Wednesday, January 30, 2013

Makan makan @ Adam Lai

***


Last week, Alkisah and Families pergi makan kat Restoran Chinese Muslim, Adam Lai, Seksyen 15 Shah Alam

Ini kali ke-2, Alkisah makan kat situ.
Sebenarnya Alkisah dan wife mengidam nak makan shark fin soup.
Seriously, sharp fin soup kat sini, memang sedap.

Malam dinner tu
Alkisah bersama keluarga seramai 5 dewasa + Sofea,
Kitaorang order

Shark Fin Soup
Salted Egg Crab
Butter Prawn
Ikan Steam Asam
Sing Kong Taufu

Alkisah sangat kagum dengan Shark Fin Soup Adam Lai,
sebab ianya pekat dan kuantitinya banyak.

Salted Egg Crabnya plak, memang awesome,
Ketam disalut/diperap dengan Telur masin,
Rasanya tak begitu masin, tak manis, tak masam
rasanya just Nice

Harap korang cuba,
sebabnya
Bila kita rasa ketam tu, kita akan tertanya tanya
Rasa apa nie?
Nak kata masin tak, manis tak, masam pun tak.

Sambil berfikir lagi, tetiba ketam pun habis dimakan
Lalu kita akan rasa hairan, dan ambil lagi seketul ketam dan makan sambil berfikir lagi
Rasa apa nie?

sampai Ketam tu habis dimakan.
Lepas tu korang check
Darah tinggi korang naik ke tak??

So far
Alkisah punya darah tinggi still okay lagi
Walaupun Alkisah yang tolong settlekan Salted Egg Crab malam tu.

***

Bila tengok bills
Sekali lagi Alkisah teruja,
Sebab harganya sangat okey
Total overall kitaorang makan pada malam tu dalam RM170.

Masakan dan service pun okey,
Recommended by Alkisah
Wah gitu..

Apa lagi..
pergi la try..

untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook Adam Lai

26 comments:

  1. Adam Lai ni yang Ebi Yus tu punye kedai kan..rase ofis time intern dulu penah buat farewell dinner kat situ dulu. mmg bes la makanan die.sume sedap.:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul.. mayb ebby yus ada share kat restoran nie ghak kot..

      Delete
  2. sedapnya
    salam rabu
    singgah pagi

    ReplyDelete
  3. 5 dewasa harga macam tu memang berbaloilah....
    Salted egg crab tu nampak sangat sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salted egg crab memang layan kalau dimakan..

      Delete

Cer komen skit..