Showing posts with label Alkisah Movie. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Movie. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Ed's Review: Amazing Spiderman 2

***
Amaran: Entri ini untuk orang yang dah menonton movie Amazing Spiderman 2 saja. Takut kalau korang tak tengok lagi, nanti spoiled mood korang kalau dah tau jalan cerita dan endingnya dalam entri nie.


Setelah sekian lama My Wife and I tak tengok movie atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Movie terakhir yang kitaorang tonton adalah Fast Furious 6, itupun sebab cik fea ada kat rumah babysitter, my wife dan I cuti. Apa lagi, kitaorang terus grab opportunity. Teringat zaman before kawen dulu dulu. Memang kitaorang kaki wayang. Lepas saja kawen, terus stop tak tengok wayang sampai lah last year baru tengok Fast Furious 6. lebih kurang 2 tahun lebih tak jejak panggung.

Minggu lepas, My Mother In-law datang rumah, so apa lagi, tinggal cik Fea kejap, lantas kitaorang zaass pergi layan Amazing Spiderman 2 (AS2). 


Bagi I, cerita ni sangat awesome. I bagi 9/10 boleh.. I suka Andrew Garfield jadi spiderman dari Tobey. Dia berlakon sempoi/ gila gila dan kena dengan character spidey dalam kartoon/comic.

Macam kenal je AFC tu..

Jalan cerita agak panjang 142 minit. Character Villlian pun agak jahat. I pun tak sure kenapalah kebanyakkan saintis dan pekerja kat Oscorp ni akan jadi Villian Spiderman. Kalau korang perasan masa dalam salah satu slot movie AS2, dibawah ruang rahsia Oscorp ada 7 pintu rahsia yang terdiri senjata rahsia yang dipakai oleh Dr. Octopus, Vulture, Rhino, Green Goblin dan sampel darah Spidey pun ada kat situ. Lagi 3 pintu masih lagi jadi misteri. 

Bila Harry pekena dos darah Spidey, dia terus convert jadi Green Goblin. Spiderman dah cakap, kalau darah tak bersatu, dia akan jadi lebih teruk. Sampel dos spidey masih ada, jadi kemungkinan besar Venom juga bakal muncul. Wah banyak episod lagilah Amazing Spidey nie.

Penampakkan Costume Vulture dan Dr Octopus

I prefer Costume Spidey AS2 dari AS1. Dari segi colour costume, matanya nampak lagi Umphh, more to Spiderman berjiwa komik dan rakyat. I like it.


Last but no least, I terpaksa tolak 1 point dari jumlah I bagi tadi sebab Emma Stone a.k.a Gwen Stacy mati. How dare they..


Semalam, sekali lagi, I nak try test bawa cik Fea tonton movie ni secara 3D. Masa Spidey flying  memang awesome wei. 1st time tengok 3D babe, terasa jakun kejap. Malangnya, Half way movie tu, kitaorang keluar dan balik terus sebab cik Fea kacau orang dalam panggung. Cik Fea ni jenis tak takut gelap, suka merayau rayau dan kacau orang. Niat I memang nak test cik Fea tengok wayang. Jadi secara rasminya, cik Fea masih belum boleh tengok wayang. Tak sempat papa nak tengok Gwen terkuar kuar kat panggung. huhu

***

Saturday, March 3, 2012

Marvel's Avengers

***




Pergh! Pergh!  Pergh!

Macam menarik je cerita ni

Ramai plak superhero bersatu dalam satu movie

Ini dinamakan

"Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"

***

Ini pulak adalah reaksi peminat susah mati bila tengok trailer Avengers


Baru tengok trailer

Belum tengok movie lagi

Mesti mamat ni kecoh satu panggung,

siap tepuk tangan bila Gang Avengers menang

***

Bukan apa

Based on true story Alkisah

Pernah suatu ketika dulu

 Alkisah pergi tonton cerita Transformers

Orang orang dalam panggung siap sorak sorak dengan tepuk tangan macam tengok bola

bila gang Autobot menang lawan Decepticons

kemain seronok

Taksub betui depa tu

First time Alkisah tonton wayang dalam suasana yang meriah

Rata rata orang keluar panggung dengan muka gumbira

May be diorang rasa berbaloi dengan harga tiket wayang

bila tengok filem yang Awesome

***

Berbalik pada cerita Avengers

Alkisah tak sure boleh layan cerita nie or not

sebab Alkisah

tak tengok lagi cerita

Thor & Captain America

Hurmmmm

Hopefully Alkisah tak lost kalau tonton cerita Avengers nie nanti

***

Monday, February 21, 2011

SOLEY SOLEY & KAK LIMAH

***

Sempoi punya lagu, tak pernah dengaq langsung pasal lagu + nama band nie.

