Tuesday, June 10, 2014

Magic Pan - La Gourmet - Shogun - RM139

***



Magic Pan atau lebih dikenali sebagai Pemaggang Ajaib sangat popular buat masa kini. Rata rata, sang isteri mahu memilikinya. 

Ia adalah kuali ‘double sided pan’ yang mempunyai dua permukaan atas dan bawah dan mempunyai magnet pada tangkainya untuk melekatkan kedua-dua bahagian atas dan bawah kuali. Permukaan dalam Pemanggang Ajaib tidak melekat dan memudahkan masakan dipanggang, digoreng dan dikukus dengan lebih sedap dan cepat. Pemanggang Ajaib adalah kuali leper berbentuk double-pan yang mempunyai penutup dibahagian atas merupakan hasil dari teknologi dari negara Korea. 

***

Ahad lepas, My Wife and I jalan jalan kat Mid Valley. Lama betul tak singgah kat sini. Apatah lagi kat Jusco. Bila sampai kat Jusco, kitaorang mesti kalah dengan bau makanan ni, iaitu Laksa Jusco. Dia punya bau,  pergghhh macam memanggil-manggil untuk kitaorang makan. Ok pekena dulu Laksa. Yummy.

Lepas saja makan Laksa, hati sudah puas hati, my wife ajak survey pemanggang ajaib. Ok fine..

Bila tengok harga double-pan berjenama Happy Call, telan air liur dulu la babe, Harganya RM300++. My wife cakap, kalau kat internet, brand lain boleh dapat dalam harga RM129. Ok fine. Moh jalan jalan dulu.

Bila sampai kat section La Gourmet, ni kira barang branded la kan. Sekali tengok harga asal RM400++. 

Tapi..

Disebabkan ada promotion, harganya jadi RM139.

Pergh wei, murah bangat. Bila ditanya pada sales promoter tu, bila promotion ni last. Katanya "while stock last". Pada ketika itu, cuma tinggal dalam 20 buah.  Tanpa segan silu, I suruh My Wife angkat satu. Memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, harap harap pemanggang ajaib ni boleh buat magic pada masakan juadah berbuka dan sahur nanti.


***

4 Blogger kasi response. .

Unknown Author
June 10, 2014 at 6:03 PM

aku hari2 nak buka puasa kat rumah hang la...

Reply
Sofea Author
June 10, 2014 at 6:59 PM

boleh, mai rumah aku, aku charge buffet ramadhan, sekepala RM50, kanak kanak percuma. :^D^:

Reply
June 11, 2014 at 11:05 AM

dah ade..tapi tak guna pun sebab malas..hahahahaaa...

Reply
Sofea Author
June 11, 2014 at 11:26 PM

Gunakanlah ia.. seriously ajaib.

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...