah yang terbaik. Walaupun raya 2 tahun sekali, tapi ketepatan sukatan yang ada pada kuah kacang dan rendang tetap sama pada setiap tahun. Apa ilmu yang mak Alkisah pakai pun Alkisah tak tau.

Raya kali ini agak kurang meriah sambutannya, tidak seperti masa masa dahulu. Kali ini tiada seorang anak anak taman nampak berkeliaran menyinggah setiap rumah. Kemanakah mereka ini pergi?. Musykil juga agak. Adakah rancangan TV membuatkan mereka leka menziarahi rukun tetangga atau mungkin ibubapa mereka khuatir akan keselamatan anak mereka jika membawa duit raya berlebihan. Mungkin boleh cecah 4 juta barangkali.

Kehadiran sanak saudara mulai terasa selepas solat Jumaat. Mak Alkisah mehidangkan resipi rahsianya untuk hari raya pertama dengan menyajikan Nasi Tomato berlaukan udang masak merah, daging kurma dan acar timun. Perghh.. nyum nyum.. Sedara yang datang adalah sekitar Pulau Pinang, Teluk Intan dan juga Shah Alam. Ternyata mereka bergumbira disini. Rumahku menjadi pusat perjumpaan hari raya seperti Malaysian Hall di Kota London setelah Arwah Atuk meninggalkan kami tahun lepas. T T

Tidak putus putus sedara ku datang, sehingga tetamu terakhir kami adalah Wan chu sekeluarga. Setelah wan chu pulang, Peluang kami sekeluarga pula menziarahi sanak saudara walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kami sempat menziarahi rumah Tok Su dan Mak ngah sekeluarga yang selang sepintu dari rumah Alkisah. Di situ Alkisah menikmati Laksa Penang, Betul betul hao liao. Tidak sah jikalau raya Alkisah tak pekena laksa. Dasar anak jati Penang. Esok cari nasik kandaq plak.

Baju melayu berwarna hijau daun pisang masih terpahat dibadanku. Dari pagi hingga ke malam tak tukar tukar lagi. Mandi, Tettt kantoi tak mandi malam nie.

Jadi cukuplah sampai disini saja. Alkisah terus buka baju melayu, on computer sambil memakai seluar pendek, belek belek facebook lalu karang blog.

Apa cerita esok plak??

Jemputlah datang ke rumah, Jika anda berada di sekitar Pulau Pinang. Esok mak Alkisah masak Beryani. Nyum Nyum..

***










Thursday, September 9, 2010

Maaf Zahir & Batin

***

Kepada Anda Untuk Lihat 4U2C,

Disini Alkisah ingin menucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada Keluarga di Taman, Tunang dan Keluarga, sepupu sepapat, sedara mara, pakcik makcik, rakan taulan dari kecik sampai besar, rakan2 dari tadika sampai masuk U, rakan2 sekerja and bekas sekerja, rakan2 photog, jiran tetangga, pembaca blog Alkisah Ed, rakan2 muka buku, rakan2 se-Arsenal dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Sebelum mengundur diri, ingat2 lah orang tersayang, jaga pemakanan, pandulah berhati hati. Main mercun jangan sampai putus jari.

Akhir kata, mari kita layan lagu ni:

Bergema takbir di pagi raya...



***

Sibuk Sibuk Sehari Sebelum Syawal

***

Tatkala pagi sebelum menyambut kedatangan bulan Syawal,

orang berpusu pusu ke pasar untuk membeli ayam dan daging,

orang beresak esak ke pusat membeli belah untuk beli pakaian raya.

orang baru terhegeh hegeh mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah.

orang beriuh rendah memasak di dapur tapi nak makannya pada esok hari.

tetapi Alkisah tidak.

Sesudah subuh Alkisah telah membuat persediaan. Bersiap kemas kemas untuk pergi ke pejabat. Apa jadahnya pergi pejabat tatkala orang ramai sudah balik ke kampung?.

Sebenarnya, Alkisah singgah pejabat agama di daerah sini. Alkisah nak settlekan pasal surat kebenaran nikah.