Tiba-tiba wujud dalam cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah"





Filem Komedi Seram terbaik bagi aku,

kat wayang aku layan, kat astro first aku layan

tengok banyak kali pun talak jemu

terbaik la Mamat Khalid

Filem simple mimple tapi berisi

***

Sunday, October 24, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa

***





"Bilalah cerita ni nak keluar?, aku dah tak sabar nak tengok hasilnya", mengeluh aku seorang diri dalam keadaan kebosanan.

Sila layari website: Hikayat Merong Mahawangsa untuk mengetahui sinopsis, para pelakon, kakitangan terlibat, sponsor dan gambar gambar dalam filem tersebut.

***



Friday, October 15, 2010

2 Movie Satu Hari

***

Siapa yang pernah tengok 2 Movie kat Wayang dalam masa 1 hari yang sama?. Orang yang kerja wayang sila berdiam diri Okeyy..

Bukan apa, dulu masa cerita Transformers keluar pada tahun 2007, Alkisah memang amat teruja nak tengok sangat cerita pasal robot robot. Mana taknya, dari kecik Alkisah layan kartun Transformers. Dalam masa yang sama juga cerita Die Hard 4 pun keluar. Pergh, Bruce Willis berlakon, tambah tambah Alkisah memang follow cerita Die Hard. Maka dengan itu, Alkisah buat kerja gila, Alkisah amik show Die Hard 4 pukul 3 dan Transformers pukul 5. Berlari juga Alkisah masa tu. Abis saja cerita Die Hard, Alkisah keluar dan terus ke panggung Transformers. Ini sempena Birthday Alkisah. Dua dua movie ini release masa birthday Alkisah. Kalau tak percaya click situ Die Hard 4 & Transformers. Alkisah layan dua dua movie ini seorang diri. Memang puas dan gumbira Alkisah pada masa tu.

***

Sekali lagi, Sabtu lepas Alkisah buat perkara yang sama, tapi kali ini dengan cerita lain. Ramai orang memperkatakan pasal cerita Magika. Jadi dengan perasaan ingin tahu, Alkisah pergi beratur beli tiket. Susah juga nak beli tiket sebab tak banyak panggung yang mainkan cerita ini. Last Alkisah dapat tiket pun, time midnight show. Bapak bosan tunggu sampai 11.55 malam. Satu OU Alkisah dah pusing pusing. Kaki pun dah penat. Alkisah pun ambil keputusan untuk tengok movie " Jangan Pandan Belakang Congkak 2" dahulu sebagai pengubat kebosanan. Nasib baik ada Lisa dengan Nora dalam cerita tue, tambahan pula ada tunang kat sebelah. Not bad juga movie tue, just for fun.

Tak sangka movie tu abis awal. Ada lebih kurang 2 jam lagi untuk cerita Magika. Kedai pun dah mula tutup. Alkisah pun dah tak tahu nak ke mana. Jadi Alkisah lepak atas kerusi. Tengah lepak lepak situ boleh terlelap plak. Penat memang penat.

Tiba tiba..

Lampu no 1 dah menyala. Yes, dah boleh masuk. Pergh ramai betul orang tengok movie nie, rata rata yang sudah berkeluarga membawa anak masing masing. Tak patut betul, kenapa cerita Magika ni buat masa midnite show, kesian budak budak tu. Tak elok ajar mereka tengok movie time midnite tau.

Alkisah duduk row belakang sekali, dan ada sorang kanak kanak kecil perempuan duduk dihadapan Alkisah. Bila start saja tulisan Magika keluar terpangpang kat depan screen, budak kecil itu terus menjerit kuat kuat " Yeaaa Magikaaaa".

Alkisah hanya mampu tersenyum, "Excited betul budak tue"detik hatiku. Maybe 1st time tengok wayang kot. Dulu Alkisah 1st time tengok wayang cerita "Teenage Mutant Ninja Turtle" dekat Cathay, tak der plak sampai macam tu sekali.

Apa kata anda pasal Magika? Bagi Alkisah sesuai untuk ditonton oleh kanak kanak sahaja. Pembaharuan dalam industri perfileman negara kita, Muzikal Movie ceria ala ala cerita Disney.

***





Thursday, July 22, 2010

Movie 2010

***

Akceli, Alkisah ada berita tergempar, tapi esok saja Alkisah postkan. hari ini Alkisah lebih nak menceritakan pasal movie yang bakal keluar dan harus Alkisah tengok.

