Thursday, January 19, 2012

Jom Berjalan

***

Tahukah anda berjalan adalah salah satu senaman yang sihat
  • Berjalan adalah baik untuk tulang dan otot: ia membantu anak-anak anda membesar besar dan kuat.
  • Ia membakar kalori: sebenarnya berjalan kaki pantas membakar jumlah kalori yang sama seperti berlari pada jarak yang sama!
  • Ia membina stamina.
  • Ia membantu mengurangkan stress : berjalan boleh membuat anda berasa lebih tenang.
  • Ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 50%, mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan risiko beberapa jenis kanser
  • Ia merangsang sistem imun anda selama 24 jam
  • Ia juga boleh merendahkan tekanan darah anda.


Mengapa berjalan aktiviti yang paling sesuai untuk kesihatan?

  • Hampir semua orang boleh melakukannya
  • Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
  • Ia adalah peluang untuk membuat kawan-kawan baru 
  • Ianya percuma dan anda tidak memerlukan peralatan khas


Berjalan adalah salah satu senaman yang Awesome!!

  • Ia adalah percuma
tidak perlu bayar yuran tahunan untuk ke fitness center
  • Boleh lakukan dimana mana saja tak kira masa, tempat dan cuaca 

Untuk gegurl or boboy yang kaki shopping memang sesuai, Alkisah rasa Midvalley, The Curve, OU, KLCC, Time Square adalah tempat menarik untuk buat senaman berjalan ni, tapi korang wajib Windows Shopping je tau.. bagi yang malas dan takut terjebak membeli belah, korang boleh pergi pasar malam. Tolong hindarkan diri korang dari berjalan sambil makan goreng pisang atau keropok lekor dari mula hingga ke hujung pasar malam.

  • Boleh bersosial/berkawan

Korang ajak member member korang berjalan, tak kira kawan sekolah, bf/gf, yang penting korang kenal, 
kalau tak kenal, korang jumpa orang orang sekeliling ajak diorang berjalan bersama korang,
sambil jalan, korang boleh borak borak pasal isu semasa, gosip gosip artis, ikut rasa hati korang nak borak pasal apa, 
kalau dah tak tau nak ajak sapa sapa, korang boleh bertwit twit sambil berjalan. Tapi ingat, kalau jalan, jangan lupa dongak ke depan, takut takut korang terlanggar pokok. 
Kalau takder member nak twit twit, Alkisah sarankan korang twit dengan Elisa Azura <-klik la kalau bran.. mana tau masa tu Elisa tengah jog, korang terserempak ngan dia.. Korang boleh ajak dia jalan jalan, pesan kat dia, buat penat je jogging..





***

Now

Alkisah nak start jalan jalan

k

Bye

***

6 Blogger kasi response. .

Elie Lily Author
January 20, 2012 at 12:01 AM

sejak kerja, elie mmg banyak berjalan! :D

Reply
Elie Lily Author
January 20, 2012 at 12:01 AM

sejak kerja, elie mmg banyak berjalan! :D

Reply
Dhiya Fariza Author
January 20, 2012 at 8:56 AM

trueeee. it increase our cardiac strength! that's what's important.

Reply
Sofea Author
February 1, 2012 at 2:19 PM

elie : alkisah kerja banyak duduk.. ish2 tak baik untuk kesihatan

dhiya: noted that dr. dhiya

Reply
cici tembikai Author
February 4, 2012 at 1:40 PM

haa, berjalan mmg bagus, but sorry to say , kebanyakan lelaki pemalas nak berjalan -.- serious oh. cth kan, dari curve to ou, kan dekat sangat tu , or from klcc to TS, tu pun nak amek cab -.-' konon panas lah apa lah. kadang2 heran sapa laki sapa pompuan -.-'

my ex dulu, ajak dia jalan klcc to ts, dia dok ngomel, 'ohmygosh, rambut b , oh gosh habis foundation b' -.-'' kbai

Reply
Sofea Author
February 4, 2012 at 4:53 PM

cici: u r wrong.. hehe Alkisah suka je berjalan, and Alkisah pernah je berjalan dari CM ke Lowyatt , BB ke KLCC, Teras Jernang ke Warta or UKM..
mungkin segelintir lelaki jambu je tak suka jalan.. mesti ur ex jambu kan.. :D

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...