Alhamdulillah, borang selesai, temuduga juga lulus. Alkisah senyum lebar. Baru lega sikit rasanya hatiku ini. Esok raya sakan la Alkisah.

Mari kita layan lagu ini:



Alamak, jap lagi baru Alkisah terhegeh hegeh nak shopping raya, terkemut kemut nak kemas bilik. Hampasgas betul. Orang sibuk nak raya, Alkisah plak sibuk nak kahwin. Hehehehe.


***

Kisah Ramadhan #Episod Akhir 1413 Hijriah

***

Esok, seluruh umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebelum mengakhiri kisah Ramadhan kali ini, Alkisah sertakan beberapa gambar yang telah diambil ketika dalam bulan Ramadhan. Baru sempat nak hapload.

Ini antara Barbican yang Alkisah minum dalam bulan Ramadhan ketika berbuka puasa. Kalau korang berminat boleh order sama Alkisah, 6 botol = RM20.

Ini pula cup cakes yang dibuat oleh Aunty tunangku ketika birthday Uncle dia. Hail Gooners.


Gambar 3 lauk yang Alkisah masak semasa bulan Ramadhan tidak dapat di hapload, kerana terdapat masalah teknikal. 3 lauk yang Alkisah masak pada hari itu adalah Daging Goreng Black Pepper, Bendi masak Lendir dan Kacang Panjang masak Kicap.

Akhir kata sebagai penutup kisah Ramadhan kali ini, Alkisah sertakan dengan ucapan:

***

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jika ada terkasar bahasa dalam blog ini yang mengguris hati anda, Alkisah menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf.
Yang baik itu datang dari ALLAH, Yang buruk itu datang dari kesilapan Alkisah sendiri.

***




Saturday, November 28, 2009

Hari Raya Korban #2

Sepertimana yang dijanjikan, aku akan memaparkan beberapa aktiviti aku pada hari ini:


Seawal pagi lagi ibu ku telah kejutkan aku supaya bangun awal. Motifnya untuk shoot gambar korban kat Masjid Kampung Baru. Dalam kekalutan, aku bangun cuci muka dan terus sambar camera aku tanpa menggosok gigi. Baeng sikit saja baunya.

Ini lembu korban untuk keluarga kitaorang, baek, putih dan sopan santun lembu ini. Sempat lagi possing manja.

Bapa aku tak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar lembu dengan handphone barunya

Orang kampung tiada punya masalah untuk menumbangkan lembu itu. Good Cow.

Ini Menu of The Day rumah aku, Bihun Kuah Ketam dan Daging. Memang Superb

Ini Afif, Kazen paling muda dalam keluarga sebelah mak aku.

detik hatiku : makan lagi..

Friday, November 27, 2009

Makan Edisi Raya Korban

Ketibaan aku di Pulau Pinang semalam bukan saja di sambut dengan bidari Air Asia yang vogue dan seksi, tetapi di sambut baik oleh ibu ku dengan masakan dia, Perghh meleleh air liur.

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana walaupun ibu ku masak yang amat sedap, tapi aku tetap maintain slim shaddy. Semua rakan aku tahu, bab makan aku tak cerewet. Untung kalau korang bawa dan belanja aku makan, insyallah aku boleh makan kecuali ikan keli.

Memandangkan hari ini Hari Raya Korban bersamaan Hari Jumaat, Masjid Kampung Baru Alma tidak menjalankan aktiviti korban pada hari ini tetapi digantikan dengan keesokan harinya. Maka dengan itu, tiada gambar Lembu akan dipaparkan hari ini.

Apa yang aku nak kongsi bersama anda ialah gambar yang aku shoot semalam, dimana ketika ibu ku tengah syiok masak bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan rendang hari raya.

Rendang Daging #1

Rendang Daging #2

Kari Udang.. nyum nyum

aku selalu sebut ketupat ini : Ketupat Pallas Jazz


detik hatiku : Raya sama dengan Makan sedap..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...