1. Hikayat Merong Mahawangsa


Filem arahan YUSRY KRU sedikit sebanyak dapat membantu martabatkan filem melayu di persada dunia. Untuk maklumat lanjut sila ke Hikayat Merong Mahawangsa.

2. Tekken




Filem Tekken ini diadaptasikan dari permainan video game dan diarahkan oleh Dwight H Little. Ia mengisahkan Jin Kazama menyertai The king of Fist Tournament semata mata untuk membalas dendam keatas kematian ibunya Jun Kazama. Sebenarnya Alkisah memang minat main game Tekken suatu ketika dulu, tambah tambah kalau pakai nina masa lawan Ogre, sebab lepas menang dia akan tunjuk short movie apa yang terjadi selepas mereka menang Tournament tu. Untuk maklumat lanjut sila ke Tekken .


Anna & Nina Williams, kalau anda suka gambo nie, sila tekan button Like dibawah post ini.

3. SALT


Cerita ini pasal Evelyn Salt seorang pegawai CIA yang cuba membersihkan namanya setelah dituduh oleh seorang pembelot KGB yang merancang pembunuhan Presiden Amerika. Untuk maklumat lanjut sila ke SALT.

***

Wednesday, July 21, 2010

Pra-Tonton

***

Hari ini Alkisah ada tugas besar. Pada sebelah pagi, Alkisah harus menghantar tunang Alkisah ke tempat kerja. Jadi Alkisah perlu bangun awal dan sampai opis pun agak awal. Awal tak awal sangat sebab kompeni Alkisah memang fleksibel waktu kerjanya. Apa yang penting kerja siap.

Lagipun bagus juga Alkisah sampai awal. Alkisah boleh settlekan kerja kerja Alkisah yang tertangguh dan lepas tue Alkisah boleh sambung dengan migrasi. Pergh, tak sangka migrasi kali ini melibatkan banyak benda. Its ok. Migrasi dijalankan dengan sempurna ditambah pula dengan menu tenghari iaitu pizza hut. Migrasi selesai kira kira jam 5.30 petang. Memang leka betui kalau buat kerja, sampaikan masa berlalu dengan begitu pantas.

"Alamak dah lambat nie" detik hatiku.

Alkisah terus sms tunangku.

"You.. I baru nak gerak nie. Mayb I sampai lambat skit".

Alkisah terus kemas segala peralatan komputer riba Alkisah lalu terus ke kereta. Alkisah memerhati langit disebelah KL yang nampak agak gelap itu. Mungkin hujan mulai turun disana.

Alkisah memandu dengan cermat jiwa selamat. LDP Puchong tidak memberi impak maksina sangat bagiku, tetapi bila sampai saja di Western Digital, memang macam semut. Terkemut kemut kereta nak bergerak. "Apa kehai nya jammed nie", marah Alkisah dalam bahasa ibunda Perak. Kadang kadang bila terjadi situasi sebegini membuatkan Alkisah ingin menukar kenderaan dari manual ke auto. Lama juga Alkisah sangkut disitu.

Agak 20 minit juga Alkisah sangkut. Sampai saja di opis tunang Alkisah, kami terus ke OU walaupun pelbagai onak duri yang kami terpaksa lalui semasa di jalan raya, kami tetap harunginya dengan tabah. Rasa nak tukar je horn kereta ku ke horn vuvuzela. Baru diorang respek, nak bagi laluan untuk Alkisah. Kalau nak pakai horn Alkisah sekarang, buat orang gelak je. Dah la keretaku kaler hitam, gemuk pendek plak tue, tapi bila horn macam sempit. Bapa tak macho. So far yang tak berapa nak jauh, Alkisah dah pakai horn sebanyak 2 kali selama 2 tahun. Alkisah memang bukan pengguna horn yang tegar.

Nasib baik jalan nak ke OU tak berapa nak sesak. Alkisah sampai sana dalam waktu yang dijangkakan. Akceli, misi malam ini kami adalah menonton wayang. Ini kerana Alkisah dapat tiket Special Screening of The Sorcerer's Apprentice dari Nuffnang.


Agak ramai juga yang dapat tiket dari Nuffnang. Cerita dia pun menarik. Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi tiket pra-tonton kepada kami. Jumpa lagi di minggu hadapan dengan cerita pra-tonton SALT plak. Anda bila lagi nak mencuba peraduan macam ini. Kalau ada rezeki tak kemana, yang penting anda berusaha. Caiyok Caiyok.

***

Wednesday, June 24, 2009

AutoBot Bertukar !!!!


Perghh meleleh kegembiraan aku tgk citer Transformers 2, citer tahunan yang perlu kita tengok. Tak guna citer lebey2, korang g tgk sendiri la.

detik hatiku: Rasa macam nak tgk lagi la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...