Showing posts with label ASB 7.75 sen seunit. Show all posts
Showing posts with label ASB 7.75 sen seunit. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

ASB 7.75 Dan Bonus 1.15 sen seunit

***

Alhamdulillah



KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. sumber : asbn.com.my

***

Korang dah update buku ASB?

Alkisah sudah update Yoo..

Inilah pelaburan yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam kehidupan kita

Insyallah

Meh Alkisah nak kongsikan beberapa tips.
Sebelum ni Alkisah tak pernah cuba,
Bak kata orang tak berani nak mencuba.
Tapi bila tengok My Wife punya buku ASB.
Lain macam perginya yearly income dia.
Monthly macam sama je bayar.
Tapi pulangannya berbeda.

Then Alkisah tanya, apa rahsianya?
Rupa-rupanya My Wife buat ASB loan.

***

Ini sebagai Contoh:

Ali masukkan RM 100 setiap bulan ke dalam ASB.
Jumlah tahunan =  RM 1,200


Aisyah buat LOAN ASB sebanyak RM20,000 ke dalam ASB
Setiap bulan Aisyah bayar RM100 untuk beberapa tahun yang dikenakan.
Mengikut carta bank.


***

Jadi
tahun 2012 ASB mencatatkan (7.75+1.15) % sen seunit

Maka bonus tahunan

Ali hanya dapat
1,200 x (7.75+1.15) % =  RM 106.80

Aisyah boleh dapat
20,000 x (7.75+1.15)% =  RM1,780.00


***

Nampak tak perbezaan tu.

Tips:
1. Kalau mampu, menyimpanlah dalam mana mana Amanah Saham yang mampu beri pulangan yang baik. 

2. Untuk tahun kedua, anda boleh pusingkan(rotate) duit bonus itu untuk bayar  monthly commitment loan ASB.


Bagi Alkisah
Ia sesuatu yang bagus untuk diri dan family Alkisah
sebabnya:
Alkisah fikir jangka masa panjang, setiap tahun kena menyimpan untuk anak sekolah, yuran sekolah, baju sekolah, laptop, buku sekolah, maintenance rumah, cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya.

Duit bonus tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebebanan Alkisah.

Bagi pesara-pesara swasta/gov, mereka juga banyak menyimpan dalam ASB.
Mungkin RM100K ke atas.
Dengan duit bonus itulah mereka menyara hidup seperti makan, minum dan sebagainya.

Bagi yang bujang,
Duit tu boleh la korang buat beli Handphone, Bag LV, Gucci, Perfume, hantaran kawen, dating,
bercuti dan sebagainya

Kalau harap duit bonus company
Belum tentu ada kan..

Ini setiap tahun, insyallah ada
cuma naik atau turun je percentage dia.

***

Alkisah kira rasa menyesal sebab lambat tahu pasal benda nie.

Jadi  saranan Alkisah
bagi korang yang masih muda.
Cubalah pergi mana mana bank dan tanya pasal ASB loan.
Pilih rate yang bersesuaian dengan korang.

Menyimpanlah.
Demi Masa Depan Anda

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...