Wednesday, January 13, 2010

Cahaya

***

Dahulu tumpul, kini aku punya masalah dengan cahaya. Cahaya memainkan peranan penting dalam hidup kita. Kalau kita tidak dapat cahaya secukupnya, tak mungkin kita dapat sesuatu itu dengan tajam.

Mungkin dengan cahaya yang sedia ada di luar sana memberi kemudahan bagi aku tetapi cahaya di dalam tak banyak membantu aku. Cubaan pertama pada tugas yang diberikan agak memeranjatkan ketika itu, aku ambil dengan sedaya upaya akan buatyang terbaek. Hasilnya agak mengecewakan aku selepas itu. Dengan ilmu yang belum cukup di dada, persoalanan demi persoalan timbul dalam kepala hotak aku mencari penyelesaian.

Cubaan kedua aku dibantu oleh dua orang otai yang mengajar aku serba serbi dalam ilmu pencahayaan. Alhamdulillah ilmu di dada bertambah sedikit. Memahami konsep adalah fasa pertama buat aku. Selepas ini cubaan demi cubaan harus aku lakukan. Konfigurasi manual harus kita fahami dengan bijak.

Cahaya dan Tajam adalah salah satu kombinasi terbaik bagi sesuatu yang cantik. Pelajari ilmu dengan minat yang mendalam.

***

Thursday, January 7, 2010

Tumpul

***

Aku buntu.

Kenapa la tak tajam tajam lagi ni.

Jenuh dah aku asah arini berpandukan forum dan artikel dalam internet, aku pun setting baek punya.

Siapalah yang bakal jadi mangsa uji kaji aku nanti.

Ermm..

Selagi tak tajam, selagi tu akan ku asah kamu..

***

Monday, January 4, 2010

My Best Friend's Wedding






Tahniah Joe dan Jijah, semoga berbahagia selalu. Amin.

photo & edit // ed

Sunday, January 3, 2010

Baru

Kini hidup aku serba baru, rumah sewa baru, almari baru, jiran baru, suasana baru, tempat makan baru, bilik baru dan segalanya baru.

Tapi aku takkan lupa yang lama, segala kenangan manis akan ku kenang dan segala kenangan pahit akan ku campak dalam tong sampah. Terima Kasih rakan rakan yang bersama ku di Kampung Baru. Korang memang best. Korang jangan bawa budaya shuffle dekat luar takut takut masyarakat sekeliling tak terima korang, tak lupa juga kalau ada outing, dating mahupun gathering roger aku untuk buat tempahan.

Harap halalkan makan minum dan pakai aku sepanjang kita bersama.

Semoga Tahun Baru ini akan memberi lebih makna bagi ku. Insyallah

Akhir kata, Salam 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...