***
30 Jun 2012 yang lalu, Alkisah dan family pergi bercuti di Cameron Highlands, ini adalah antara 3 tempat tinggi yang kitaorang pergi selain Penang Hills dan Genting beberapa bulan lalu. Memang target Alkisah nak bawa Sofea pergi tempat tempat sejuk.
Jom layan Alkisah Piccas..
Kitaorang bertolak dari Shah Alam jam 7 pagi dan tiba di Cameron jam 10.30 pagi melalui jalan Simpang Pulai.
Pagi tu memang Alkisah isi perut dengan Sneakers je, ingat nak breakfast dekat Cameron. Last last kitaorang Branch dekat S'Corner Central Market, sebab kat situ je nampak tenang.
Serious, masa tengah kitaorang makan, Alkisah snap gambar untuk tatapan korang semua, inilah jalan menuju ke puncak Cameron, Sesak kan..
Lepas makan, perut kenyang, hati pun senang, kitaorang singgah di Cactus Point, just sekangkang gergasi je dari S'Corner Central Market. Kaktus kat sini sangat cantik dan murah.
Sebelum menanti waktu untuk check-in, Kitaorang singgah pula dekat Kea Farm. Parking dekat Hotel, lepas tu jalan kaki ke sana. Tak kuasa Alkisah nak drive, korang tengok berderet deret kereta nak ke Tanah Rata.
Ada sesetangah kereta bau clutch terbakar. Jadi hati hatilah bawa kereta manual kalau ke Cameron or Genting bila dalam keadaan sesak macam nie. Jangan main clutch sangat, nanti padah menanti anda.
My Wife memang nak sangat beli Madu, so kitaorang beli Madu Tualang ni dari mamat orang Asli. Serious Alkisah selsema dan batuk lepas turun dari Cameron, Alhamdulillah, lepas makan madu tu, 2 hari lepas tu, baik terus batuk dan selsema. Adakah Madu Tualang ini sangat mujarab? wallahualam..
Ok now time to Check-in.. wehuuu..
2nd Day, kitaorang pergi Kea Farm di waktu pagi, kali ni All out, pergi Cameron semata mata beli sayur sayuran. Ooomaigoshh..
Ni pula, kitaorang singgah dekat Bharat Tea Farm. Tak sah kalau mai Cameron tak singgah Tea Farm
Dan tak sah juga, mai jauh jauh ke Cameron tak petik strawberry.
Inilah cerita percutian Alkisah ke Cameron Highlands. Harap korang enjoice..
Apa yang Alkisah boleh rekemen kat korang:
- Elakkan pergi Cameron time hari minggu, Sebab sangat sesak dan jammed, tahap kesesakan mencecah sejam kalau korang sangkut atas jalan.
- Bila ke Cameron, pastikan korang pergi petik Strawberry dan ke ladang Teh.
- Pilih hotel yang best.
- Kurangkan barang di dalam but kereta semasa pergi ke Cameron, sebab masa balik nanti but kereta korang akan penuh dengan sayur sayuran.
Ok next trip ke mana plak? hurmmm
***
14 Blogger kasi response. .
betul.weekend jammed gila aahh.kan?
Reply*yummyyy! stowbellyyy cekelaaaattt!
alamak lamanya tak pegi cameron highlands..
ReplySuka tengok sofea.... =D
ReplyWahhhhh enjoy betul....
wah bestnye...teringin nak pergi..
Replynice pic and comelnya baby ^_^
anyway thanks 4 d info, sekarang saya rancang nak jejak kaki kat sana :P
Tak pernah pergi Cameron lagi... Salam Ramadhan dan selamat berpuasa sahabatku... =)
Replytu laa pasal.. tak boleh nak p mana? stay kat hotel je..
Replyhehe tak pe, lepas nie pergi la..
Replythanks, yup sofea macam blur2 je.. mak dia je enjoy lebih..
Replypergi jangan tak pergi.. ingat, kalau boleh elakkan pergi hari minggu
Replytak ur time bro.. kalau ada masa, pergi la.. selamat berpuasa to you too my friend..
ReplyBestnya!! Lama dah tak pergi Cameron.
Replybaik ain pergi, sebelum cameron tu tutup..
ReplySalam.. Nak tny, Guna camera DSLR canon ke ni? Model pe yea? Sharp! Sharp! Sharp! tol gambar.. Cantik..
Replycanon 400d je.. bersama wide lens sigma.
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..