***
Korang suka tonton Drama Bersiri?
Alkisah suka layan kalau jalan cerita drama bersiri itu menarik dan pelakon dia (Mantop).
Alkisah memilih skit kalau nak layan drama
Drama tu musti nak yang best
baru sedap nak menghayati
***
Drama melayu yang Alkisah pernah layan:
Gol & Gincu (semua episod) - Fazura,
sbb dia memang pandai berlakon
Awan Dania (Season 1) - Scha
sbb perangai dia gila gila dalam cerita ni
Kami - Juliana Evans
sbb lahirnya perkataan "Ewww" dalam siri ni
Nur Kasih - Kabir Bhatia
sbb screen shot cerita ni sangat cantik
Impak Maksima
sbb cerita pasal drift
Adamaya - Lisa Surihani
sbb dia cute & of course jalan cerita menarik
Itu adalah antara koleksi yang pernah Alkisah suruh member download
***
Baru baru ni banyak plak drama bersiri baru muncul
dan sedikit sebanyak ada magnet yang menarik minat Alkisah untuk tonton

Nora Elena (Siti Saleha)
Bergandingan dengan Aaron Aziz, (Fav Alkisah) memang sangat romantik gitu.
Seperti biasa drama arahan Piere sudah semestinya terselit ala ala drama Korea
Pemilihan Nora sebagai Ana sangat mantop dengan wajahnya yang cute ala ala gadis Korea dan
sifatnya periang,
pasti membuatkan ramai yang mahu menontonya.
source pictures: google
***




