Monday, July 29, 2013

Nak Jadi Pilot - Sky Simulator !!!

***

Cita cita aku sejak dari kecik memang nak jadi Pilot.

Biasa la, masa kecik kecik kalau pergi airport,

Tengok pilot segak bergaya macam Adam, diapit pula dengan pramugari cun cun.

Jadi teruja kejap..

eh time tu cerita Adam Hawa tak der lagi..ok please ignore that..

***

Tapi bila meningkat remaja, muka mula berjerawat sikit sikit,

 lepas tu, aku pula baru dapat result SPM, mak aku tunjuk satu advertisment kat suratkhabar.

"Nak join tak, ada open interview academy pilot?"

Aku fikir panjang.

panjang,

dan panjang lagi..

Aku tahu, result SPM aku tak berapa nak cun, apatah lagi english aku pada masa tu masih berterabur.

Aku rasa, aku belum bersedia.

Aku terpaksa tolak mentah mentah dan pijak dibumi yang nyata.

***

Aku selalu blogwalking ke Syazwan Che Deraman, aku gelar dia Wan the pilot.

Aku suka bila Wan share aktiviti dia semasa training cadet pilot, 

apa yang dia belajar, macam mana nak baca route dan macam macam lagi.

aku rasa, macam aku pun tengah belajar jadi pilot.

***

Jadi aku download game android X-plane 9 kat handphone.

Game flight simulator, sesuai untuk orang berangan macam aku.

tapi function dia tak la sehebat flight simulator yang real.

Just ok ok untuk belajar take-off and touch down kat runaway.

***

Baru baru ni, aku ada tengok offer kat Facebook.



Woww..

Macam nak try je, kalau nak main tak Kidzania, rasa macam tak sesuai dengan peringkat umur aku sekarang.

At least kat sini, dapatlah aku merasa bawa kapal terbang walaupun sejam. 

Kalau 30 minit, mesti tak puas. 

Bawa 60 minit, boleh aku merasa bawa flight route KL-Penang.

Sesiapa nak balik Penang raya tahun ni, boleh aku tumpangkan.

Dok kat belakag seat aku, masa aku ber"flight simulator".

source:
***


6 Blogger kasi response. .

Anum Author
July 29, 2013 at 9:26 AM

selamat pagi

Reply
Sheila Salim Author
August 1, 2013 at 1:09 PM

Assalamualaikum. wahh bestnyaa. nak naik sekali! hehehehhe. pengalaman ni kalau dapat buat, terbaik kannn :)

Reply
Pondok Usang Author
August 4, 2013 at 1:23 AM

yang penting cita-cita geng.. tak semestinya berjaya..

Reply
Sofea Author
August 5, 2013 at 10:01 AM

ye betul, cita cita = impian

Reply
Sofea Author
August 5, 2013 at 10:03 AM

yezaa.. terbaik wok..

Reply
Sofea Author
August 5, 2013 at 10:03 AM

morning

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...